Hai admin & pembaca. Saya ingin menceritakan kisah saya bersama lelaki orang. Ye lelaki orang.
Saya seorang yang masih belum berkahwin, lewat 20-an. Saya sudah melakukan dosa besar iaitu berz1na dengan lebih 30++ orang lelaki. Bujang dan lelaki orang. Saya cuma mahu berkongsi cerita.
Sekarang saya sudah bertaubat dan masih belum berkahwin kerana merasakan diri ini terlalu hina untuk didampingi mana2 lelaki kerana masa silam saya. Mungkin juga ini balasan Allah terhadap dosa yang saya lakukan.
Saya ingin bercerita disini untuk semua wanita yang sudah bersuami, sesungguhnya anda perlu kenali suami anda sebenar-benarnya.
80% lelaki akan bohong dan berkata buruk tentang isteri mereka samasa keluar bersama saya. Antara alasan popular lelaki :
– isteri tidak melayan makan minum.
– isteri kuat membebel.
– isteri suka marah2.
– isteri tidak hormat sebagai suami.
– isteri suka tidur awal.
– isteri tidak ikhlas ketika bersama dll.
kebanyakkan lelaki yang saya dampingi menerima panggilan isteri mereka dihadapan saya, ada betulnya. Jelas jeritan dari handphone,
“Abang kat mana ! Kenapa tak balik lagi !” .
Padahal waktu itu pukul 6 petang, dan lelaki itu baru habis kerja & start jawab panggilan dengan “Assalamualaikum”.
Mana2 lelaki akn terkejut dan terus bergaduh dalam handphone. Saya dengar banyak perbualan mereka. Terlalu banyak utk diberi contoh.
Lelaki yang berjumpa dengan saya kadang hanya teman berborak. Kata mereka, saya manja. Seronok berborak. Mereka jemput saya dan kami habiskan masa untuk bercerita. Tidak ada pegang tangan atau apa2 yang lain.
Ada juga suami orang yang macam ni & tak semua yang saya berkawan untuk melepas nafsu semata. Mereka cuma mahu berborak dan lepaskan tekanan kerja. Bila saya tanya kenapa tak berborak dan bercerita dengan wife.
Alasan yang selalu saya dapat :
“tidur awal, balik kerja pun tidak disambut apatah lagi nak berborak”
“balik rumah wife marah2, senyum pun tidak lepas tu terus tido”
“wife tak faham i”
Pengajaran: berkata dengan nada lemah lembut dengan suami anda, dan jadilah seorang yang manja. Lelaki akan suka.
Ada juga lelaki yang saya jumpa mengatakan kebanyakan isteri tidak mahu menunaikan “FANTASI” s3ks mereka. Contoh :
– memakai pakaian dalam yang s3xy sebelum bersama.
– cuba berbagai style.
– main dalam terang (lampu on).
– tidak mahu BJ kerana kotor dan geli (alasan famous).
– kaku (kurang beraksi, tidak mengerang, statik tegak je dll).
– sentiasa period & tiada mood. Contoh ayat dari seorang suami yang saya kenal. “Kalau period, minta puaskan dia menggunakan tangan pun tak nak”.
Ini Menyebabkan lelaki mencari sesuatu yang lain diluar. Bermula dengan live chat di fb, video luc4h, phones3x, dan membawa kepada real s3x diluar. Lebih thrilling dan mengujakan kata salah seorang yang lain.
Mereka rela OUTSTATION bawak saya dan ada yang saya dengar sampai bercerai dengan isterinya disebabkan skandal diluar.
Maafkan saya kerana saya perlu jujur dengan semua wanita. layanan kepada suami is not everything tapi “IT IS SOMETHING” that you should take as important part of marriage.
Jangan cakap sebab perempuan selepas melahirkan anak tidak cantik sampai lelaki cari & makan diluar. Kerana saya bukanlah seorang yang cantik. Benar!
Sebab itu saya katakan komunikasi itu penting. Realisasikan fantasi pasangan itu penting. Tanya tentang fantasi suami anda, Dan cuba tunaikan. One thing akan lead to another.
Cegah sebelum parah. Tunaikan walaupon a bit ridiculous selagi tidak melanggar hukum Allah.
Ada yang mengatakan lepas ada anak, isteri hanya pentingkan anak. Makan minum suami terabai dll. Makan kena cari sendiri. Walaupon saya faham, lelaki kalau dilayan jadi pemalas dll.
Tapi mereka perlukan perhatian. Sebab lelaki nafsunya 1, nafsu itu termasuk nafsu untuk disayangi dan diberi perhatian.
S3ks apatah lagi menyebabkan sekali lagi suami mencari diluar. Terlalu ramai lelaki yang berstatus suami orang mencari diluar.
Ini cerita benar. Ini pengalaman saya, bukan untuk dibangga & dipertontonkan tapi dijadikan pengajaran.
Kepada puan2 semua, Perhatikan suami anda. Jika dia bercenderung ke luar, slow talk dan tanya apa yang perlu dilakukan untuk membuat dia kembali kepada anda semula.
Macam saya katakan. Komunikasi dua hala sangat penting. KOMUNIKASI. Misalnya anda penat uruskan rumah, bagitahu suami.
Jangan melenting, bercakap dalam nada merayu dan tunjukkan anda betul2 penat. Percayalah lelaki naturally bersikap Pelindung, bila anda nampak lemah, mereka akan mula memahami.
Tak ada husband yang tak sayangkan wife mereka. Tapi, kalau anda marah2 semasa bercakap, mereka juga akan semakin agresif dan ini akan menjadi satu komunikasi yang lemah dan akhirnya dia akan lebih rasa tercabar.
Saya tidak pernah ada niat untuk menjadi isteri kepada lelaki2 orang yang pernah saya jumpa & tidur. Tiada perasaan cinta. Hanya untuk berhibur dan suka antara 1 sama lain memenuhi nafsu.
Ya saya memang Pendosa. Saya tahu. Dosa saya dengan Allah dan saya sudah bertaubat dan semoga Allah menerima taubat saya.
Semoga perkongsian ini membuka mata para isteri & juga para suami. Bersyukurlah dengan kehidupan indah berumahtangga yang sudah Allah aturkan.
Berkomunikasilah dalam keadaan yang tenang. Duduk berbincang apa yang perlu diperbaiki bagi setiap pihak. Terima kekurangan dan cuba baiki at least improve.
Para Isteri, kalau semua ini sudah dilaksanakan. berbagai cara sudah dilakukan tetapi masih juga lelaki2 ini mencari luar. Sedarlah bahawa anda semua adalah bidadari syurga yang Allah berikan dugaan didunia untuk merasa manisnya disyurga.
Doakan saya terus istiqomah dalam perubah diri & menjadi seorang wanita baik. Saya mengharapkan doa dari kalian semua. Terima kasih.
– Amni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit