Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau postkan coretan ini. Masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca di iium confession.
Alhamdulillah, segala syukur aku panjatkan kepada Allah yang masih beri aku peluang untuk mencari bahagia aku. Lega! Ye, walaupun dugaan menjadi ibu tunggal ni agak mencabar, tapi aku bersyukur kerana dapat melepaskan diri daripada hubungan perkahwinan yang menjerut aku.
Biarkalah cerita penceraian aku tidak di singkap lagi. Kerana keperitan Itu, tidak ada yang mampu memahaminya, melainkan yang pernah melaluinya. Ya, benar, amat mudah bagi mereka melihat aku yang single, sudah bebas dari ikatan perkahwinan. Tapi, ramai yang tak sedar, aku struggle.
Aku ibu tinggal dengan seorang anak perempuan berumur 3 tahun, yang memerlukan perhatian aku seorang. Juga menjaga kedua orang tua aku yang sudah semakin uzur.
Oleh kerana aku sudah tidak bersuami, adik beradik aku meletakkan tanggungjawab itu kepada aku. Aku tidak menolak kerana bagi aku, Itu adalah tanggungjawap aku juga. Aku cuba laksanakan sebaik mungkin.
Selepas berpisah kira-kira lebih 1 tahun lepas, aku memegang amanah keluarga. Aku pikul walaupun agak berat kerana aku hanya berkerja dengan gaji yang keci1 sekitar seribu sebulan.
Tapi, dengan gaji yang ada, aku dapat menyelesaikan semua keperluan. Bayar Kereta, bill, makan minum serta keperluan-keperluan lain. Cuma, bila bermulanya PKP bulan march tempoh hari, aku mula rasa apa yang aku buat serba tak kena.
Bila ada kehadiran adik bradik yang lain di rumah apabila mulanya PKP sampailah ke hari ini, apa yang aku buat dalam rumah ni menjadi pertikaian. Aku masak kat dapur pon jadi masalah pada mereka kerana bagi mereka, anak aku mengacau privacy mak dan ayah aku.
Pada pendapat mereka, mereka boleh jaga anak mereka dari mengganggu mak dan ayah aku, Maka aku pon perlu lakukan perkara yang sama.
Tapi, mereka tak sedar, jika salah seorang dari mereka membantu aku di dapur atau buat kerja rumah yang lain, pastinya pasangan dapat mengawal anak mereka. Sedangkan aku? Aku tak mampu ada di dua tempat dalam satu masa yang sama.
Jika aku tak bantu kerja-kerja rumah, mereka pun berbunyi. Mengatakan yang aku ni pemalas, tahu nak pangku tangan dan tak membantu. Sedangkan, mereka yang mintak aku untuk kawal anak aku yang terlalu aktif.
Akhirnya, solusi yang aku buat, bawa anak aku ke dapur atau kemana sahaja yang boleh aku bawa. Pun masih bermasalah, apabila mereka komplen anak aku tak tahu diam. Anak aku di marah tanpa mereka fikirkan bagaimana lagi harus aku buat.
Aku buat apa juga tindakan juga di pertikaian. Malah, bulan puasa baru-baru ini, ibuku jatuh sakit. Kurangnya garam dalam badan yang membuatkan ibu aku memerlukan perhatian yang lebih. Aku berusaha mencari rezeki, dalam masa yang sama menjaga ibuku yang uzur. Tapi, salah aku juga.
Kata mereka, aku tak bantu perhatikan pemakanan ibuku sampai kan beberapa kali ibu di kejarkan ke hospital dalam keadaan yang sangat lemah. Allah… Aku tak tahu bagaimana lagi yang perlu aku lakukan.
Aku perlu adakan kewangan aku sendiri kerana aku tidak dapat mana-mana bantuan kewangan lain. Bekas Suami pula beri nafkah anak hanya cukup sekadar keperluan anak aku sahaja. Jadi, mahu atau tidak, aku perlu bekerja.
Mintak bantuan dari keluarga aku juga tidak mungkin. Bagi mereka aku masih mampu mencari rezeki sendiri. Buat apa mintak bantuan. Mak ayah aku faham keadaan aku. Malah, aku kerap menangis meminta maaf di atas ketidak sempurnaan jagaan aku.
Sering kali aku bertemu emak untuk bertanya apa silap aku sehingga kan mereka sanggup meletakkan semua salah di atas bahu aku?
Aku baru rasa sedikit lega, selesa dengan keadaan aku. Tapi, ini pulak yang terjadi. Salah aku kerana tak mempunyai pendapatan yang cukup untuk menghantar anak aku kepada pengasuh. Salah aku juga kerana aku tak mempunyai banyak masa untuk mengawal anak kecik aku.
Setiap malam, selepas menidurkan anak, aku akan menangis sendiri. Melihat si kecik yang tak faham lagi erti hidup, selalu di marahi tanpa dia tahu apa salahnya.
Jika dia di marahi, aku akan memeluknya, mengucapkan kata-kata sayang serta pesanan jangan nakal-nakal, jangan bising-bising. Tapi, apalah yang anak kecik ini faham. Ini zaman dia bermain, meneroka dunia baru. Tapi sering di marahi. Ya Allah. Kuatkan emosi aku.
Aku cuba mengumpulkn duit untuk keluar dari rumah ini. Tapi, siapa yang akan menjaga orang tua aku selepas ini? Aku dah meluahkn hasrat untuk keluar dari rumah ini. Pastinya di hilang oleh emak.
Katanya, dia tahu bagai mana aku menjaganya. Sehingga kan keluar ayat, “mereka rasa, mereka baik. Tapi, mereka tak tahu yang mereka buat emak sakit hati.”. Aku terkesima. Bagaimana harus aku ketepikan orang tua aku dalam keadaan ini? Aku tak tahu.
Di luar sana, pastinya bermacam lagi ujian serta dugaan. Pastinya aku perlu tepis. Aku mampu memekakkan telinga jika bukan keluarga aku yang berkata-kata.
Tapi, apabila ahli keluarga sendiri yang mengatakan semua itu, aku jadi kecewa. Semangat aku jatuh. Aku bersendirian dalam semua hal. Tanpa kawan tanpa keluarga kecuali mak ayah aku.
Sebenarnya banyak lagi yang nak di luah. Tapi, cukuplah sesingkat ini. Cukup lah rasa ini. Yang pasti, Allah saja yang tahu apa yang aku alami. Kepada Dia lah aku mengadu selama ini. Dan kepada Dia juga aku berserah.
Semoga ada sinar bahagia menanti aku.
– SF (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit