Aku Si Bekas Bijak Yang Tak Berguna

Assalamualaikum. Tak reti nak buat bahasa bunga². Aku direct jelah ye. First of all, terima kasih sangat² kepada admin jika confession ini diluluskan.

Sebagai pengenalan, aku Amalina. Usia aku 26 tahun. Aku merupakan bekas pelajar perubatan di salah sebuah IPTA di Lembah Klang.

Kini aku merupakan pelajar bagi kos yang berlainan. Aku juga merupakan pembaca setia IIUM Confessions sejak sekian lama, tapi sekarang baru terdetik nak buat konfesi mengenai diri aku sendiri.

Aku tak kurus tak juga gemuk, tak putih tak juga hitam, tak tinggi tak juga pendek, tak kaya tak juga miskin, tak liar tak juga alim, aku merasakan akulah definisi sederhana yang sebenar.

Walaupun tidaklah sealim mana, aku tak pernah tinggal solat tanpa sengaja, bertudung sekadar menutup dada, tak pakai handsocks mahupun berstokin sentiasa, dan tak pernah bergaul bebas dgn mana² jejaka.

Masuk bidang perubatan ni atas dasar nak tengok ayah & ibu bahagia kerana akulah harapan mereka. Aku anak bongsu, anak manja. Sangat rely on ibu bapa dan tak boleh hidup tanpa mereka. Aku tak pernah bantah apa jua yang mereka mahu daripada aku.

Aku juga merupakan seorang yang payah untuk berkata “tidak.” I admit I need to learn how to say “NO.” That one thing is just so hard to do.

And maybe that’s why I’m always being used. UPSR 8A, PMR 8A, SPM 9A. Masuk bidang perubatan, aku rasa akulah yang paling bodoh dekat sini. Baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah.

Target aku hanyalah untuk lulus setiap sem. Dan untuk lulus saja pun sngtlah sukar. Aku hidup dgn buku, bukan untuk dapat A, tapi untuk lulus. Bayangkan betapa sukarnya bidang ini. yang tidak ambil mungkin tidak mengerti.

Aku ingin lulus supaya aku tak perlu repeat year dan supaya ibu bapa aku tak hampa dgn aku. Being the good daughter I am, I don’t have the heart to disappoint them.

Because I only have my parents in this whole big world. No one else loves me like they do.

Tapi akhirnya aku tewas juga. Aku tak mampu nak teruskan dalam bidang perubatan ni.

Meskipun aku tak pernah gagal, aku hanya merasakan bidang ini bukanlah takdir aku. Tak kena dengan jiwa aku. Aku tak nak hidup aku nanti menyesal di kemudian hari. Aku tanak aku gila sendiri.

Aku bukannya seperti robot, yang tahu belajar sahaja seperti doktor kebanyakan. Aku terlalu rapat dgn keluarga, aku tidak suka hidup stress, sibuk dan tertekan.

Tetapi di sinilah anxiety mula kick in. Aku mula rasa hidup aku tak berguna. Aku mula rasa aku ni hanya menyusahkan ibu bapa.

Masakan tidak, di usia 26 tahun aku masih belajar seperti remaja sedangkan pada waktu begini rakan-rakan sekolahku yang lain semua dah ada kerjaya.

Hari-hari aku merasakan lebih baik aku mati sahaja. Tapi pandai aku sorokkan ini semua daripada pengetahuan keluarga.

Di depan mereka aku pura-pura bahagia sahaja. Apalah guna hidup jika tak ada kerja. Aku mula mengurungkan diri. Tidak mahu berjumpa saudara-mara.

Aku rasa betul-betul tidak berguna. Apalah guna 5A 8A 9A yang aku dapat sebelum ini jika akhirnya aku end up seperti ini. Di usia 26 tahun masih merangkak-rangkak menghabiskan degree.

Mungkin 28 baru habis nanti. Apalah nak jadi. Terkadang aku mengharap diri aku ni biasa sahaja. Tak perlu pun jadi student straight A. Biar aku kerja biasa-biasa saja supaya tidak disuruh itu ini oleh ibu bapa.

Aku semestinya seorang introvert. Percaya atau tidak, dari aku kecil sehinggalah usia aku 26 tahun, kawan² aku sangat sikit.

Aku juga tidak pernah bercinta, tak pernah tahu bagaimana rasanya disakiti, atau dicintai oleh lelaki. Tak juga pernah tahu bagaimana rasanya “ditackle” oleh seorang lelaki.

Circle aku sangat² small. I don’t even know if this is normal. I don’t even know if there is someone out there like me. Semasa bersekolah rendah kawan aku ramai. Tapi yang masih keep in touch sehingga skrg, 2orang dan aku sangat² menyayangi dan menghargai 2 manusia ini.

As I get older, makin takde kawan.

Sekolah menengah – 1orang, diploma – 1 orang, (yang masih keep in touch) dan sekarang degree, kawan aku hanya 2orang, itu pun tidak lah rapat mana. Aku cuba saja berkawan dgn semua tapi manusia mana yang tak nak sahabat baik kan?

Aku juga begitu. Inginkan sahabat untuk kongsi suka duka bersama, lawak bersama. Salah satu sebab aku stress juga di alam degree yang lalu mungkin kerana takde kawan yang sekepala.

Aku juga dah 26 tahun hidup bahagia tanpa kasih sayang seorang teman lelaki. Entahlah, teruk sangat agaknya muka aku ni. Tak pernah juga aku tengok kawan-kawan aku sebelum ni yang tak pernah kena mengurat.

Bagi aku, mesti ada sebab tuhan jadikan aku begini. Tuhan sayang aku, nak jaga aku dari benda2 yang tak diingini. Tapi sebagai manusia, tak dapat aku lari daripada fitrah.

Sebenarnya perasaan sunyi ini timbul apabila aku selalu berjalan seorang diri tanpa ada peneman.

Usia pulak dah menginjak 26 tahun, rasa sunyi semakin menebal. Tengok kawan kiri kanan ada yang menemani, aku juga ditinggal seorang diri. Baik lelaki mahupun perempuan, aku rasa apa yang aku perlu hanyalah ‘peneman’.

More than a boyfriend, I think what I need most is a friend. Seorang kawan untuk aku berbual mesra, untuk aku ceritakan segala²nya, untuk menemani aku lepak tengok wayang bersama, untuk aku jalan² dan bergelak ketawa bersama.

Sebab sebenarnya, dah makin tua ni takde perasaan pun aku tengok lelaki. Aku juga dah bertahun-tahun tak pernah ada “crush” macam yang orang sebut-sebut sebelum ni. Aku lebih tertarik dgn personaliti berbanding rupa.

As much as I enjoy my own company, kadang² terasa jugak nak berbual, nak tengok wayang dgn kawan². Akhirnya soalan yang menjelma di minda, hodoh sangatkah aku?

Hina sangatkah aku? Sudahlah dah tua masih melanjutkan ijazah, tiada kawan dan hanya menyusahkan ibu bapa sahaja. Aku tidak menipu bila aku katakan aku ingin mati sahaja. Terkadang aku menyalahkan takdirku sendiri.

Akhir sekali, minta maaf kalau confession panjang atau membosankan. Terima kasih sangat² kerana sudi membaca. Jika sudi berkawan atau ingin memberikan nasihat, droplah komen di bawah ya. Aku sangat hargai.

Yang ikhlas,

– Amalina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *