Aku Si Buntu

Salam admin dan iium confessions readers. Aku resend balik confession ni sebab confession first aku, bila aku baca pun aku tak faham apa aku type. Haha. Confession aku agak panjang. Aku perkenalkan aku F, umur 26 dan dah kawen. Okay dah intro pasal aku. Tujuan aku confess kat sini sebab aku dah buntu nak fikir apa perlu aku buat tentang masalah-masalah aku ni. Aku akan pecahkan kepada 2 masalah.

Masalah 1

Aku seorang lepasan degree dari satu universiti awam ni. Lepas grad tahun 2015, beberapa bulan lepas tu aku dah dapat kerja. Dekat je dengan rumah dan masa ni belum kawen. Masa interview, boss aku (perempuan) dan suami dia interview aku. Interview santai je, jawatan pembantu setiausaha syarikat. Aku pun terima sebab aku fikir aku nak ambil pengalaman kerja. Suami boss aku ada cakap, kalau aku dapat catch up kerja aku ni, kira dah tak perlu pengawasan dari boss, aku akan boleh demand berapa je gaji aku nak. Aku angguk je la sebab aku tak tau macam mana flow nya nanti. Boss aku bagi gaji RM1000 sebagai permulaan.

Aku okay je sebab fikir nak timba pengalaman dan taknak memilih kerja. Long story short, dari aku single sampai sekarang (2018) aku bertahan kerja kat sini. Hampir empat tahun aku kerja dekat sini, gaji aku sekarang hanya RM1,500 sahaja. Tolak KWSP dan SOCSO, tinggal RM1300 plus. Masalah sekarang berbaloi ke dengan lepasan ijazah dan kerja hampir empat tahun, gaji hanya takat tu je? Untuk pengetahuan korang, company aku kerja ni, aku seorang sahaja pekerja dia. Boss aku ada banyak company lain.

Jadi, scope kerja aku yang sepatutnya minimum 2 org pekerja, semua aku yang buat dari keluarkan invoice, buat lesen, jaga secretarial file hampir 100 company lain yang aku kena jaga. Sapa yang tau jobscope company secretary, akan tau betapa banyak kerja dan stressnya kerja ni, tambah bila aku seorang yang kena handle. Bukan tak bersyukur tapi dengan workload dan kelulusan aku, tambah zaman sekarang barang semua mahal, aku rasa gaji aku tak berbaloi.

Aku seorang yang berat mulut (tak pandai bodek boss), jadi aku tau silap aku sebab tak surakan dekat boss tapi sebagai seorang boss, dia kena la pandai tackle pekerja. Boss aku ni baik, selalu belikan aku makanan, apa semua, sebab tu aku tak sampai hati nak bagitau boss aku. Aku tau silap aku sebab tak suarakan tapi aku memang seorang yang berat mulut. Apa perlu aku buat ya?

Masalah 2

Masalah kedua aku berkaitan work environment aku. Company boss aku ni kat tingakt 2 satu bangunan kedai, jadi sunyi sikit la sebab sebesar-besar office ni, aku berdua je dengan boss. Tahun lepas, boss aku ada ambil seorang pekerja akaun (lelaki) tapi untuk company boss aku yang satu lagi. Masalah bermula bila aku perasan budak ni selalu pandang aku diam-diam dan lama. Macam mana aku tau? Bila aku buat kerja kat mesin fotostet, (print invoice2 dan kena scan) depan mesin tu ada satu tingkap cermin yang boleh nampak bilik tengah, bila kita perhati tingkap tu betul2, kita akan boleh nampak pantulan apa orang belakang kita buat.

Which is boleh nampak budak tu punya meja dari pantulan tu. jadi satu hari aku tergerak nak perhati betul2 masa tengah buat kerja kat mesin tu dan budak tu tengah perhati aku weyh. Perhati yang bukan macam tengok sekilas kita buat apa tapi perhati lama. aku dah pelik dah. Bila aku buat2 pusing belakang laju2, aku nampak budak tu terus alihkan mata dia dan nampak kelam kabut buat2 kerja. Sumpah lepas tu aku memang tak selesa sangat2. Bila aku pergi tandas, aku akan lalu tepi tingkap cermin tu dari pantulan tu memang budak tu tengah perhatikan aku. LAMA. Sepanjang aku jalan nk pergi tandas weyh.

Aku dah macam WTH budak ni. Korang faham kan cerita aku ni? kalau boleh attach gambar, aku boleh ceritakan details lagi takut korang tak faham keadaan office aku ni. Untuk buktikan bahawa aku bukan perasan, aku saja test, aku buat2 nak pergi ke mesin fotostet, tapi tak sampai lagi aku terus buat2 pusing laju2. Guess what? Budak tu tengah tenung aku gais. Aku dah macam WTH budak nii!! Banyak kali kantoi kot. Terus budak tu alihkan mata dia. Aku tergamam terdiam semua la. Budak tu buat macam takde pape. Siott tol.

Mesti korang suruh aku report boss kan? Aku bukan xnak report tapi boss aku mesti akan cakap aku buat cerita sebab masa mula2 boss aku nk hire budak ni, timbul dah isu ni bila aku suarakan aku tak selesa sebab aku time tu tunang orang dan bakal kawen. Nanti apa pulak husband aku cakap bila tau aku akan tinggal berdua je dengan budak ni nak2 bila boss aku tak masuk office. Boss aku kadang masuk, kadang tak masuk. Boss aku kadang tak bagitau aku dia tak masuk. Sebab bila dia bagitau dia x masuk, aku akan suruh kakak aku datang teman kt office. (kakak aku tak kerja). Bila boss aku tak bagitau, sepanjang tula aku akan rasa tak selesa.

Aku seorang yang pakai baju labuh, tak ketat dan tdung ttup dada. Jadi aku rasa macam sentiasa diperhati dan tak selesa walau aku dah pakai elok2 menutup aurat. Dan bila jadi macam tu aku sangat tak selesa sampai aku rasa macam aku tak pakai pape bila kena macam tu. Oh yee berbalik pada isu tadi, bila aku suarakan ketidakselesaan aku, suami boss aku cakap “alaa awak jangan risau laa, dia tu nampak je lelaki tapi dia bukan macam lelaki (sebab dia pendiam dan perwatakan lembut.

Bukan lembut aww aww tu tapi jenis dia bukan macam lelaki yang biasa2 yang suka bercakap ke apa). Sebab budak tu pernah praktikal dekat company boss aku yang satu lagi tu. Dalam hati aku, memang laa dia tu pendiam tapi yang pendiam lagi bahaya sebab kita tak tau apa dia fikir. Aku pun diam je laa bila boss aku cakap macam tu. Start pada tu aku jadi extra careful dekat office. Dan budak tu takde inisiatif nak kerja tempat lain ke ape ke sebab lelaki senang cari kerja dan work surrounding dia pun aku rasa tak seronok. Tapi tulah, dah lembap macam tu.

Aku cakap lembap sebab budak tu sangat slow sampaikan nak kena buat pape kena tunggu orang suruh baru terhegeh-hegeh bangun. Contoh bila aku tengah entertain client, telefon berbunyi. Budak tu ada access untuk angkat call kalau aku tak sempat angkat. Tapi budak tu akan buat tak tau sampai la aku yang suruh dia angkat sebab telefon tu bunyi lama kot. Banyak kali okay. Same goes kalau pintu ada orang tekan bell.

Aku je yang ada access untuk buka pintu tu dari tempat aku. Jadi bila aku tengah entertain client, biasa dekat meja meeting, bila ada orang tekan bell, budak tu akan buat taktau je sampaii laa aku yang suruh buka kan. Benda ni common sense kot, bila aku tengah sibuk, kena laa ada inisiatif untuk jd common sense bila deal dengan situasi macam ni. Kadang aku bengang aku sound je dia. Tapi takde la sampai aku sound lebih2.

Termelalut pasal perangai dia pulak. Point aku apa guna kau ada kt office ni bila orang tengah sibuk, kau takde inisiatif nak common sense. Kalau bab mata liar serah kat kau je lah kan. Jadi 2 ni lah masalah aku sekarang sampai aku migrain fikir. Aku nak resign tapi aku dan suami dua2 gaji kecil, plus kami baru nak dekat setahun kawen dan tengah dalam usaha nak stabilkan kewangan. Jadi, aku kena bertahan untuk terus kerja walaupun aku tak selesa sangat2. Aku ada usaha hantar resume tapi takde rezeki lagi. Apa perlu aku buat ya? Tolong jangan kecam sebab aku Cuma nak luahkan dan dalam masa sama aku nak tanya pendapat. Thanks admin kalau disiarkan.

– Mrs F

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *