Salam , aku nak ceritakan kisah benar yang berlaku dalam kehidupan aku. Maaflah kalau panjang hehhehe. Masalah yang sering menghantui remaja zaman sekarang iaitu masalah JERAWAT.
Aku akan ceritakan pengalaman aku dan aku akan sharekan tips yang boleh korang cuba macamana nak hindari masalah Jerawat tu. Hehehehhehe
Kisah sedih :
Aku ni seorang remaja perempuan yang sangat aktif time sekolah dulu. Aku ni kekonon nak jadi macam Superwoman laa semua games aku nak cuba. Tapi masa aku darjah 6 hingga form 2 , aku memang takda masalah kulit cuma gelap (sunburn) saja time tu itupun aku pakai sunblock. Aku pakai pencuci muka pun , aku kongsi dengan ibu aku.
Kalau takda pun, aku cuci muka guna sabun dettol kaler kuning tu (time selekeh). Hahahaha
Tapi masalah JERAWAT bermula ketika aku form 2. Muka aku tetiba naik jerawat, kalau 1 ,2 biji takpe , ini tumbuh banyak dan pelbagai size.Aku risau tahap gaban , kenapa muka aku jadi macam ni. Aku tanya ibu , ibu cakap maybe hormon berubah kot. So dari situ bermulalah episod hitam aku.
Selepas masalah jerawat aku ni still tak elok,aku cuba pakai pencuci muka ibu tapi apa yang berlaku lagi besar jerawat tu. Hahahahah nampak tak permainan disitu ? Aku start jadi pelajar yang takut , pemalu nak berhadapan dengan orang. Masa games pun ,aku akan cover muka aku dengan sunblock yang tebal dan pakai topi. Lepas games , aku akan remove segala produk dekat muka aku dan cuci muka macam biasa. Time tu , cakap je produk jenama apa , aku beli dan pakai tapi hasilnya tetap sama , yang beza cuma skintone aku dari hitam ke putih. Jerawat tetap ada. Masalah ini berlarutan sampai form 5. Aku ni pantang jerawat dah masak , mulalah tangan gatal pergi korek ,picit. Hasil dia berparut laa komeeeee. Hitam ,berkawah semua dah bertapak kat muka aku ini. Hmmmm gelaran kawan kawan panggil aku kat sekolah macam macam antaranya muka polkadot. Perghh perasaan time tu mcm hati dibelah belah. Sakit sangat dan malu.
Selepas habis SPM, aku ambil bidang kemahiran pasal kecantikan. Bila kawan kawan tahu aku amik bidang tu , perli habis. Muka macam ini nak amik bidang kecantikan? Woooo brother and sisturrrr , korang memang salah dan aku akan buktikan yang muka aku akan elok. (No plastic surgery) ahhahahah. So aku akan share dengan korang tips yang aku amalkan sampai sekarang dan aku nak korang jangan malu and buktikan kat orang-orang yang pernah kutuk korang dulu yang korang boleh lagi cantik dan elok ! Gituwwwww
10 tips kecantikan yang aku amalkan sampai sekarang :
1. Pencuci muka
– Guna produk pencuci yang jenis tiada buih . Contoh: Jenama Cetaphil (sangat bagus)
-Ini aku guna almost setahun then aku stop sebab alhamdulilah muka aku dah okay.sekarang ni aku guna Golden herbs soap (jenama Sendayu Tinggi) untuk cuci muka.
2. Skrub muka
-Lakukan skrub muka 2 kali seminggu.
-skrub ni aku guna bahan-bahan semula jadi.korang just bancuh 1 sudu gula perang yang halus , 1 sudu madu dan sedikit minyak zaitun then skrub muka korang secara membulat.
3. Masker muka
-ini pun aku guna bahan semulajadi dan aku amalkan sampai sekarang. Bancuh 1 sudu madu dan sedikit jus lemon . apply kat muka dan biarkan selama 20 minit dan bilas sampai bersih. Kebaikan dia untuk hilangkan parut jerawat and muka akan glowing gituwwwww.
4. Pelembap muka
-kulit muka aku sangat sensitif sebab dulu suka buat eksperimen kat muka so aku memang tak boleh sembarangan pakai produk kecantikan lalu dengan itu , aku pakai aloe vera gel (jenama dherbs)dan minyak argan ( jenama Mora ).
5. Pantang larang
-Jangan sesekali picit jerawat dan kopek jerawat yang dah kering. Sabar dan sabar. Biar dia hilang sendiri.
6. Rutin harian
-Cuci muka 2 kali sehari. And untuk perempuan diluar sana yang suka pakai makeup. Please remove makeup korang dengan makeup remover , bersih dengan wet tissue untuk pastikan sisa makeup takda baru korang cuci muka dengan sabun. Nak cantik kan ? Silalah ikut pesan mak ni anak-anak. Hahahah
7. Air
-Minum banyak air. Minum laa selagi korang larat. Untuk kesihatan dan muka korang .
8. Supplement
– Bagi yang perempuan , rajinkanlah diri makan supplement. Aku sekarang amalkan makan Evening Primrose EPO (jenama 21st Century). Memang bagus untuk hormon dan kulit. Make sure minta pandangan dari orang kat farmasi tau sebelum beli.
9. Rawatan ice
-ini bila aku ada masa , baru aku akan buat. So first sekali , rendam teh hijau dgn air panas . tak payah letak gula ke apa. Biarkan dia kosong. Bila air dah jadi kaler hijau pekat dan sejuk sedikit , tuang kan bekas ais then bekukan. So bila korang dah bersihkan muka , korang amiklah 1 ice cube dan lalukan kat muka korang. Hasil dia, korang rasakan lah sendiri.
10. PENTING!
– haaa ini penting ,pantang larang atok nenek kita dulu iaitu jangan sebut or kutuk jerawat orang. Nescaya nanti muka korang akan tumbuh jerawat. Hahhaha aku tak percaya memula tapi bila terbuat dan terlanggar pantang larang tersebut maka dengan itu , menjadi jadi jerawat kat muka aku dulu. Hahahah
So thats it ! Hope korang amalkan lah tips yang tak seberapa dari aku. Bagi yang mempunyai masalah yang sama macam aku , dont worry. Muka korang akan kembali normal cuma yang penting perlu DISIPLIN !
Bahan semulajadi memang lambat tapi hasilnya sangat MELETOP KEBABOMMMM ! Insyaallah, hehhehe.
Love uolls , xoxo.
– Bepop
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit