Salam, nama saya AP (bukan nama sebenar). Saya berumur 35.
Alhamdulilah saya mempunyai seorang isteri dan sepasang anak berumur 4 dan 2 tahun perempuan dan lelaki. Sudah berkahwin lebih dari 5 tahun.
Alhamdulilah kehidupan kami sekeluarga dikatakan agak selesa dengan saya dan isteri bekerja.
Saya seorang suami dan ayah yang dikira sebagai bertanggungjawab dan sentiasa membantu isteri selesaikan kerja rumah apabila pulang dari bekerja.
Pekerjaan saya dalam bidang construction menuntut saya supaya fokus dalam pekerjaan dan kadang kala saya sampai rumah lewat malam.
Tetapi walau bagaimana pun saya akan pastikan seminggu sekali masa diperuntukkan untuk keluarga.
Apabila saya cuti saya akan pastikan isteri saya berehat dan saya yang akan uruskan anak anak dan rumah.
Kalau saya rajin, saya akan memasak, (hanya rujuk youtube je, haha) mengemas rumah, sapu lantai, mop lantai, basuh baju,
Pendek kata urusan rumah dan anak anak saya yang akan selesaikan, mandikan mereka. Bermain main dengan mereka..
Kerana saya beranggapan sebagai seorang lelaki kita mempunya tenaga lebih tak salah membantu dalam kerja rumah dan sekali sekala biarkan isteri berehat dan me time.
Saya tak kisah kerana saya sudah diajar dan terbiasa oleh ayah dan ummi saya sejak dari kecik tentang hal hal pekerjaan dirumah.
Tetapi satu sahaja yang menjadi masalah buat diri saya adalah saya seorang yang cepat naik angin dan panas baran, terutama dengan isteri.
Saya menjadi kurang sabar jika isteri saya buat perangai, moody.
Dan pernah kami bergaduh, dan saya terlampau marah saya tumbuk almari (sebab tak tahan isteri merungut kata almari kecik) kesudahannya saya terpaksa ke hospital, kerana tangan saya luka dan terpaksa dijahit.
Bila saya sendirian saya sedar yang saya hanya perlu bersabar menghadapi kerenah isteri, tetapi itulah yang paling susah.
Dan kadang2 saya rasa saya mempunyai masalah dan mahu rujuk kepada dr pakar psycho kerana saya tak mahu perangai saya boleh memberi kesan buruk kepada anak anak..
Bagaimana saya mahu membuang perangai panas baran saya ni?
Terima kasih..
– AP (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit