Aku Seorang Pengamal Keselamatan

Terima kasih admin sebab siarkan kisah ni. Aku ada terbaca berkenaan kerjaya sebagai seorang SHO (Safety & Health Officer), (https://iiumc.com/kerjaya-sebagai-sho-safety-health-officer/). Jadi aku nak kongsi sikit-sikit pengalaman aku. Aku merupakan salah seorang SHO berdaftar dengan DOSH sejak tahun 2014. Masih dikira sebagai fresh dalam bidang ni.

Aku berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari salah sebuah universiti awam Malaysia. Macam mana aku boleh berubah bidang? Asalnya bermula tahun 2008 dimana aku baru habis belajar. Aku menghadiri sesi temuduga di sebuah syarikat O&G sebagai junior engineer di selatan tanah air. Tapi tiada rezeki jadi aku tak dapat jawatan tu. Lepas beberapa ketika, Project Manager tempat aku ditemuduga Mr. Kim telah menelefon dan bertanyakan sama ada aku nak atau tidak kerja sebagai safety.

Aku tak pasti apa yang membuatkan Mr. Kim offer aku sebagai safety pada masa tu. Mungkin dari segi lenggok percakapan aku semasa sesi temuduga.. Mungkin kot.. Aku tak tau pun apa tugas safety masa tu tapi Mr. Kim bagitau “you monitor workers saje ma”. Memandangkan masa tu aku sangat memerlukan kerja maka aku terima offer Mr. Kim.

Pada mulanya abah aku membantah sebab katanya buat apa kerja security, penat kau belajar tinggi-tinggi. Ya itulah tanggapan majoriti masyarakat bila aku bagitau kerja sebagai safety. Tanggapan mereka menganggap safety dan security adalah tugas yg sama je. Hakikatnya tugas kami berbeza. Gaji masa tu lebih kurang je.

Lepas aku terangkan kat abah baru abah faham dan benarkan aku kerja sebagai safety. Jangan salah faham aku tidak menghina kerjaya security. Tugas tu satu tugas yang sangat mulia cuma ikut kefahaman abah, berdasarkan kelulusan yang aku ada aku tak sepatutnya kerja security.

Jawatan aku masa tu sebagai Safety Promoter. Gaji berdasarkan hari bekerja. Datang kerja ada gaji. Tak datang kerja makan pasir la ibaratnya.

Tugas pertama aku adalah untuk conduct toolbox meeting. Toolbox meeting ni umpama macam perhimpunan sekolah waktu pagi, bezanya perhimpunan ni dikalangan pekerja dan pihak pengurusan syarikat. Dalam toolbox meeting aku akan kongsikan apa saja topik dan tips berkaitan keselamatan ditempat kerja. Sebab tu jawatan aku sebagai safety promoter. Promote bab keselamatan di tempat kerja.

Bayangkan hari pertama kerja kena bercakap di khalayak ramai lebih kurang 200 orang. Aku seorang yang pemalu tapi disebabkan tanggungjawab jadi aku redah jua. Alhamdulillah tiada masalah bagiku. Bermula dari situ aku start menapak sedikit demi sedikit mengenal erti kehidupan sebagai seorang pengamal safety. Selain conduct toolbox meeting, aku ditugaskan buat kerja pemeriksaan jentera,induction pekerja baru,buat urine test dan pantau keselamatan pekerja di tempat kerja.

Kerja safety ni, kena marah tu biasa, kena maki pun biasa baik dari bos ataupun pekerja. Biasa pekerja memang tak suka dengan safety personnel sebab selalu cari salah mereka katanya. Hakikatnya kami ni menasihatkan apa yg tak betul baik dari segi housekeeping sehinggalah kepada pemakaian PPE. Mula-mula aku stress juga tapi lama kelamaan aku dah boleh adapt dengan suasana kerja yg macam tu. Waktu kerja kita kerja, lepas kerja main futsal sama-sama. Lama kelamaan kita akan semakin diterima dikalangan pekerja mahupun majikan.

Lepas setahun aku kerja, aku rasa aku dah minat dan boleh pergi jauh dalam bidang ni jadi aku pun ambil kursus di NIOSH. Dipendekan cerita aku lulus 4 paper tahun 2012. Try mohon green book tahun 2013 tapi failed hahaha. Sangkut part interview dgn DOSH officer,soalan tak terjangkau dek akal ku masa tu. Aku cuba lagi tahun 2014 Alhamdulillah kali ni berjaya.

Jadi sampai hari ni aku masih setia dalam bidang ni. Setiap pekerjaan mempunyai ujian dan kesulitan, bergantung kepada cara seseorang individu mengatasi ujian dan kesulitan tersebut.

Oh ya, pengamal safety ni juga kena multitasking. Tak boleh hanya tau bab safety saje. Ada masa kena jadi pakar kaunseling juga bagi pendapat dan nasihat apa yg patut. Kadang-kadang pekerja hilang kunci motor pun datang jumpa safety..kita layankan saje.. hahaha.

Aku rasa sampai sini jela kisah aku sebagai seorang pengamal keselamatan. Terima kasih kerana sudi membaca. Kalau sesiapa nak kongsi pengalaman sebagai pengamal keselamatan, dipersilakan.

– Safety

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *