Perkataan kedekut ini sangat famous untuk orang yang cukup susah nak keluarkan duit dari poket untuk orang lain walaupun untuk diri sendiri..
Kadang2 ada nama lain seperti tangkai jering, kedekut tahi hidung masin, haji bakhil macam-macam nama lain lah..
Aku yang dulu sangat takut berbelanja sebab aku lahir bukan dalam keluarga yang kaya, jadi nilai duit tu berbeza dimata setiap orang..
Sifat aku ini semakin menjadi2 sejak aku masuk universiti, uitm seri iskandar tahun 2010.. Ini pertama kali hidup tanpa bantuan family, kalau dulu duduk rumah, makan, pakai, basuh baju semua mak yang buat.
Tapi kali ni berbeza bila aku masuk je universiti dengan berbekalkan RM2,500 ptptn untuk 1 semestar.. Bayangkan tak pernah berenggan dengan family dan kene hidup berdikari,
Bila fikir semula kelakar, bayangkan nak order makanan pun tak tahu dan takut2, dalam hati kata “mahal ke murah ke? Kang terlebih guna duit habis macam mane” macam2 bisikan berlegar dalam kepala.
Akhir sekali, hari pertama tu aku makan satu hari tak makan beb, aku makan biskuit dan kerepek yang mak aku bekalkan.. Haha, bila masuk kelas dah ada kawan barulah berani sikit keluar makan kat dewan makan,
Masa beratur beli makanan ikot rapat member, dia ambil ayam aku ambil, dia ambil sayur aku tak ambil dalam otak aku masa bayar harga aku mesti lebih murah dari dia..
Nasi + ayam goreng RM3.00 (dewan indera mulia), yang jadi bestnya adalah semua dewan makan di kawasan uitm seri iskandar, disitu paling murah kalau tempat lain nasi + ayam RM3.50 – RM4.00..
So tempat makan tu jadi port makan aku dari sem 1 hingga sem 6,
Aku masih ingat, kalau korang nak tahu uitm seri iskandar berbukit tau, fakulti belah atas, kira nya normal kalau orang dah pergi kelas, sampai sesi tengahari, diorang akan lunch di dewan makan belah atas,
Tapi aku tak. Aku sanggup turun makan tempat tu, lepas makan panjat balik ke kelas gigih masa tu, saving punya pasal..
Aku tetapkan makan sehari RM5 sahaja, tengahari makan RM3.00 air kosong bawak dari bilik dan malam RM1.00 makan nasi goreng kosong kedai yang sama RM1.00 isi air osmosis dalam tong air untuk minum hari ni dan esok.
Belum cerita kene beli buku, tapi aku photostat je. Kaki ni tak pernah melangkah ke mall la, wayang la, bowling la.
Senang cerita bende yang membabitkan duit semua aku tak pergi, ada trip kelas pun aku tak pergi, baju kelas pun aku tak beli..
Sebab aim aku 1 sem RM2,500 ptptn ni aku perlu guna untuk yang perlu, dan aku berhajat untuk pulangkan jika ada balance sebab aku tidak suka berhutang..
Alhamdulilah habis je diploma, duit kat tangan aku ada baki RM5-6k lagi, duit ni aku simpan ke asb..
Dulu masa orang kata aku kedekut, kadang2 angin juga perkataan tu macam sensitive sikit.. tapi aku selalu sedapkan diri, selama aku hidup belum pernah aku pinjam duit dengan kawan or terhutang budi dari segi duit..
sebab aku sedar nilai duit, betul “duit tak boleh bawa mati, tapi takde rasa macam nak mati”.. ini ayat dari lecturer aku dulu.. lebihkan menyimpan sebab kau tak tahu masa depan,
Buat terjadi sesuatu kat kau yang memerlukan duit, memang ada saluran contoh personal loan, card credit la, bende2 ni akan menjadikan kau hamba kepada bank..
Pandang jauh, fkirkan yang terbaik untuk diri pada masa depan bukan masa sekarang..
Nak cerita zaman ijazah dulu dan zaman bekerja sekarang tapi ni pun dah panjang..
Kalau ada request boleh la aku share hidup aku yang tak seberapa ni semoga yang membaca ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. Aaminnn.
Yang Benar,
– Imam Muda (cewah) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit