Aku Seorang Planter VIII

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-planters-2-masalah-problem/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/aku-planters-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/aku-planters-iv/).

Untuk part V, (https://iiumc.com/aku-planters-v/).

Untuk part VI, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter-vi/).

Untuk part VII, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter-vii/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai J is back. Amacam sihat tak? Family semua okay? Harap korang semua okay. Hahaha.

Baik. Q&A session. Pasal ayam yang kena sebat, ikan yang kena sebat, rusa yang kena sebat or mostly hasil ladang yang kena sebat tu, kami dah settle down dengan penjaga or KG batch masa tu. No worries. Siap dapat 2 ekor ayam lg. Hahaha.

Ok. KG ni ketua batch. Pasal dah lama saka sejarah aku tido. Aku kejut dia untuk cerita pasal KG atau Kangani ni kat korang. KG berasal dari perkataan Kangani. Kangani system ni adalah system recruit pekerja pada zaman colonial British dulu.

Kangani yang dilantik akan cari pekerja dan kangani tu akan dilantik sebagai supervisor untuk setiap anggota yang di cari. Bahasa estet, kami panggil dorang ni mandore. Perkataan kangani ni berasal dari perkataan Tamil yang bermaksud foreman/supervisor.

Kenapa Tamil? Masa zaman penjajah dulu, kebanyakkan pekerja ladang yang direkrut adalah orang India dari India. Mostly Southern India which is Tamil Nadu, Kerala, Karnataka, Andhra Phradesh, Telangana dan Maharashta.

Semua negeri ini adalah yang berdekatan dengan Pelabuhan Goa, which is memudahkan pengangkutan melalui laut. Pekerja yang direkrut pula adalah dari kasta Pariah atau Sudras. Kasta Sudras ni jarang la dorang rekrut. Kalau kasta Vaisyas, Kshatriyas, dan Brahmins ni lagi la jarang.

BTW, aku taknak la korang bergaduh pasal pariah or paria what so ever. Macam perkataan keling. Dulu mana la orang tau India tu dimana. Tapi kalau sebut Benua Keling, dari zaman Tamadun Sg Batu lagi dah orang kenal. Tapi bila orang tak suka perkataan tu, jangan la kita ulang-ulang. Macam aku la. Aku tau aku handsome, takyah la ulang-ulang panggil aku handsome. I is malu tau. Hahaha.

Berkenaan cerita cinta, biarla mood tu datang. Aku tak cerita pasal cinta pun, kau still follow sampai bab 8 ni kan? Hahaha. Tapi kalau aku nak cerita bab cinta, aku nak korang tau, cerita aku bukan cerita cinta pujangga picisan. Bukan cerita Arjuna & Sita, bukan Cinta & Rangga, bukan Dilan & Milea. Kau kena ada hati kalis tangis nak rasa semua tu. Hahaha.

Pasal Syifa tu biarla. Saja aku usik dia. Mana tau respon positif, kenyangla orang kampung aku makan kenduri arwah aku. Eh.. kenduri nikah aku. Hahaha. Takyah nak stalk-stalk dia. Ramai terpikat lak jap lagi.

Ada yang kagum mana aku dapat masa nak menulis. Selalu aku datang muster awal. Lepas subuh kat office, sementara pekerja nak datang, aku taip la sikit-sikit. Nak mengadap 24 jam, memang tak la kot. Aku ni bangsa field-man. Syok lagi aku lepak bawah pokok sambil dengar 80’s Malay Rock.

Thanks Doreen berkenaan suggestion Sarawak tiada harimau. Tapi buaya banyak weh. Fuuu… kalau kena ngap, tak sempat pakcik ngip dia balik. Hahaha. Nanti aku jawab lagi soalan-soalan korang. Tanya yang ilmiah sikit ye. Hahaha.

Hari ni aku nak mengarut bab kenapa aku pilih bidang pertanian/perladangan ni. Aku ni dibesarkan dikawasan sawah padi dan getah. Dari kecil aku dah pandai menabur benih padi dan menoreh getah.

Masa sekolah dulu aku tak berapa pandai. Selalu kena marah dengan cikgu. Nanti dah besar, kau kerja la menoreh tu. Ada juga cikgu aku yang baik. Dia selalu cakap, ikut saja suara hati kamu. Kamu yang tentukan masa depan kamu.

Lagi pun aku ada ingat satu hadis riwayat Al Bukhari. “Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya dan dengan itu dia memperoleh pahala.” Ini kalau salah, kau tolong betulkan ye.

Aku teringat bos aku sebut je dulu. Tak pandai aku bab-bab ulum atau mustalahah hadis, sanad isnad, musnad musnid, rawi dan matan bagai semua ni. Tapi bos aku cerita pentingnya pertanian ni dengan bawa dalil kat atas ni. Aku yakin setiap amal baik pasti berbalas baik.

Sebab aku rasa aku tak ada masa depan nak jadi Ultraman atau Kesatria Baja Hitam macam budak-budak pandai lain, aku pilih la nak jadi petani. Aku ambil aliran Sains Pertanian masa SPM dulu. Tapi silap aku, aku tak ambil Pure Science. Itu yang grad part 8 tu. Hahaha.

Bila aku masuk Arau, aku kenal member-member baru yang terjal. Ada yang wayar putus, litar pintas, tak cukup inci, skru longgar. Macam-macam. Tapi dorang ni la yang ajar aku erti setia kawan tu. Ada yang dah macam bloodbrother aku. Macam-macam perangai. Wuuu… kalau aku cerita ni, mesti ada yang kejung perut punya ni.

Di Arau, aku di ajar dengan satu slogan yang aku anggap keramat. Tapi dia punya keramat tu hilang bila aku dah lama kerja. Slogan tu berbunyi camni, “Rule No. 9 : The Boss is Always Right. Rule No. 10 : If the Boss wrong, please refer to rule No. 9. Conclusion is, the boss is always right.”

Aku dah kerja dengan ramai manager. Dan aku kenal ramai manager. Ada manager yang backup anak-anak buah dia. Dia marah kau, dia maki hamun kau, dia hina kau, tapi belakang kau, dia puji kau, appraisal yang dia bagi membantu kau. Kau dapat double increment, bonus tinggi, rating class A. Rule kat atas tu terpakai untuk bos yang macamni.

Tapi ada sesetengah makruq sintaq bos yang tak terpakai dengan rule tu. Dia puji kau, dia sanjung kau, dia puja kau, tapi belakang kau, semua hasil kerja keras kau, dia claim dia punya. Appraisal pun biasa-biasa.

Bagi aku, kalau kau nak manage estate ni, kau kena manage macam mafia manage dorang punya family. Macamana kartel-kartel manage dorang punya family. Ini baru dikatakan pengurusan yang terbaik. Kau tau kenapa aku selalu tanya keadaan family korang? Anak bini sihat ke tak?

Antara sebab Don Amado Fuentes berjaya rampas Juarez Cartel, adalah dengan pikat hati-hati orang dia. Ini yang aku try apply dalam kerja aku. Pekerja jadi sayang dengan kau sebab kau concern dekat family dorang. Terlebih concern sampai nak buat menantu pun ramai. Hahaha.

Mesti kau rasa something bila bos kau tanya pasal family sihat ke tak? Bagi kau bercuti lebih sebab balik jaga mak kau yang sakit. Seolah concern dengan keadaan kau. Ini baru betul bos. Ini yang kita mau. Bos macamni, kalau call aku pukul 3 pagi ajak round estate pun aku bangun. Jangan kata round estate, anak dia kena buli pun aku turun.

Jadi di Arau ni DPIM ni family besar kau. Yang ada di situ adik beradik kau. Susah senang kau sama-sama la dengan dorang. Melainkan kau tersangkut dengan awek Masscomm lepastu kena queen control. Hahaha. Ya, aku perli member aku sorang ni. Hahaha. Rugila kau takde kenangan dengan kami.

Banyak cerita lucu aku kat sana. Aku cerita sikit kat korang. Post kali ni takde ilmiah sangat. Post kali ni banyak membawang. Hahaha.

Kebanyakkan student Uitm Arau, kalau nak balik kampung, dorang prefer naik train dari naik bas. Bila hari balik kampung tu sampai, kau boleh tengokla berduyun-duyun umat Uitm ni berjalan kaki dari Uitm ke Stesen Keretapi Arau.

Sebelum sampai Stesen Keretapi Arau, kami wajib singgah gerai nama Western. Aku tak sure ada lagi tak kedai ni. Ini kira antara port wajib ahlil DPIM time tu. Gerai ni locate dekat depan sekolah. Aku rasa sekolah Dato Sheikh Ahmad kot. Gerai ni serve milo ais paling sedap dekat hemisfera timur bumi ni.

Ya. Aku percaya bumi ni bulat. Bukan leper. Hahaha. Pekat betul milo ais dia. Burger dia pun padu. Peh… Mengimbau. Ada juga yang aku start kapal terbang balik Arau malam ni jugak.

Antara kenangan yang aku tak boleh lupa naik train bila balik kampung adalah naik train ngan senior aku. Kau pernah naik train yang katil besi dekat dinding tu? Haa… yang tu la. Dia ajak aku balik naik coach yang boleh tidur. Aku layan je la.

Pembaca yang saya muliakan, Senior aku ni dia punya badan 2 kali saiz normal manusia. Aku tak sure iblis mana yang bisik kat telinga dia yang dia mampu naik tidur katil tingkat atas, aku tidur katil tingkat bawah. Kau pernah rasa tak maut tu sentiasa dekat dengan kita? 9 jam aku atas train tu tak mampu tidur. Dia siap bantai berdengkor.

Setiap kali train tu langgar connector landasan, setiap kali bergegar, setiap kali tu jugak aku mengucap. Ini kalau terhempap aku ni, mau kering darah aku ni. Nak mintak tukar, takut tersinggung perasaan dia pulak. Kang dia cakap aku diskriminasi terhadap kaum gergasi yang comel ni pulak. Tak guna juga aku amek coach yang boleh tidur ni. hahaha.

Ada lagi satu kisah aku dengan senior aku. Aku faham keperluan manusia untuk makan. Aku tak kisah pun belanja kau makan. Apa ada hal PTPTN dapat RM2500, yuran Uitm baru RM400. Tak kisah nak belanja kau makan. Kalau kau nak makan ayam yang member aku sembelih tu pun boleh. Nak tak? Hahaha.

Senior aku ni memang kenal baik dengan taukey kedai makan hujung sekali dekat Food Court Orange dalam Uitm Arau tu. Jadi dia suruh aku pergi tapaukan nasi. Dia suruh aku petik saja nama dia dekat taukey tu. Dia bagi aku RM20 untuk bayar nasi tu. Aku pun pelik, aku makan nasi RM8 pun kadang-kadang kenyang sampai malam.

Bila sampai, aku petik la nama senior aku tu. Brader tu apa lagi, dia ambil 2 helai surat khabar, dia lapik 2 helai plastik, dia start senduk nasik, ayam 3 ketul, daging, sayur sikit, lepastu bungkus kuah 1 plastik. Aku ni dah nak menitis peluh jantan. Orang ke gergasi yang nak makan ni? Patutla RM20.

Budak-budak lain semua da start pandang aku. Badan kecik tapi membeli makan macam membela saka. Haah. Memang. Ada saka tunggu dekat Nyatoh sana tu. Punya la malu aku. Bila da siap, taukey tu pesan, bagitau senior aku tu, talang masin takda stok. Nanti dia cari supplier lain. Hahhaha. Tak cukup korum lagi rupanya makanan dia. Gila la.

Aku tak cakap senior aku ni gemuk. Tapi memang dia jenis rangka besar. Fitness dia tinggi. Kalau dia lempang orang, penuh muka orang tu dengan tapak tangan dia. Itu kalau dia ajak begurau tu, mau patah riuk kau. Tapi satu lagi kenangan yang aku tak boleh lupa. Masa mak dia hantar dia naik train, mak dia pesan, “Adik jaga diri na.. Belajaq sungguh-sungguh. Jangan buat orang, biaq orang buat kat kita takpa.”

Hahahaha. Aku dah gigit besi katil dah tahan gelak time tu. Kau tak tau makcik, dah 2 orang nyaris masuk hospital sebab anak kau ni. Aku tak sure budak yang curi duit mesin dobi tu kena cacat kekal ke tak kena tepuk. Harap-harap tak la. hahahaha.

Geng DPIM ni hobi pelik-pelik. Ada yang suka main kapal selam dalam baldi. Sampai lemas dorang main. Hahaha. Kau faham tak main kapal selam tu apa? Ada yang suka muzik. Main guitar sampai extend. Hahaha. Dulu sedap je aku dengar kau goreng lagu rock lama-lama, skang kau goreng lagu Didi & Friend’s. Dah jadi family man. Aku usha je video kau upload main guitar kat FB. Hahaha.

Sebut pasal family man, aku teringat satu cerita. Aku ada sorang member aku planter di Perak. Lama dah aku tak call dia. Satu hari tu, lepas Maghrib macamtu, aku call dia. Tanya khabar apa semua, terbuka la cerita lama.

Bersembang 5 minit, gelak 10 minit. Sambung sembang 5 minit, gelak 10 minit. Tak lama lepastu, dia cakap. “J, aku hold sat. Anak aku lapaq susu. Bancuh susu anak sat.” Tersentak aku sat. Hilang saka lucu aku.

Member aku ni aku kenal betul. Roomate aku 6 semester dekat Nyatoh. Budak terlanggar bahu pun dia tibai setengah nyawa. Tiba-tiba sebut bancuh susu anak. Hahaha. Ini kalau aku cerita perangai bapak dia muda-muda dulu, mesti setengah mati kena gelak ni. Kau tunggu la reunion nanti. Aku cerita habis kat dorang. Hahaha.

DPIM ni ada pertubuhan dia sendiri. Kami panggil Planter’s Guild atau PG’s. Ala-ala Assasin Guild yang dipanggil Brotherhood dalam game Assasin’s Creed gitew. Hahaha. Dorang ni la yang susun atur pergerakan geng DPIM ni. Kalau ada masalah, lunggok ja atas batu jembala dorang. Termasukla kalau kau nak mintak halal bila rembat ayam ladang. Hahaha.

Walaupun kau tengok geng ladang ni terjal, tapi aku agak puji bab adab dorang dengan lecturer. Ya. Ada juga kes yang biadab, tapi awal-awal lagi settle. Nak pulak kalau senior dah panggil.

Kau kena ingat, murid Imam Malik iaitu Ibnu Qosim pernah cakap, “Aku mengabdi diri kepada Imam Malik selama 20 tahun. 18 tahun hanya untuk mempelajari adab, dan 2 tahun untuk mempelajari ilmu.” Benda ni tak dapat dalam sekelip mata. Kau tak payah ikut sangat budaya barat berperangai asal boleh dengan tok-tok guru kau.

Adab ni benda yang kau tak dapat belajar dalam buku semata-mata. Kau kena praktis. Memang mulut aku ni lepas sikit, tapi kalau dengan orang yang lebih tua, adab tetap kena jaga. Kalau kau perasan, ada budak-budak yang komen dekat posting orang-orang tua dengan bahasa yang kurang ajar. Pantang betul aku.

Aku tak sure kalau kau okay dengan benda ni, tapi please, benda ni sangat membarah. Bukan level kawan-kawan kau kalau kau nak kurang ajar macamtu. Sedih tengok generasi sekarang. Memang tak semua, tapi kebanyakkan yang aku jumpa, macamtu.

Dengar-dengar bos Baeng ex-Pres PG’s cari saya. Bos, kalau saya turun Siliau, saya roger bos. Jangan cari saya bos. Saya cuak ni. Saya tulis nak seronok-seronok je ni. Lebiu bos. Kalau bos marah, ni last episod bos. Hahahaha.

Aku minta maaf sebab lately busy sikit. Biasalah hujung tahun camni. Bos di HQ kejar crop. Kami fieldman ni kuli saja. Lagi pun dah kena writer block. Korang drop question banyak sikit. Biar aku ada modal nak bercerita.

Owh ya, geng planters, korang tak komen langsung apahal? Sibuk mencari aku ke? Hahaha. Nanti aku buat group Whatsapp, korang kasi idea sikit. Nak?

– John Johny Johnathan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *