Aku Seorang Jururawat
Assalamualaikum warga IIUM confession, disini aku ingin menceritakan tentang perancangan Allah lebih baik dari peracangan kita. Sekarang aku kerja sebagai NURSE.
Masih ingat lagi semasa habis SPM tahun 2008, dalam hati aku ni taknak lagi ambil course dlam aliran sains.Sebab apa? Sebab aku rase tidak berapa paham sangat dengan fizik kimia.Untuk pengetahuan semua, aku ambil bidang Sains Kejuruteraan semasa SPM. Di pendekkan cerita, aku cuba lah apply UPU, Politeknik, dan macam-macam lagi, tetapi apa yang course yang aku mahukan semua tidak dapat, tidak mengapa, aku pasrah sahaja. Untuk pngetahuan korang semasa aku menunggu result SPM, aku telah mengalami kemalangan yang agak teruk juga. Di situ aku mengenali seorang akak Jururawat pelatih. Bukan bercinta ye, hehehe…aku pun bercerita dengan dia, last-last dia suruh aku ambil jurusan jururawat. Aku pun xsangka la pulak time tu aku terminat plak dengan kerjaya jururawat ni. At the end aku decide ambil course Nurses ni.
Pada tahun 2009 bulan Julai, aku mendaftar belajar di sebuah University swasta. Sebab apa? Nk tunggu SPA memang berjanggut la,hehe ak da habis diploma baru la SPA panggil aku interview. Ok, semasa aku study course Nursing ni, aku rasa aku ni bodoh sangat sebab sebelum SPM aku kata xnak ambil Sains lagi, ni ak amek Nursing ni bukan sains ke? Hahaha. Jammed kepala ak time tu da masuk belajar baru aku tau aku ambil Sains lagi. Jurusan aku dulu juz belajar fizik, kimia. Biology memang aku tidak ambil. Dengan otak blur sem 1 aku belajar subjek anatomy and physiology, hanya Allah je yang tahu masa tu, aku rase aku la paling bodoh sebab satu benda ak tidak paham. Lastly ak repeat la paper untuk subjek A & P tu. Syukur alhamdulillah sem 1 sahaja aku kene repeat paper, sampai sem 6 aku tidak pernah lagi repeat paper. Terima kasih kepada kawan dan lecture sebab mengajar aku walaupun final result aku xberapa bagus.
Okey sebelum terlupa, semasa aku si sem 5, satu teragedi telah berlaku pada keluargaku, rumah family aku habis di jilat api, bukan itu sahaja, Log book aku dari sem 1 smapi sem 5 habis terbakar juga bersama laptop kesayangan aku yang aku beli guna duit poket aku sendiri. Aku ni semasa belajar aku berkerja part time untuk menampung belanja aku. Maklumlah duduk di Damansara kan. Aku tidak mahu mnyusahkan orang tua aku. Pasal log book tu aku kene la buat balik dapatkan signature dari Clinical instructor aku dari sem 1 smpi sem 5, 3bulan juga aku menguruskan log book tu. Alhamdulillah aku grade juga sebagai Staff Nurse/Male Nurse dan exam Lembaga Jururawat aku pun lulus dengan jayanya. Alhamdulillah.
Sekarang aku sudah dapat lessen jururawat masa tu tahun 2012, aku ingat dapat terus kerja hehe, rupanya perancanagn Allah lebih hebat. Family aku di uji lagi dengan dugaan iaitu ibu aku disahkan menghidap kanser usus tahap 4 (CA Colon Stage 4). Masa tu baru aku tahu kenapa Allah gerakkan hati aku untuk ambil jurusan Diploma jururawat, sebabnya Allah beri ilmu aku untuk merawat ibu aku. Allah Maha Mengetahui. Setelah grade aku tidak bekerja, lesen jururawat aku tu aku guna untuk merawat ibu aku dulu my first patient tu. Hehehe. Ok semasa ingin merawat ibuku, aku refer di hospital Melaka. Dalam masa yang sama, akak sedara aku pun bertugas sebagai Doktor di Hospital Melaka tu, maka cepat la jugak urusan ibuku untuk menjalani rawatan. Aku istikarah dan aku mendapati Allah beri jalan untuk aku bawa balik ibuku dan tidak menjalani rawatan Chemotherapy di Hospital sebab banyak kebuerukan Chemo untuk ibuku, aku tidak mahu ibuku menanggung derita. Sebab last aku practical di Hospital Kuala Lumpur di wad oncology. So dari situ aku belajar, bertapa tersiksanya pesakit yang kene chemo. Aku pegang satu je, setiap penyakit pasti ada penawarnya.
Dengan itu aku membuat keputusan untuk merawat ibu aku dalam rawatan alternatif. Dalam masa 2tahun juga aku menjadi pengangur, untuk membantu ibuku dalam merawatnya. Dari msuk vit C , dressing semua aku buat untuk ibuku. Dalam bilik ibu aku tu macam-macam ubat dan alat ada, dah macam hospital pun ada.
Aku melihat ibuku semakin sihat, aku pun mula mencari kerja. Mula- mula aku berkerja sebagai salesman. Aku rasa kerja salesman ni xmasuk dalam jiwa aku,. Lastly aku dapat juga keraja jururawat di rumah orang tua-tua orang panggil home care. Ingat kan panas sampi ke petang, rupanya hujan di tengah hari, company yang aku kerja tu tidak memberikan manfaat pada pekerja, sudah la tidak daftar kan kami kwsp,perkeso sume tu, kalau mati, mati katak la kami masa tu.
Aku decide resign and buat locum iaitu mobile Nursing. Alhamdulillah dalam masa aku bekerja, aku pun boleh jaga ibuku di rumah,sudah masuk 3 tahun aku merawat ibuku, Alhamdulillah ibuku makin sihat. Dulu semasa ibuku di diagnose CA Colon stage 4, berat ibu ku dalam 70kg dan mkin menurun sampai ke 45kg disebabkan proses rawatan dan penjagaan makanan. Alhamdulillah sekarang dah start makan macam biasa dan mendapat berat badan 56kg berat idle tu.
Alhamdulillah ibu ku semakin sihat tanpa chemo dan radiotherapy dan juga pembedahan.Untuk pengetahuan semua ibuku sekarang sudah hamper masuk 5 tahun survive dari CA Colon Stage 4 Alhamdulillah sekarang berkat doa ibu aku dan family, aku pula mula berhijrah, aku mendapat tawaran kerja di syarikat oil and gas sebagai medic. Aku masih bekerja sebagai pekerja tetap di company ni. Dengan berkat ibuku juga aku sekarang sudah berumah tangga dan baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama yang di beri nama Muhammad Iftiqar Naufal ( Yang terpuji, Warak dan pemurah)moga anakku menjadi anak yang soleh. Doakan aku Berjaya dan bahagia disamping family tercinta. Berbakti lah kepada ibu bapa selagi mana yang kita boleh berbakti. Terima kasih.
– Muahammad Idham
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit