Aku Seri Rumah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-seri-rumah/).

Salam. Hi semua.

Argh cerita tak best sebab tak ada konfliks/klimaks? Aduh, hang lupa ka Allah kata?

Senang itu ujian.

Susah itu ujian.

Alhamdulillah 17 tahun kawin, bahagia. Aku takut juga kot dengan bahagia dan senang aku jadi tamak. Dah macam minum air seluas lautan pun rasa haus. Naya!!!

Semoga Allah jadikan aku orang yang bersyukur dan dengan syukur Allah tambah lagi nikmat. Aamiin. In sha Allah.

Aku Alia. Aku nak ucap juga terima kasih pada yang komen luahan hati “Aku Seri Rumah”. Semoga kata kata yang baik itu berbalik pada kita semua.

Sebenarnya benda baik dan bahagia ni berjangkit. Aku seronok sangat korang yang baca juga rasa gembira. Ya Allah berilah kami semua kegembiraan dunia akhirat.

Anak aku 4 orang (2 lelaki, 2 perempuan). Meh sign borang sape nak jadi menantu aku eh. Hehehehe. Tapi kan aku memang doakan anak anak, semoga zuriat keturunan aku diringankan jodoh dikalangan hambaMu yang bertaqwa.

Taqwa ni maksudnya waqaya which means ‘to protect’. Semoga orang bertaqwa ni dapat jaga diri dia dan anak anak kita dari buat perkara yang merosakkan.

Aku nak cerita sikit lagi, sebelum gembira mestilah pernah rasa susah dan kecewa. Benda ni berlaku sebelum aku berkahwin.

Bermula ketika aku berumur 18 tahun, aku sambung belajar kat IPTA di Shah Alam. Popular IPTA tu.

Aku dah macam burung terlepas sangkar, seronok ya amat dapat merasai hidup remaja. Aku juga buat partime jadi cikgu tuition. Dapat duit saku, jadi aku boleh guna bayar loan keta kancil 660 aku.

Bapak aku belikan bayar down payment. Aku kena bayar bulan, masa tu aku bayar kancil 660 tu RM250 sebulan. Service dan insurance kereta bapak tanggung. Yuran Universiti aku dapat scholarship.

Budak remaja baru nak kenal dunia. Aku rasa dunia ni aku punya. Siang aku pi kuliah. Malam aku jadi cikgu tuition.

Aku selalu gak ikut aktiviti IPT. Aku wakil debat U. Cuti sem panjang langkah aku dengan kawan kawan perempuan. Dan aku kenal dengan ramai orang.

Lelaki pertama, Amir. Siang dia cikgu sekolah, malam dia jual burger. Aku terbeli burger dia sebab tak jauh dari Pusat Tuition aku mengajar tu. Sangkut pulak. Tapi tak boleh get along sebab kantoi dia suka main nombor. Judi! Giler, baik aku lari.

Lelaki kedua, Hairul. Senior IPT aku. Ramai orang suka dia ni. Orang kata dia “loaded”. Kaya lah konon. Aku tak ambik tau sangat.

Satu hari dia ajak aku lunch. Aku yang memang suka kawan dengan semua orang ni, pi je la makan. Orang nak belanja kan. Lepas tu mulalah rapat.

Lama lama kantoi rupanya dia bf sorang kakak senior. So aku fikir tak kan aku nak serious dengan laki buaya darat ni? Arghhh, next!

Lelaki ketiga, Wan. Selalu dia lepak Shah Alam sebab ramai member dia kat situ. Dia keje kilang. Junior engineer kilang katanya.

Aku pelik dah kerja tapi kalau keluar naik kancil aku, pas tu tak hulur duit minyak dan tol. Makan pun aku bayar. Mula start pinjam duit aku seratus dua sebulan.

Yang ni siap aku dah kenalkan kat mak aku. Tapi mak aku tak berkenan. Doa mak lah kot, hati aku jadi kuat tolak juga dia ni walaupun muka handsome. Mak aku cakap handsome tak dapat beli beras.

Alahai tak jadi la lagi…

Entah macam macam orang aku kenal. Aku cerita watak yang penting je la ye. Tup tup aku pun dah habis belajar. Kerja pertama aku kat Southern Bank (sebelum CIMB took over). Aku ambil jurusan BBA majoring in finance. Dapat graduate dengan kelas pertama.

Kenal dengan exec bank, Fahmi. Aku ni budak baru. Fresh graduate. Fahmi ni selalu tolong ajar banyak benda kat office. Dipendekkan cerita baru nak masuk fasa selesa berkawan, rupanya aku ni orang ketiga.

Kantoi sebab jap jap dia ada, jap jap dia hilang tak tau pi mana. Laaaa dia tu tunang orang. Melepaslah aku lagi. Tapi mak aku kata elok melepas sekarang, dari merana kemudian.

Satu hari aku tak sihat. Pi klinik minta ubat. Berkenalan pulak dengan lelaki panel klinik sama, Kushairi. Dia cakap sebab umur dia dah terlajak, dia tak nak bercinta. Dia nak lamar aku terus kawin.

Aku ni suspicious sebab dia macam “rushing”. Sekali terkeluar ayat dia “I haritu teman kawan I jumpa bomoh”. Terus aku rasa telan air liur macam telan batu. Bomoh?

“Dah alang alang I teman kawan I, i saje tunjuk gambar U dekat bomoh tu… bomoh tu cakap U ni perempuan yang baik dari keluarga baik baik”.

Speechless aku jap. Zaman globalisasi ni ada juga orang percaya bomoh? Aku pas tu memang menjarakkan diri dengan Kushairi ni. Dia cari aku! Siap tunggu aku depan office. Dia telefon aku tak angkat. Ish takutlah aku lelaki jenis macam ni.

Lepas tu aku jatuh sakit. Tetiba je sakit. Semalam sihat, harini rasa nak mati. Aku tak leh telan air liur. Tak boleh makan minum. Aku MC seminggu. Masih tak baik, aku admit ke KPJ. Insurance company cover tip top. Aku siap dapat single room.

Buat MRI, normal. CT Scan, normal. Tapi aku sakit sangat. Macam ada benda cucuk cucuk badan aku ni. Macam ada jarum, pisau tapi tak nampak. Yang rasa sakit je. Sebulan aku keluar masuk hospital, tapi masih tak tahu punca sakit.

Jadi, bapak aku bawa aku keluar sign borang discaj atas risiko sendiri. Bapak aku panggil imam masjid, minta dia ngajikan aku. Dia ngajilah 2-3 jam.

Tetiba aku boleh makan sejurus selepas dia ngajikan aku. Argh pelik! Bukan dah sebulan lebih aku rasa macam nak mati? Rasa tercekik. Tetiba dah boleh telan air liur dan makan dengan baik. Ajaib betul dunia.

Ingatkan habis kat situ je. Bila aku dah start keje, sakit tu datang balik. Masa aku jalan kat tangga, aku rasa ada benda tolak aku. Tergolek dok aku jatuh. Pas tu aku tak boleh duduk, sakit punggung. Macam ada jarum kat punggung.

Lepas tu plak, tetiba aku tak boleh jalan. Macam lumpuh. Pi hospital, MRI lagi. Semua normal. Argh sudah.

Mak bapak aku nak bawa aku berubat ke Kelantan. Tapi aku tak nak. Jauh. Duit lagi. Kesian mak bapak aku. Mak bapak aku cakap duit boleh cari, tapi anak tiada galang ganti. Nangis… terharu.

Kawan bapak aku akhirnya panggil orang Darusshifa. Berubatlah aku ke Darusshifa saban waktu. Aku ni sakit sampai kena resign dari bank.

Lepas tu aku berkenalan pula dengan perawat Darusshifa tapi dia perawat part time lah. Perawat muda masa tu umur dia lewat 20an. Muka sedap mata memandang. Tapi macam tegas orangnya. Erk takut.

Tak bercinta tak apa. Dia terus datang jumpa bapak aku kat rumah. Dia minta nak hantar wakil rombongan meminang. Aku masa tu dalam keadaan “fragile”. Ye la sihat walafiat dan happy go lucky tetiba sakit yang teramat.

Aku terima. Kawin secara sederhana. Suami aku ni lah rawat aku. Setiap malam ngajikan aku. Ruqyah pada air mandian untuk aku mandi. Kuasa Allah, sedikit demi sedikit segala sakit beransur hilang.

Lepas dah sihat, aku kembali bekerja. Diterima di salah sebuah bank terkemuka. Gaji 5 angka. Masa ni suami juga bekerja dengan gaji 5 angka sebelum resign dan memilih untuk jadi PTD.

Setelah suami stabil dan posting keluar negara, aku pula resign dan jadi SERI RUMAH sehingga kini. Allah beri rezeki suami yang baik, anak anak yang baik, dapat pula mak bapak mertua baik baik dan mak bapak sendiri yang selalu berbuat baik.

Aku juga belajar konsep rezeki. Kami tak mewah, tapi syukur Allah beri kecukupan rezeki dengan rahmah.

Rizq in Arabic or rezeki in Malay is unpredictable. Sometimes, it comes through unknown sources and in varying forms too.

Konsep rezeki is so beautiful. Even when you eat a piece of fruit, it was always written for you. From the moment it grew from a tree, it went through all these people and travelled all this way until it was in your hands. It was always meant to be yours.

Indeed, everything belongs to Him and Man has no right to boast and be arrogant of the Rizq he is given to possess.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *