Assalammualaikum… selamat sejahtera. Aku kenalkan diri aku sebagai Sara. Aku ni tak cantik. Terus terang aku cakap tak ada siapa pun pandang. Tambah-tambah lelaki. Dari sekolah hingga habis belajar.
Kalau nak cerita pengalaman membesar. Diejek tu lumrah la. Tapi aku tak nak cerita tentang tu. Bagi aku, semua yang buruk rupa akan melalui semua benda perit tu. Jadi aku tak nak ingat.
Bila masuk alam belajar, aku sendiri terpinggir dengan kawan-kawan yang lain. Faham la kan. Mereka sibuk la dengan couple mereka. Boyfriend dan entah apa lagi gelaran.
Aku pun sebenarnya ramai boyfriend. Dalam erti kata kawan. Tolong pass surat cinta, tempat luah bila kecewa girlfriend curang dan macam-macam lagi.
Dan aku pun ada kawan-kawan yang pemurah. Tolong carikan jodoh untukku. Kesian la katakan. Semua tak mengena. Laki ni tak berapa hensem la. Laki ni skema sangat la. Laki ni pendiam. Aku ni yang demand tak padan dengan rupa aku ni.
Siapa yang tak risau tentang masa depan. Aku takut sangat tak ada yang nak kat aku. Aku makan macam-macam pil kecantikan. Aku tempek macam-macam krim pencerah. Semua aku cuba.
Aku juga cari baju ketat-ketat. Nak ikut trend kononnya. Tapi aku ni bertudung. Jadi tak la keterlaluan penampilan aku.
Aku punya terdesak mencari kekasih ni sampai aku berani jumpa orang yang aku tak kenal. Cari di media sosial boleh terus jumpa. Takut aku nak ingat balik benda ni.
Dalam masa yang sama, aku masih berhubung dengan seorang lelaki (ni yang kawan-kawan aku kenalkan). Kalau dia mesej hari ni. Minggu depan baru aku balas. Dan dia balas pula, bulan depan. Rasanya berlarutan sampai dua tahun.
Sampai aku buka mulut nak gambar dia. Ambil masa berbulan juga dia nak bagi gambar. Macam dah putus asa sebab dia asyik cakap dia tak hensem. Tapi kitorang masih bermesej macam biasa.
Bila aku dapat gambar dia. Rupanya not bad. Dan lagi sekali aku jadi berani untuk jumpa dia. Setahu aku dia tak pernah minta gambar aku.
Sememangnya aku tak pernah fikir sebab dan akibat. Masa jumpa aku tengok dia la lelaki yang paling selekeh yang pernah aku jumpa.
Kasut buruk, jeans pun lusuh dan pakai jaket buruk. Yela, aku belajar universiti kan. Semua lelaki yang aku jumpa berperwatakan kemas dan penampilan yang menarik.
Kami pergi makan. Pusing-pusing beberapa supermarket menaiki motosikal cabuk. Sampai waktu zohor, dia ajak sembahyang. Aku cakap nak sembahyang lepas balik rumah.
Yela, aku tak bawa mekap. Memang singgah sembahyang la benda paling menakutkan. Dan akhirnya kami singgah juga bersolat si satu tempat.(Aku tak nak cerita detail tempat di mana, sebab takut ada yang kenal).
Lepas solat dan jumpa semula, ni la saat aku jatuh hati pada lelaki ini. Hilang segala selekeh dia. Aku cuma nampak bersihnya muka dia. Rambut yang sedikit basah. Serius aku jatuh hati.
Tapi boleh bayangkan tak muka aku macam mana. Aku kan buruk. Dengan tak ada mekap. Aku sendiri takut nak tengok cermin. Rasanya tak nak cerita panjang hal ni.
Lepas tu kami singgah minum-minum dan dia hantar aku ke bus stop untuk balik ke universiti semula.
Aku tak pernah rasa macam ni seumur hidup. Macam tu rasanya bila hati bergetar. Lepas berjumpa tu kami masih berhubung.
Aku takut nak tanya pandangan dia tentang aku. Sebab aku yakin dia akan reject aku. Mungkin dia kawan dengan aku sebab dia pun tiada kawan istimewa.
Ada sekali dia datang melawat aku. Tapi masa ni aku jadi tawar hati sebab dia terlalu selekeh.
Aku sendiri tak faham macam mana seorang lelaki yang ada rupa, tapi selekeh sangat dan tak jaga penampilan.
Selepas perjumpaan kedua ni, dia nasihatkan aku beberapa perkara melalui mesej. Dia pesan jangan jumpa lelaki yang tak dikenali lepas ni. Mesti solat awal waktu dan dia tanya, tak malu ke naik motosikal dengan lelaki.
Lepas pada tu dia kurang hubungi aku. Aku je terhegeh-hegeh. Aku pergi cari dia kat tempat dia kerja.
Masa ni aku suka tengok dia. Terlalu perfect untuk aku. Kemas, dan dengan sangat jelas aku nampak dia tinggi betul. Memang menepati ciri-ciri lelaki idaman aku.
Masa ni aku banyak bermain perasaan. Dia kurang hubungi aku. Kawan-kawan pula cakap dia main-main dengan aku. Masa ni aku berkawan baik dengan seorang senior dekat universiti aku.
Ni pun aku perasan senior ni nak dekat aku. Rupanya tak. Aku kecewa juga pasal ni. Aku ada cerita dekat lelaki ni pasal senior aku ni. Dia layan ok. Tapi esoknya kembali dingin.
Sebenarnya cara lelaki tu mesej aku, masih sama macam dulu yang aku kenal dia. Memang dia jarang mesej. Cuma kali ni aku saja yang lebih-lebih. Harapkan layanan dia macam couple kawan-kawan aku.
Habis aku belajar. Aku terus dapat kerja. Masa ni aku dikejutkan dengan mesej lelaki ini, baik aku namakan dia Abid. Maaf tak ingat nak namakan dia dari awal. Bukan senior aku tu. Sebab dia dari awal tak serius dengan aku. Abid mesej cakap nak masuk meminang.
Masalahnya masa ni aku dah perasan kat seorang ofismate aku ni. Aku ingat dia ada hati dekat aku. Tiap kali makan dia ajak aku, dan dia suka datang sembang dengan aku. Dia sangat matang. Tapi mungkin aku tak rasa dia betul-betul serius.
Tiap kali aku balik kampung, aku akan singgah jumpa Abid. Biasanya Abid akan sewa atau pinjam kereta. Tahu la dia tak nak bawa aku naik motosikal. Biasanya jumpa kejap je.
Dan kali ni dia sungguh-sungguh cakap nak masuk meminang aku. Kalau kira perkenalan kami dah hampir 5 tahun dah masa ni. Tapi kami tiada hubungan yang serius. Dia pun macam nak tak nak.
Dalam keadaan diri yang agak bingung nak terima. Aku pun bagi alamat kampung aku. Dan dia pun bawa family dia datang meminang. Macam-macam lagi la urusan kami selepas itu, tapi mudahnya kami dinikahkan dan berkahwin. Hampir setahun lebih juga kami PJJ.
Kami berdua antara yang terawal kahwin berbanding kawan-kawan kami yang lain. Kami percaya ni lebih kepada doa daripada kedua-dia mak ayah kami. Aku bukan alim mana. Suami je la alim-alim taik kucing.
Dan nak menitis air mata rasanya. Bila selepas bergelar suami isteri baru aku berani nak tanya kenapa dia suka aku.
Dia cakap dia tak reti nak kawan dengan mana-mana perempuan. Dan dia tak kesah rupa aku. Dia tak pandang pun. Aku pula, sesungguhnya dia adalah lelaki idaman aku.
Muka bersih, tinggi, hidung terpacak dan berkulit sawo matang. Tapi dia la lelaki yang paling selekeh dan miskin yang pernah aku jumpa.
Dia tak ada duit nak topup. Kurus kering sebab tak cukup duit nak beli makan sedap-sedap. Pakaian dia semua dari bundle. Mak ayah dia memang biarkan dia berdikari.
Tangan dia pun sangat kasar. Satu benda yang paling aku bersyukur, aku dan dia sama-sama tiada pengalaman bercinta. Dia pernah tunjuk semua surat cinta yang dia dapat masa sekolah.
Dia kata dia ramai peminat sebab dia aktif sukan. Dia tunjuk perempuan yang mana pernah suka kan dia. Beza langit dan bumi dengan aku.
Sebenarnya aku tulis ni masa aku tengah bergaduh dengan suami. Macam-macam sakit hati yang aku rasa sebab suami aku bukan jenis yang romantik. Tapi mungkin ni cara untuk aku fikirkan segala kebaikan dia.
Terima kasih kerana sudi membaca.
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit