Aku Seorang Planter IX

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-planters-2-masalah-problem/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/aku-planters-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/aku-planters-iv/).

Untuk part V, (https://iiumc.com/aku-planters-v/).

Untuk part VI, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter-vi/).

Untuk part VII, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter-vii/).

Untuk part VIII, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter-viii/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. J is back geng. Amacam geng? Cuti Krismas ko buat apa? Jangan duduk sorang-sorang dalam bilik. Keluar la berdunia sikit. Buat kebun sayur kecik-kecik bg keluar peluh sikit. Weh… bos Baeng dah kasi green light. Thanks bos. Episode last tu saya begurau je tuan.

Ok baik. Sesi Q&A. Aku ada perasan satu soalan bapak panjangnya dekat laman web IIUMC. Masruhin nama dia. Comel la nama kau. Aku tempek soalan kau kat sini, biar yang lain takyah susah-susah nak cari.

“Assalammualikum tuan.. nama saya masruhin.. saya mempunyai masalah tentang pilihan kerjaya saya.. saya pernah bekerja sebagai field supervisor disalah satu ladang dijohor.. sebelum itu saya belajar skm penyelia tanaman tahap 3 .. habis belajar saya dlm masa 3 bulan saya dpt kerja sebagai penyelia ladang.. 2 tahun saya bekerja..

Pada mula nya agak susah untuk menyesuaikan diri.. oleh kerana manager saya seorang yang sgt tegas hari hari saya di brain wash olehnya.. bila dah tahu kerja minat saya terus mendalam dalam dunia planter.. gaji pon dah mulai naik berbagai elaun dan insentif saya mula dapat merasai.. bila semua sudah selesa.. saya dapat tawaran bekerja disektor kerajaan negeri sebagai pembantu operasi n11 tetap.. tapi jawatan ini jawatan bawahan .

Waktu tu usia saya 23 tahun fikir pon tak berapa panjang lagi saya pon terus terima dan tinggalkan dunia ladang… bila saya bekerja di office selama 2 tahun dan kerjakerja saya lakukan tiada kaitan lagi dgn dunia ladang.. setiap hari saya sentiasa rindukan dunia ladang.. kerja disektor kerajaan tekanan pon kurang.. tetapi saya tetap rindukn dunia ladang… seperti jiwa saya bekerja saya tinggal di ladang..

Sambil bekerja ni saya mohon juga field supervisor hampir dua kali saya terima tawaran dri kulim malaysia berhad.. tapi saya risau bila saya tinggal sektor kerajaan ni pula.. saya risau pula hilang insentif kerajaan.. tapi jiwa saya mahukan kerja ladang… ketika saya kerja diladang saya jaga kawasan replanting memang susah untuk replanting, tapi banyak saya belajar jaga kawasan replanting dimarahi semua saya ambil pendekatan untuk belajar..

Bila selesai replanting saya berasa puas hati lihat pokok semakin hijau perparitan dapat dibetulkan semual setiap hari saya akan masuk melihat kawasan.. itu yang membuatkan saya rindukan dunia ladang susah payah itu kenangan manis bagi saya.. setiap hari saya dalam dilema antra kerja ladang atau sektor kerajaan..

Saya pon ambil pendekatan dgn ambil diploma Professional pengurusan perladangan pjj ump sekarang. Mudah mudahan selepas saya grad saya dapat buat pilihan yang tepat dalam menentukan kerjaya saya.. disini saya mintak pendapat jujur tuan mana kerjaya yang harus saya pilih????”

Baik bro. Nak tukar kerjaya ni bagi aku bukan benda mudah. Nak pulak kalau kau tukar bidang berlainan. Dari kedoktoran pergi engineering. Susah tu. Pertama sekali kau kena tengok minat kau. Kau kena buat benda yang kau suka. Kalau duduk pejabat tu membuatkan jiwa kau memberontak, bagus kau tukar. Macam kau minum teh panas la. Kalau kau tau panas, kau tukar la teh ais. Sejuk sikit. Hahaha.

Kedua, kau tengok payment bulanan kau dapat. Kalau gaji di ladang lebih tinggi, bagus kau masuk ladang. Tapi kalau gaji kau di gomen tinggi, kau kerja je la gomen tu. Dua-dua ada pro and con. Kalau aku, aku pilih buat benda yang aku minat. Gaji ni aku letak no 2 sebab bagi aku, gaji ni tak sepenting minat.

Kalau di bagi pilihan antara mewah dan cukup. Aku pilih cukup. Ada orang bila dah pakai Land Cruiser, teringin pakai Land Rover. Dah ada Land Rover, teringin AMG G63 6×6 pulak. Sampai sudah tak habis. End up, benda tu kereta juga. Macam aku ada baca status kawan aku ni, “Kadang-kadang, maqam syukur lebih tinggi dari sabar. Semua orang mampu sabar, tapi tak semua mampu bersyukur.”

Ketiga, kau istikharah la. Minta petunjuk. Bagi aku, kerja apa pun, yang memuliakan kau adalah hubungan kau dengan Allah. Baik hubungan kau dengan Allah, baik la hubungan kau dengan manusia.

Kau buat benda yang kau minat. Insya Allah, Dia akan ganti yang lebih baik. Aku doakan yang terbaik untuk kau bro. Jangan kau runsing bro. Allah tak akan susahkan hamba dia. Bersangka baik dengan Allah.

Baik, next comment. Ada yang cakap tajuk aku tak best. Tu la korang. Never judge a book by its cover. Benda ni biasa. Saja aku letak tajuk tu. Kalau aku nak like, baik aku letak “Laki aku engineer, laki kau planter”. Hahaha. Jangan risau, kami dah terbiasa dengan diskriminasi ni. Kerja tak glamer. Hahaha.

Gendut GT komen, Dark side of planter’s indeed is the darkest side. Yes bro. Indeed. Ada lagi dark side yang aku simpan sebab taknak orang risau. Biarla tersimpan. Plantation is not a cup of tea for the faint hearted.

Mohd Afiq Sadli, thanks for suggestion. Nanti aku cari buku-buku yang kau cakap. Aku memang suka membaca ni. Thanks banyak-banyak bro.

Aku nak jawab soalan Nailofar.

1, kalau aku kawen, aku nak bini aku ada sebelah setiap malam. Cukupla asyik tido peluk bantal dengan terpeluk langsuir je.

2, memang kena duduk sorang-sorang. Setiap AM/SA ada division yang dia kena jaga sendiri.

3, setahun aku balik 4-5 kali juga. Kalau aku rindu nasi royale, aku balik la. Takpun kalau mak aku kacau dodol, mesti aku balik. Sedap weh. Kau nak? Tak jauh juga jarak jalan besar ke estet aku. Dalam 9 pelaung macam tu. 4, sampai bila nak kerja ladang?

Aku nak kumpul modal buat projek pertanian sikit. Tanam sayur dan bela haiwan ke. Cukup modal aku berhenti la. Pergi HQ? Memang tak la. Aku tak tahan sejuk. Hahaha.

Salmah Clearsky, kalau adik kau nama Bella, aku la boyfriend dia dulu. Hahahaha. Mee Za, kalau ada orang nak buat dokumentari, drama atau filem pasal planters, aku nak berlakon. Jadi manager. Hero kau amek Amerul Affendi. Boleh aku berlakon maki dia. Fan Amerul Affendi jangan marah. Hahaha. Owh ya. Dulu masa aku kat Arau. Fizo Omar tu junior aku. Tapi dia SportRec la. Orang panggil dia pijoy.

Syazwana Sulaiman. Kami bercuti bila gomen gazette kan cuti. In fact kalau cuti pun, mesti ada yang standby di ladang. Kami ambil full hour which is 48 hours working hours per week. Ini siapa belajar law pasal employment dia tau ni.

Maksud generasi sekarang lembik adalah dorang tak up to standard. Tak mampu nak catch up dengan life ladang. Miss premiere cerita Avengers : Endgame pun nangis. Bangun awal jam 5 pagi pun susah. Semua nak kena suap. Kisah haiwan liar ada banyak lagi. Salah satunya tapir.

First time aku jumpa tapir live depan mata. Aku kejar dia sampai dia penat. Sebab nak selfie dengan dia. Comel ooo tapir ni depan-depan. Hahaha. Jatuh sakit ni nanti aku buat satu series lain. Banyak sangat. Ladang banjir ni bukan takat video. Nak rekod rainfall 20 tahun lepas pun ada. Best ooo banjir ni. Aku tak tau kenapa, tapi time banjir memang best.

Lawak ke mak aku tanya aku dah mati ke belum? Hahaha. Banyak lagi benda lawak dia buat. Lepas aku kerja di Johor tu aku pindah kerja ke Terengganu. Aku cakap la kat mak aku yang aku dah pindah. Sebulan lepas tu dia cakap nak datang tengok aku. Aku cakap datangla. Aku cakap aku nak jemput dia dekat gate house. Dia cakap tak payah. Dia tau rumah aku kat mana.

Aku pun pelik. Terer jugak mak aku. Sabtu berikutnya dia call aku yang dia da sampai rumah aku. Aku punya la happy. Mesti dia bawak asam pedas tetel fevret aku. Aku buka pintu rumah, tengok kosong je. Aku call dia balik, dia cakap dia ada depan rumah. Aku cakapla aku ada depan rumah. Aku ingat dia dah salah rumah. Aku tanya la dia rumah tu warna apa. Dia cakap rumah tu warna kuning.

Betul dah rumah aku warna kuning cair. Aku try call gate house pakai walkie talkie, tapi guard cakap takde pula pelawat daftar nama nak pergi rumah aku. Makin aku pelik. Mak aku masuk ikut mana. Aku call mak aku, suruh dia pergi gate house. Bila mak aku pergi gate house, dia cakap takde orang kat situ. Aku pun start motor pergi ke gate house. Sampai sana, tercongok guard aku tengah isap rokok.

Mak aku takde kat situ. Ahh sudah. Aku call mak aku balik. Tanya dia kat mana. Dia jawab kat gate house. Aikk.. tak lama mak aku cakap, ada orang datang. Bila mak aku call balik, dia tanya aku, bila masa pindah? Aku cakap la dah sebulan.

Rupanya mak aku kat Johor. Bukan je takat salah estet, siap salah negeri. Tengah malam macamtu baru dia sampai tempat aku. Dia marah aku sebab pindah tak bagitau. hahaha. Comel tak mak aku?

Kau ingat tak hadis yang aku sebut episode lepas? Kalau kau perasan dalam hadis tu, Nabi s.a.w ada bagi hint tentang food security. Ini juga yang jadi sebab kenapa aku minat bidang pertanian/perladangan ni. Food security ni penting gila. Aku tak tau macamana nak terangkan scientifically, tapi aku cuba cerita dalam bahasa kampung aku. Harap demo pahe deh. Oyap caro ore kapung la bui sumo pahe blako. Eh.. salah kampung pulak. Hahaha.

Food security tu menatang haram jadah apa? Haa.. ini baru betul kampung aku. Hahaha. Food security ni satu kayu ukur ketersediaan sumber makanan yang bernutrisi untuk rakyat. Ya. Megi pun makanan, tapi nutrisi content dia rendah. Bila aku sebut food security ni, hangpa kena tau beberapa pillar food security. 1, availability. 2, access. 3, utilization. 4, stability.

Availability. Ini bermaksud ketersediaan. Banyak faktor antaranya penghasilan, pengedaran dan macam-macam lagi. Ambil contoh situasi ni, macam kalau padi yang kita tanam sekarang kena serang dengan karah padi (Pyricularia oryzae) dan atas sebab-sebab tertentu, padi mati hampir 30%. Dan production berkurangan mendadak. Stok tempatan tak cukup dan stok import dibekukan.

Adakah kita nak suruh rakyat kurangkan pengambilan nasi sebanyak 30%? Tak. Kau kena fikir sebelum benda ni terjadi. Run thousand of simulations dan prepared a hand before one of situation tu terjadi. Manusia tetap kena makan bro. Kau tak boleh suruh dorang kurangkan ambil nasi. Kena macam member aku yang makan nasi RM20, takkan nak suruh dia makan nasi RM14 je. Hahaha.

Access. Access ni bermaksud kebolehan untuk didapati. Padi kawasan Kedah dah kurang 30%. Nak import dari Thailand, quota import dibekukan. Boleh tak kita access ambil padi dari Perak? Atau kalau kita ambil dari Perak, dorang terpaksa makan durian je sebab beras dah kurang? Ini contoh. Jangan marah. Ala… gurau sikit, dah menyentap.

Utilization ni lebih bermaksud kepada nutritional content. Kalau dah terbiasa makan beras, takkan kau nak suruh rakyat makan gandum kot. Dah terbiasa makan nasi lemak pagi-pagi, kau suruh aku makan Koko Crunch. Aku tinju muka kau jap lagi. Harga gula mahal, kau suruh aku kurangkan manis dalam minuman, tambah manis dalam senyuman. Sini kau, aku tinju sambil tersenyum jap lagi.

Stability ini lebih bermaksud kepada kestabilan pengeluaran makanan. Time raya, stok ayam sentiasa ada. Bekalan tak terputus. Ini tidak, asal raya, santan mahal, ayam mahal. Ini semua petanda food insecurity. Bahaya ni bro.

Antara sebab aku nak tanam sayur dan ternak haiwan ni la sebabnya. Malaysia berada pada tahap membimbangkan. Dah la makanan tak berapa nak cukup, bulan puasa kau bantai membazir lagi. Kau makan agak-agak kau tak kebulur sudah la. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

Aku nak cadangkan kepada semua, kau tanam sayur atau rencah asas masakan korang. Jangan la kau tanam serbuk kari pulak, tak tumbuh punya. Kau tanam la cili, serai, bunga kantan or apa-apa sayur macam kangkung, bebuas, sawi. Bukan susah pun. Ini salah satu cara nak hilangkan stress kau. Ini tidak, asal confession kau depression. Kau buat benda ni, boleh juga kau jual dekat jiran-jiran kau. Even better, kau sedekah je kat dorang.

Jangan kau cakap takde masa. Pokok ni bukan kau kena sembang dengan dia 24 jam. Cukup siram 2 kali sehari. Pagi sebelum keluar kerja, kau siram. Balik jap lagi, kau siram. Takde mase la bang. Jalan jem, kerja jauh, rumah kat Selangor, kerja dekat Perlis. Takpe, kau buat hidroponik. Kau letak ikan patin dalam kolam air hidroponik kau. Alasan apa lagi kau nak bagi? Kau nak cakap yang pokok cili tak boleh tanam style hidroponik? Kau install la dripping system.

Pertanian ni satu bidang yang orang pandang remeh. Kalau engineer mogok, habis kuat, bangunan tak siap je. Kalau petani mogok, kebulur la korang. Aku risau tengok korang sebat daging import dari India. India tak eksport daging lembu tau. Daging kotak yang korang makan tu sebenarnya daging kerbau. Tak percaya, kau pergi baca label dia. Dia tulis buffalo ke cow?

Sebab tu aku nak buat pertanian bila pencen nanti. Bela ayam, lembu, kambing dan rusa. Sambil tu aku buat projek cili, serai dengan sayur. Ini jihad aku. Supply halalan thoyyiban punya produk. Dependency kita pada barang import sangat tinggi. Macam mana nak bersaing kalau makanan pun tak cukup.

Meh aku cerita sejarah sikit. Agrarian vs Industrial country. Kerajaan agraria ni dah terbukti dalam sejarah berjaya menakluk dunia. Ramai panglima perang yang tekankan kepentingan memastikan bekalan makanan mencukupi sebelum perang.

Contoh aku ambil, sebelum Jepun start program perang dia, dia perkenal Food Farming Policies which is gagal sebab still tak cukup nak tampung makanan tentera dia during the invasion. Filipina antara supplier makanan Jepun masa tu dan banyak kes food supply ni disabotaj.

Dalam perang ni ada satu teknik di panggil “Scorched Earth” atau bumi hangus untuk sekat kemaraan musuh. Semua jenis aset yang dirasakan mampu membantu musuh, dibakar. Daripada bangunan, sumber minyak sampai la kepada makanan termasuk kuda. Perang apa yang guna teknik ni?

Wallachian-Ottoman Wars, Great Siege of Malta, Nine Year’s War, Mugal-Maratha Wars, Napoleonic Wars, South American War of Independence, Boer War, Greco-Turkish War, Malayan Emergency, Gulf War, both of World War, Second Sino-Japanese war dan macam-macam lagi. Kan dah terjaga saka sejarah aku. hahaha.

Terdapat beberapa cabaran untuk achieve food security ni. Krisis air, susut nutrien tanah, perubahan iklim, penyakit pertanian, politik, hak mutlak penghasilan, dan pembaziran. Krisis air ni terjadi selalunya di kawasan yang kurang punca air atau gurun. Bukan Gurun di Kedah tu. Susut nutrien tanah ni terjadi bila tanah tak mampu hold content nutrien dia.

Perubahan iklim juga menyebabkan sesuatu tanaman atau penternakan tu terjejas. Penyakit pertanian di sebabkan oleh wabak atau serangan patogen. Politik ni disebabkan penukaran dasar pertanian sesuatu negara. Hak mutlak penghasilan ni macam contoh hak mutlak tanaman Harumanis di Perlis sahaja. Pembaziran ni contoh macam aku cakap tadi. Sumber yang sedia ada di bazirkan sebab nafsu manusia.

Boleh kot no tara tu? Harap korang faham kepentingan food security. Benda ni bukan main-main. Sebelum kau buat kereta terbang, kau cuba pastikan dulu makanan di Malaysia ni cukup untuk 5 tahun lagi. Kurangkan bergantung kepada import makanan dari luar. Kau jangan harap sangat kat kerajaan untuk fikir semua ni. Kita cuba dulu buat untuk perubahan. Perubahan peringkat nasional ni bermula dari unit lebih kecil iaitu kita.

Agak menyedihkan bila banyak duit rakyat which is duit kita dibazirkan untuk projek gajah putih ni. Kita ambil contoh macam NFC. Aku bukan nak berpolitik. Aku tak minat. Aku cuma fikirkan yang terbaik untuk kita. Aku harap lebih banyak projek skala mega macam NFC dibuat di setiap negeri bagi menampung keperluan rakyat. Tapi pastikan projek tu diurus tadbir oleh orang yang kompeten. Kalau kau nak aku uruskan pun takda masalah. Ingat, kami ni “Jack of all trades, master of none.” Hahaha.

Okay geng. Aku nak keluar gi open house. Kalau ada apa-apa, leave komen below. Nak aku sambung tak? Cerita pasal apa lagi?

– John Johny Johnathan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *