Aku Seorang Isteri Yang Bahagia

Hai korang semua. Assalamualaikum.

Tujuan aku menulis ni bukan sebab aku nak tunjuk kebahagiaan aku atau nak jeleskan orang lain tapi cuma nak meluahkan rasa syukur rasa bahagia kerana mempunyai seorang suami seperti suami aku.

Suami aku bernama Amad, seorang jurutera dia sebuah kilang perindustrian. Seorang yang sentiasa berlemah lembut dengan kata-katanya.

Seorang anak yang sangat taat kepada kedua orang tua. Seorang yang sangat pemurah. Tak pernah berkira dengan family dan paling penting anak dan isteri.

Dari hari pertama kami berkahwin dan sampai lah sekarang, Amad tak pernah meninggi kan suaranya terhadap aku. Jika marah dia hanya berdiam dan beredar dari situ.

Dan apabila dah reda marah dia akan datang memujuk aku dan terus menegur aku jika aku salah, dan dia juga akan meminta maaf padaku selepas itu.

Kalau bergaduh pun mesti sebelum tidur akan selesai dan kami akan bermaafan sebelum tidur tu jugak.

Kalau bab anak pulak jangan cakap la. Semua dia setelkan. Tukar pampers anak, mandi kan, potong kuku, simpan beg anak semua lah dia.

Tugas aku hanyalah memasak untuk anak dan susukan saja.

Oh ya aku ni seorang ibu yang bekerja dan disebabkan anak aku masih menyusu badan, setiap hari aku akan pam susu di tempat kerja. Pasal ni aku langsung takda masalah, yelah kan semua hal pasal pam semua suami yang setelkan.

Dari part basuh, charge battery pam sampai la ke packing pam balik semua dia yang buat. Aku cuma bawak beg pam dan pam saja.

Alhamdulillah bf journey aku jadi sangat mudah dengan adanya dia. Dia lah support system aku paling utama dalam bf journey aku. Syukur ya Allah.

Dalam bab kemas rumah dia laa orang utamanya dan aku hanyalah pembantu. Sebelum tidur dia akan pastikan rumah mesti berkemas dan baru lah dia tidur. Aku pula hanya ditugaskan untuk susu dan tidurkan anak sahaja.

Dia cakap kesian aku malam2 kena berjaga lagi sebab nak susukan anak. Dia takut aku letih dan penat sebab tu dia akan setelkan semua kerja2 rumah, basuh baju, buang sampah.

Lepas aku dah siap masak untuk makan malam dan bekal untuk esok, dia la akan kemas dapur, cuci pinggan mangkuk pakej mop lantai dapur sekali tau.

Tapi kadang2 aku terus kemas je lepas aku masak sebab tak nak dia tolong kemas semua. Kesian dia baru balik kerja dah kena kemas dapur pulak.

Dia selalu cakap takpa awak dah penat masak kan, biar la saya kemas pulak.

Ahaaa lupa jugak nak bagitahu yang sepanjang aku kawin dengan dia, takpernah sekali pun aku charge phone aku, dia la yang tolong charge kan.

Aku tak suro pun tau. Tahu2 je bateri phone aku dah penuh haha mesti korang nak cakap aku ni manjakan haha taklah suami aku yang manjakan aku. Hehehehehe.

Baru2 ni aku ada baca tweet kat twitter yang ‘marriage is a scam’. Sebabnya bila dah kawin kena buat kerja rumah semua, kena jaga anak lah penat lah kena kerja lagi.

Aku takut sangat kalau suami aku yang berfikiran mcm tu yelah semua kerja dia tolong buat kan.

Aku ada tunjuk dia tweet tu, dia cakap takda istilah scam pun kalau masing2 tahu tanggungjawab masing2. Itu lah katanya haha lega aku.

Aku pulak, bila dah suami aku macam tu, rajin ringan tulang, aku lagi la semangat nak masak untuk dia sedap2.

Hari2 tau aku masak untuk dia breakfast n lunch pergi kerja. Tak nak moody2 depan dia. Selalu nak happy2 jaa untuk dia. Yalaa aku pun nak pahala jugakkk.

Ya Allah alhamdulillah untuk seorang suami seperti diaaa. Aku doakan yang dia sentiasa dimurahkan rezki dipanjangkan umur, dipermudah urusan dia dunia akhirat.

Demi Allah aku sayang dia. Jadikan lah aku seorang isteri yang terbaik untuk dia juga. Aamiin2.

Sorry gaisss tertulis panjang pulak aku. Sebenarnya banyak lagi pasal kebaikan suami aku ni. Tapi nanti orang tak larat pulak nak baca haha terima kasih semua sebab sudi membaca penulisan aku yang tunggang terbalik ni.

Seorang isteri paling bahagia,

– Kak Fa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *