Assalamualaikum w.b.t. Aku merupakan seorang perempuan dalam lingkungan umur 20-an dan masih belajar di sebuah IPTA tanah air.
Berdasarkan tajuk di atas, aku merupakan seorang yang berbadan besar sejak kecil cuma setelah beberapa tahun duduk di asrama, aku telah berjaya kurangkan 30++ kg dan masih berusaha untuk mencapai BMI normal.
Maklumlah semenjak PKP ni berat aku naik sikit sebab online learning dekat rumah saja. Lumrah sebagai seorang yang gemuk ni memang tak boleh lari daripada bodyshaming.
Waktu aku kecil dulu memang aku sedih dengar kawan sekolah atau stranger sekalipun memandang jijik kepada aku dan memberi pelbagai gelaran yang boleh bernanah telinga ni.
Walau bagaimanapun, aku masih bersyukur sebab meskipun aku gemuk, muka aku sedap mata memandang.
Aku bukan nak perasan yer. Aku masih sedar diri hahaha. Mungkin disebabkan hal ini jugalah ada orang yang masih nak berkawan dengan aku waktu sekolah dulu.
Aku mesti berterima kasih kepada mak aku atas genetik ni sebab mak aku memang cantik. Muka mak aku macam orang Arab. Hidung mancung. Muka kecil saja macam blackpink jennie ^.^ Anak mata coklat muda.
Mak aku tak pakai makeup pon memang cantik dah. Kadang aku fikir, aku ni anak angkat ke sebab aku seorang saja dalam adik beradik yang hidung kembang sikit.
Bila kurus sikit ni barula mak aku kata dah nampak muka iras sama sebab hidung nampak mancung sikit huhuhu.
Aku puji la mak aku walaupun aku kadang-kadang cemburu jugak. Biasalah anak perempuan mesti nak rasa sama cantik dengan mak sendiri tapi apakan daya faktor fizikal aku buat mak aku lebih menyerlah.
Berbalik kepada cerita aku tadi, aku ada jugak rakan sekolah dulu yang berbadan besar jugak tapi dia dipulau oleh rakan yang lain.
Aku rasa aku macam tak berguna waktu tu sebab aku tak mampu nak tolong dia. Aku kesiankan dia tapi aku takut kehilangan kawan-kawan yang aku ada sekarang.
Aku takut bersendirian sebab aku ada pengalaman dibuli. Ya aku memang pengecut. Perkara yang paling menakutkan bagi seseorang yang gemuk macam aku ni adalah mata-mata yang memandang aku.
Aku sentiasa rasa takut akan penerimaan orang terhadap aku. Aku selalu takut bila nak jumpa kawan baru. Waktu sekolah memang confidence level aku low.
Semakin aku meningkat dewasa, orang mula buat baik dengan aku. Jarang la nak dengar orang ejek aku macam waktu kecil dulu. Sampaikan aku pulak pelik. Kenapa diorang macam ni? Kenapa tak ejek aku? Kenapa diorang tolong aku ni?
Sedikit sebanyak aku mula yakin dengan diri sendiri dan aku mula berada dalam comfort zone. Aku rasa selesa dengan diri aku yang gemuk ni sebab orang dah jarang ejek aku.
Tapi itu bukan bermaksud aku tak pernah cuba diet yer. Beribu kali dah aku cuba diet. Macam-macam jenis diet semua aku cuba cuma ubat kurus saja aku tak pernah guna.
Family aku ada latar belakang sains jadi aku kurang percaya dengan keberkesanan ubat kurus ni. Alhamdulillah aku mula ubah lifestyle aku secara keseluruhan waktu di asrama dan berat aku mula turun.
Bagi aku, hidup sebagai seorang yang gemuk ni ada kisah pahit dan manis dia. Kisah manis dia, aku mula faham yang mungkin Allah bagi aku gemuk dari kecik ni supaya aku belajar untuk jaga diri aku daripada lelaki durjana.
Kaunselor sekolah aku pernah cakap yang walaupun aku gemuk, perkara ni telah membentuk aku menjadi seorang yang berperibadi mulia.
Setelah lama hidup sebagai gemuk ni, prinsip aku ialah biarlah orang buat buruk macam mana pon tapi janganlah dibalas dengan semula.
Aku sentiasa buat baik dengan orang sebab aku dah tau rasa macam mana dilayan dengan buruk. Aku belajar untuk lebih dekat dengan Tuhan.
Bila aku dihina dan dicaci orang, aku tiada tempat untuk mengadu jadi aku berdoa kepada Tuhan. Allah satu-satunya tempat aku bergantung dan rasanya sangat manis. Bila kau kejar agama, dunia kejar kau. Apa yang aku alami tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Aku tak benci pun orang yang menghina aku dulu sebab bagi aku kata-kata hinaan tu perlu supaya kami yang gemuk ni berubah. Gemuk is not healthy. Aku sampai cuba cari balik kisah-kisah orang dibuli untuk dijadikan pembakar semangat aku nak diet.
Aku cuba ingat balik kenangan pahit dulu tentang macam mana kawan baik yang aku paling percaya, kata yang aku ni tak layak nak berangan ada kekasih hati.
Semua ni sebab dia ada sukakan seorang lelaki ni dan dia dah tau yang lelaki tu suka dia. Aku tak taula dia saja nak uji aku ke apa sebab dia bagitau yang lelaki tu suka aku.
Bila aku kata tak mungkin la dan menafikannya, dia marah dan terkeluarlah segala perkataan dalam lubuk hati tu. Mungkin dia ingat aku memang suka kot adoila.
Lelaki manala nak suka aku yang gemuk ni dan aku pun sedar diri. Tak pernah terlintas di fikiran aku nak suka mana-mana lelaki pun.
Aku maafkan dia sebab masing-masing masih muda ketika itu dan mungkin aku bersalah jugak. Aku terima dengan hati yang terbuka. Dia sanggup putuskan persahabatan kami yang dah bertahun ni untuk seorang lelaki. Betul la orang cakap yang perempuan ni complicated.
Daripada fikir pasal lelaki lebih baik aku cuba perbaiki bacaan AL-Quran ke atau hafal banyak lagi surah. Aku ni bukannya alim sangat. Aku tak masuk sekolah agama pun tapi cukup mak ayah aku didik dari kecik dengan basic agama.
Harap korang boleh doakan aku supaya sentiasa kuat untuk capai BMI normal dan sihat. Aku tak nak kalau la aku mati waktu badan besar ni, tak ke menyusahkan orang nak angkat berat-berat ni?
Korang nak kutuk aku gemuk tak sedar diri pun aku alu-alukan sebab aku nak save jadi wallpaper phone biar hari-hari tengok. Dah lama aku tak kena bodyshaming, hihi.
Impian aku nak pakai baju muslimah macam kawan aku yang lain dan semoga mak ayah aku sempat tengok aku kurus sebelum mereka memejamkan mata. Sekian saja daripada aku dan semoga semua insan yang berusaha diet tu korang pon berjaya.
– Panda Seojun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit