Aku Si Bod*h

Seperti tajuk di atas, ya aku perempuan bod*h. Bod*h sebab percayakan lelaki.

Nama aku Ann, umur pertengahan 20-an. Bekerjaya, nak kata cantik tu tak lah, tapi sedap mata memandang.

Aku kenal dengan H yang sebaya dengan aku sudah lebih setahun lamanya.

Proses perkenalan kami sangat singkat sebelum kami decide untuk serious. Dalam masa sebulan dia ajak aku kahwin, aku kenalkan dia dengan parents aku.

Cuma nya selepas beberapa bulan berkenalan, aku perasan dia berubah. Selalu busy, selalu tiada time, dah tak ambil tahu lagi apa apa pasal aku.

H bukan kerja di darat jadi aku hanya dapat jumpa dia dalam sebulan 1-2 kali sahaja.

Masa ni dah banyak red flags aku nampak, tapi sebabkan sayang aku hiraukan semua tu. Aku buat diri aku jadi bod*h masih setia menanti diri dia.

Tanpa aku tahu rupanya dia sudah mempunyai seseorang di belakang aku dan aku hanyalah orang ketiga dalam hidup dia.

Sumpah aku langsung tak tahu kewujudan perempuan tu.

Bagaimana aku boleh dapat tahu tentang perempuan tu biarlah aku simpan rahsia, cumanya kuasa Allah memang besar, tak tercapai dek akal semua orang bagaimana aku boleh terjumpa perihal perempuan ni.

Pendek cerita mereka akan berkahwin.

Ya.. sudah nak berkahwin. Hati aku hancur remuk. Aku tanya H siapa perempuan ni dan kenapa dia buat aku macam ni. Mana pergi janji dia untuk kahwin dengan aku?

Lepas didesak berkali kali dia beritahu aku dia dah berkawan dengan perempuan ni lebih lama dari aku, perempuan ni sudah banyak tolong dia, duit dah semuanya jadi dia terhutang budi dengan perempuan ni.

Dia kata dia sudah cuba untuk beritahu aku tapi tak sampai hati, aku still tak boleh terima semua ni.

Aku menangis semahu mahunya depan dia merayu untuk dia pilih aku (ya masih bodoh masa ni), dia kata dia sayang aku dan perempuan ni cuma dia tak boleh pilih aku.

Masa ni lah dia drop the bomb yang aku rasa macam end of the world dah…. perempuan tu tengah hamil anak dia. Untuk tutup malu, mereka akan dikahwinkan.

Aku hilang kata, dah tiada alasan lagi untuk aku pertahankan dia. Jadi aku lepaskan dia pergi, walau memang sakit hati ni nak bayangkan nanti dia dengan keluarga kecil dia.

Aku bukan lah perempuan yang baik, aku sayangkan dia sangat sampai kami dah berkali kali terlanjur.

Memang silap aku, and aku memang bod*h. Aku mengaku. Tapi benda yang paling aku takuti dah terjadi… I missed my period.

Mula mula aku in denial, tak mungkin aku mengandung. This is the start of my worst nightmare.. double line.

Berhari hari aku ambil masa nak proses semua ni. Apa aku patut buat? Aku beritahu dia tapi dia seakan tak boleh terima.

Aku sampai call perempuan tu, tapi dia cuma cakap itu bukan masalah dia and they’ll still get married. Aku betul tak faham perempuan tu, mana hati dan perasaan dia?

Sekarang ni aku dah give up. Aku memang tak nak lagi terkait dengan H and his future wife. Cuma aku buntu, apa aku patut buat dengan anak dalam perut aku?

Aku nak gugurkan tapi aku sayang. Tapi aku tak tahu aku kuat atau tidak untuk besarkan anak ni seorang diri.

Aku kesian kan anak aku nanti membesar tanpa seorang ayah dengan stigma orang sekelililng lagi. Benda ni buatkan aku benci dengan budak dalam perut prmpuan tu.

Dia dapat rasa kasih sayang seorang ayah, dia boleh membesar dengan keluarga sempurna, tapi anak aku macam mana?

Ya, aku mengaku aku bodoh, and disebabkan kebodohan aku, anak aku yang akan tanggung akibatnya nanti. Mommy minta maaf sayang.

Mommy tak tahu mommy kuat atau tidak untuk besarkan kamu seorang.

Untuk korang semua, yes dah berkali aku mengaku aku bodoh, tak perlu lagi orang nak ingatkan aku. Cuma aku harap korang semua boleh doakan aku kuat untuk hadap semua ni.

– Ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *