Aku Si Lelaki Narsistik

I see the way you look at her. I know because you used to look at me that way”.

Assalammualaikum semua. Aku kenalkan diri aku sebagai Afiq (bukan nama sebenar) berumur 33 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Aku masih bujang dan ini antara sebab aku nak berkongsi kisah percintaan aku sebelum ini kepada semua.

Sekadar ingin meluahkan rasa kesalnya hati ini sehingga kini. Sesungguhnya diri ini benar-benar menyesal. Ataupun mungkin aku hanya ditakdirkan untuk merasai perasaan itu untuk seketika. Merasai betapa bertuahnya aku memiliki cinta si dia untuk seketika. Aku si bodoh yang tidak menghargai diri dia.

Dia aku namakan Tya pun bukan nama sebenar.

Ketika itu aku berumur 27 manakala Tya 25. Perkenalan kami bermula di sebuah aplikasi temu janji online yang popular di dunia. Aku ketika itu single dan saja saja download aplikasi tersebut untuk tujuan membuang masa dan juga mencari kawan baru. Aku tidak sasarkan untuk mencari kekasih pada masa itu sebabnya aku lebih selesa single dan tidak mahu sebarang komitmen dalam perhubungan.

Walaupun umur aku ketika itu sudah boleh sangat untuk aku mencari jodoh. Dua hari menggunakan aplikasi tersebut aku terjumpa satu profile yang buat hati aku berdebar semacam. Aku tertarik sekali bila melihat gambar profile tersebut. Aku terus mengagak yang aku bukanlah pilihan si dia.

“Tya, 25, Kuala Lumpur.”

Oh Tya kataku sendiri. Tya tidak bertudung tetapi pakaiannya tidaklah seksi. Masih sopan ditambah dengan diri dia yang pandai bergaya dan raut wajahnya yang comel. Aku banyak mengenali ramai gadis cantik dan seksi tapi aku pelik betul kenapa bila aku lihat gambar dia aku rasa lain sangat sangat. Padahal ada ramai lagi yang cantik dari dia pun tidak buat aku berdebar macam dia buat dekat diri aku.

Aku perasan yang aku suka melihat senyuman dia. Kataku tidak mengapalah kalau aku bukanlah pilihan si dia. Suatu hari aplikasi tersebut berbunyi menandakan yang aku mempunyai padanan yang baru. Agak lambat untuk aku membuka aplikasi tersebut kerana ketika itu mood aku agak kurang dek timbunan kerja yang melambak serta arahan dari pihak atas berkenaan dengan site visit yang perlu aku hadiri pada petang itu.

Memang mood aku agak ke laut petang itu. Ditambah dengan kerja lain yang perlu aku settlekan maka aku tidak berpeluang untuk memegang phone melainkan atas urusan kerja. Petang itu setelah selesai segalanya dalam pukul 6 aku pun terus cabut pulang ke rumah.

Kawan kawan yang lain ajak lepak makan pun aku tolak. Ketika aku dalam perjalanan pulang dan menghadap kesesakan lalu lintas, sambil sambil itu aku mendapatkan phone dan terus membuka aplikasi temu janji tersebut. Serta- merta aku teruja. Mood aku berubah 100 peratus.

Aku yang tadinya rasa malas dan lesu jadi segar serta merta. Aku tak sabar nak cepat sampai ke rumah. Ya. Tertera di situ ”You matched with Tya on…”. Memang aku excited teruk lah bila aku dengan Tya matched!

So dipendekkan cerita perkenalan kami selama 6 bulan membawa aku dan Tya sebagai pasangan kekasih. Aku jadi selesa dengan dia. Selesa yang bermaksud aku selesa jadi diri sendiri bila bersama dengan dia. Seseorang yang sangat memahami aku.

Kadang-kadang tu buat aku sampai terfikir kenapa baru sekarang Tya hadir dalam hidup aku? Kenapa tidak dari dulu? Sampai buatkan aku sangat angaukan dia. Tetapi bukan “angau” yang biasa-biasa ya. Aku angau yang luar biasa yang di mana bila semua ni berakhir aku baru sedar yang aku terlalu pentingkan diri, mengongkong dia & aku jadi cemburu tak bertempat.

Korang bayangkan apa yang Tya hadap bila bersama dengan aku. Selama bertahun dengan aku dia tak cukup tidur disebabkan aku memaksa dia untuk teman aku “on the phone” setiap hari dari 9 malam sampai ke 4 pagi sampaikan non stop termasuk hari bekerja.

Habis je kerja dia sudah tahu dia “wajib” untuk sesi otp kami yang kadang kala berlanjutan hingga ke subuh. Tya hanya dapat tidur sejam dua dan kemudiannya bangun semula pada jam 7 pagi untuk bersiap pergi ke kerja. Dia hanya mengikut sahaja apa yang aku sarankan agar hubungan kami berjalan lancar.

Bila dia minta izin untuk tidur sebab penat kerja aku akan rasa baran dan marah pada dia. Aku bagi tahu dia yang aku boleh je teman dia sampai subuh, aku pun kerja jugak… boleh je teman dia tapi kenapa dia tak boleh ikut macam aku?

Dia terus minta maaf dan selepas dari haritu dia tak lagi minta izin untuk tidur kalau penat dan kami teruskan perbualan seperti biasa dari pagi hingga hampir subuh. Punyalah selfish dan jahat aku masatu  padahal aku tahu je dia kepenatan yang amat sangat sebab dia bekerja sebagai safety sv so korang faham-faham jelah dia punya penat macam mana.

Pernah satu malam ni aku terdengar dia menguap masa kami tengah berbual di telefon, aku jadi moody dan baran tak pasal-pasal. Aku tak suka dengar dia menguap.

Apa lagi aku terus marah dia dan macam biasa dia minta maaf dan sejak dari malam tu juga aku tak dengar dia menguap langsung. Dalam tak sedar aku buat prestasi kerja dia menurun dan dia banyak kali kena marah dengan bos dia sebab tak perform punya pasal. Punyalah aku pentingkan diri dan dalam tak sedar aku sedang mendera mental & emosi dia.

Ya aku salah dalam hal ni. Aku pentingkan diri. Aku nak dia ada je dengan aku. Apa dia buat semua aku nak tahu. Sehinggakan segala kata laluan social media Tya aku minta, dan macam biasa dia bagi. Kami bertukar kata laluan semua social media yang kami ada.

Aku tak bagi dia update apa-apa di IG ataupun status WS. Aku larang dia post gambar selfie atau share apa-apa video sekalipun. Kenapa aku buat macam tu?

Aku auto terfikir yang dia sedang menarik “perhatian” lelaki lain. Kalau dia update gambar makanan atau update status “laparnya” atau “craving nak itu ini” aku terus rasa tak puas hati dan tanya dia “nak suruh jantan mana belikan?” “nak tarik perhatian lelaki mana ni?”

Dan ya sekali lagi dia minta maaf dan bertahun tu jugalah dia tak ada update any status dekat WS or IG sampaikan kawan-kawan dia dm Tya di IG untuk bertanya khabar kenapa macam lama sangat tak nampak.

Dan sudah tentu aku yang reply semua Dm kawan-kawan dia. Bila ada kawan-kawan lelaki zaman sekolah & zaman universiti dia bertanya akan hal yang sama aku jadi baran tak tentu pasal dan terus marah Tya macam Tya buat hal curang & chat lelaki lain padahal mereka bertanya khabar “kau & aku” dalam pertanyaan tersebut. Kami bergaduh besar pasal tu.

Aku unfollow semua yang Dm Tya termasuk kawan-kawan lama dia. Dia menangis minta maaf sebab aku marah dia disebabkan kawan-kawan yang bertanyakan khabarnya. Teruk kan aku? Aku pernah bergaduh dengan kawan perempuannya dekat dm ig sampaikan mereka tidak berbaik lagi macam dulu. Kawan-kawan Tya dari zaman belajarnya semua memulaukannya kerana aku.

Tak cukup tu juga aku melarang dia keluar dengan sesiapa. Sesiapa itu termasuk sepupu sepapat dan kawan-kawan perempuanya. Sebab macam aku taknak dia lewat call untuk teman aku seperti biasa. Tapi pernah dia minta izin untuk pergi menonton wayang bersama sepupu dia yang lain, aku jadi bengang dan tak ada mood.

Aku auto overthinking yang mesti malam ni kitaorang tak akan otp macam biasa sebab dia balik lambat. Aku layan dia acuh tak acuh lepas dia minta kebenaran nak keluar petang tu.

Dijadikan cerita Tya lambat reply ws aku petang tu padahal dia cakap dalam sejam lagi untuk dia masuk hall. Rupa-rupanya dia pergi beli kasut dan singgah butik yang ada di mall sementara menanti untuk masuk hall.

Aku spam dia non stop dan tanya kenapa lambat reply padahal movie start sejam lagi dan Tya menjelaskan salah faham itu. Apa yang aku dengar dari Tya aku tak boleh terima dan aku mempertikaikan sebab kenapa dia tak nak ws bagi tahu yang dia nak singgah situ nak singgah sini sampai buat aku tertunggu-tunggu ws dia.

Dia hanya cakap dia dah sampai mall & nak jalan-jalan kejap dan lepastu dia diam tak reply ws. Benda tu memang buat aku baran gila. Aku spam ws panjang-panjang maki dia hanya disebabkan benda kecik dan ya macam biasa dia minta maaf dan aku menang lagi.

Dan bermulalah hari yang menamatkan segalanya pada hari itu. Aku kesal sekesalnya. Macam mana aku boleh sampai hati dan terfikir untuk buat dia macam tu? Sambil menaip ni aku menangis semahunya. Menyesal bukan kepalang. Aku betul-betul berdosa dengan Tya.

Suatu hari ni aku mengajak Tya untuk makan di suatu restoran seafood yang mana menjadi salah sebuah restoran kegemaran dia dan aku walaupun dia sebenarnya allergic kepada seafood. Gembira betul dia waktu tu.

Selesai je kami order apa yang patut tak lama tu datang dua orang perempuan bertudung ayu, cantik, dan sejuk mata memandang duduk bersebelahan dengan meja kami. Aku kejap-kejap memandang kepada figura seorang dari dua orang perempuan tersebut.

Perempuan tersebut pun boleh main mata pulak dengan aku. Tersenyum sambil tergelak kecil dia memerhati aku. Kejap-kejap dia pandang aku. Aku ni buat mcm Tya tak wujud kat depan mata aku. Aku perasan yang Tya pun dok tengok aku dan perempuan tu. Tapi Tya tak cepat melatah cuma mood dia masatu terus kureng dibuatnya.

Aku masih berlagak tak ada apa hakikatnya dalam hati Tya hanya Allah je yang tahu. Bila perempuan tu bangun nak balik pun aku masih memerhatikan perempuan tu. Ya Allah kenapalah aku tak reti jaga langsung hati Tya. Sempat bermain mata pulak tu dengan perempuan lain depan mata dia.

Aku tengok muka Tya sayu je dan perlahan je dia makan. Perlahan-lahan dia pun licin gak lauk pauk yang aku order. Katanya tak suka membazir walaupun dia dah kenyang. Itu yang aku suka pasal Tya. Tapi aku perasan dia macam tak berapa nak okay dan aku tegur dia okay ke tak? Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Tapi air muka dia tak macam apa yang dia cakap.

Aku suruh dia jujur dengan aku. Apa benda yang buat dia diam dari tadi. Aku ni bodoh kan? Tak lama tu dia cakap yang boleh tak kalau dia nak cakap sesuatu kat aku? Tya cakap lagi hopefully aku tak fikir yang bukan bukan.

“First of all. I mintak maaf apa yang I nak cakap kat you ni. I cuma tak selesa dengan cara you tengok perempuan kat restaurant tadi. “I see the way you look at her. I know because you used to look at me that way”.

Terpempan sekejap aku. Darah aku mendidih. Aku dah mula rasa dikongkong padahal ikut logic tak ada yang buat aku rasa dikongkong. Tya hanya cuma meluah apa yang dia rasa. Tapi aku tak faham langsung pasal dia. Apa yang aku faham aku nak DIA yang faham pasal aku. Tapi dia? Siapa nak fahamkan dia? Lepas dia terus terang dengan aku terus dia tak nak tengok muka aku.

“So? You nak cakap yang I tengok awek tu sebab I nak dia? Macam tu?”.

And again. Tya mintak maaf dekat aku. Mungkin disebabkan Tya selalu mintak maaf dengan aku. Aku terus jadi ego. Ego yang tidak bertempat. Tak pernah sekali pun aku mintak maaf kat dia. Aku yang salah dia yang mintak maaf. Aku yang cari pasal dia yang mintak maaf. Tak pernah la dia cuba nak sakitkan hati aku. Aku je si bodoh yang selalu salahkan dia dari segala hal.

Paling aku teringat sampai sekarang ada suatu hari ni kami berdua lepak makan di sebuah restaurant yang agak popular di Shah Alam.

Aku dan Tya duduk berhadapan dengan satu kumpulan jejaka yang pada aku memang agak mencabar kejantanan aku. Mana taknya dengan rupa paras yang boleh buat awek-awek tak senang duduk, pandai bergaya, memang tergugat jugaklah. Tapi aku cuba berlagak cool macam tak ada apa. Aku ajak Tya duduk bersebelahan dengan aku.

Biasanya Tya akan duduk berhadapan dengan aku. Tya pun aku agak dia pelik dengan aku. Mesti dia fikir dah kenapa aku suruh dia duduk sebelah aku? Semestinya aku sengaja cari pasal dengan Tya haritu. Aku nak tengok tingkah laku dia kot dia pandang lelaki lelaki tu semua.

Tya hanya ikut apa je aku suruh dia buat. Nampak dia sangat gembira bila aku minta dia duduk sebelah aku. Bersinar-sinar mata dia. Terus dia rangkul tangan aku dan aku hanya membiarkannya sahaja. Tak lama tu aku rasa aku perlu ke tandas dan minta Tya untuk order makanan dahulu. Dia tahu apa yang perlu di order.

Selesai je membuang hajat aku kembali mendapatkan Tya. Dalam pada masa yang sama aku ternampak kelibat seorang lelaki yang baru je join meja sekumpulan lelaki tersebut. Apa yang aku nampak lelaki tersebut asyik sekali dia melihat Tya.

Kejap-kejap dia pandang. Dia cuba nak buat Tya perasan kehadirannya. Aku pun bergegas ke meja dan terus duduk bersebelahan dengan Tya. Terus lelaki tu tak jadi nak dok pandang pandang Tya lagi. Aku nampak yang Tya macam malu-malu kucing dan tiba-tiba Tya bangun dan terus duduk berhadapan aku.

Aku jadi pelik seketika. Aku rasa nak mengamuk tapi aku tahankan. Terus aku tanya dia satu soalan yang buat aku rasa tak puas hati dengan Tya.

“Kenapa tak nak duduk sebelah I? Tak nak meja depan kita ni tahu yang I ni Bf you? You nak berlagak single ke? Jawablah. Nak mamat tu usha you kan?”

Terpana Tya bila aku ajukan dia soalan tu. Dia terdiam seketika. Sayu je mata dia masa tu tapi tetap tak buat aku berganjak untuk tahu apa motif dia tukar tempat duduk di hadapan aku.

“Tak la sayang. Janganlah fikir macam tu. I cuma rasa tak selesa. You pun tahu kan yang..”

Tak sempat dia nak habiskan ayat dia aku laju je potong bila dengar dia cakap dia tak selesa. Wow. Itu alasan dia tak selesa duduk sebelah aku sebab tu dia tukar tempat duduk dari duduk dengan aku? Yes salah aku. Aku tak beri dia kesempatan untuk menjelaskan segalanya. Aku terus tuduh dia melulu. Tak jaga perasaan dia langsung. Sebab apa? Sebab ego dan cemburu aku yang meruap ruap.

Terus aku bangun dan gapai lengan dia untuk jalan bersama dengan aku. Sambil sambil itu dia cuba menjelaskan akan hal sebenar. Aku tak kuasa nak melayan. Aku mintak dia diam sebab aku tak nak dengar langsung alasan dia. Sombong kan aku?

“Oh tak selesa duduk sebelah I. Okay fine. Jom balik. I takde mood nak makan dah. Terus kenyang dibuatnya. You call Nana ke sape ke ambil you kat sini.”

Setelah melakukan pembayaran aku menarik Tya pergi dari situ. Tya menangis teruk sambil minta maaf macam biasa. Merayu-rayu untuk aku tak tinggalkan dia. Dia masuk kereta untuk pujuk supaya aku percayakan dia. Percaya yang dia tak ada niat lain. Dia cuba nak jelaskan yang lebih lagi tapi aku tarik tangan dia dan bawa dia keluar dari kereta.

Aku masih dengan ego dan baran aku yang tak bertempat dan aku terus balik tinggalkan dia macam tu je tanpa memberi ruang untuk dia jelaskan segalanya. Punyalah kejam aku tinggalkan dia berseorangan malam tu macam tu je.

Sampai je rumah aku terus cari bilik mandi dengan niat nak menenangkan kejap kepala otak yang serabut ni tanpa rasa bersalah langsung pada Tya.

Habis je mandi aku lepak ruang tamu tengok tv macam tak ada apa jadi. Telefon bimbit aku tak pegang langsung dan tau-tau je dah pukul 11 malam aku terus ambil keputusan untuk tidur walaupun aku tengah rasa macam ada sesuatu yang pelik malam tu. Aku buat tak tahu dan terus masuk bilik untuk tidur. Malam tu buat pertama kali aku terasa janggal sebab tak call dengan Tya macam biasa.

Tengah sedap aku tidur aku terjaga dengan tiba-tiba. Telefon bimbit aku capai dan aku tengok dah pukul 2 lebih pagi. Sekali lagi aku pelik. Pelik sebab langsung tiada notification dari Tya. Call atau ws langsung.

Aku jadi berteka-teki untuk call dia pagi tu. Perlukah aku call dia? Perlukah aku ws dia? Perlukah aku buat tak tahu? Semua tu bermain dalam kepala otak aku. Dan ya aku masih tiada rasa bersalah langsung. Ego seorang lelaki melebihi segalanya.

Aku membiarkan sahaja dan menunggu untuk Tya call aku dahulu. Aku boleh sambung tidur lagi pagi tu tanpa risau sikit pun kat Tya. Aku fikir yang dia baik-baik saja dan mungkin dia sedang happy sebab akhirnya dia dapat tidur lena. Tapi makin lama aku fikirkan benda tu makin aku baran.

Aku fikir kenapa dia tak nak call aku minta maaf macam biasa? Tak ada call tak ada ws apa semua. Benda tu buat aku jadi marah. Tya happy ke aku dan dia akhirnya tak call macam biasa dah? Makin aku fikir makin aku tak boleh tidur dan jadi bengang dengan Tya. Cepat-cepat aku ambil telefon dan mengalah untuk call Tya terlebih dahulu.

Tak berjawab. Buat kelima belas kalinya panggilan aku untuk Tya tak berjawab. Ws pun dia tak seen. Aku punya bengang aku capai seluar dan kunci kereta untuk pergi redah rumah Tya. Aku tak suka dia palau aku macam ni. Memang pagi tu jugak aku pergi rumah dia. Non stop aku call Tya sampai berpuluh kali.

Masuk je aku dalam perut kereta aku terdengar ada nada dering telefon lain masa aku tengah call Tya. Aku cari telefon tu dan ya ia milik Tya. Aku tergamam kejap. Patutlah Tya tak ada call/ws rupa-rupanya telefon dia tertinggal dalam kereta aku.

Aku tercengang kejap. Cuba proses tentang apa yang tengah jadi. Lama aku tinggalkan Tya kat sana tanpa telefon bimbitnya. Dia dah selamat balik ke? Kalau dah selamat balik kenapa dia tak cari aku thru her laptop and so on? Maksud aku selain telefon boleh je dia ws aku dari laptop dia. Tapi takde. Tya takde cari aku langsung.

Atau maybe dia dah balik cuma dia malas nak call macam biasa dan sebab tu ke dia berdiam diri? Tak fikir panjang kalini aku bergegas pergi rumah dia. Aku nakkan penjelasan kalau betul dia dah ada kat rumah.

“Kau ni..kau ni gila ke? Mana Tya?! Aku ingat dia dengan kau! Weh si4l Tya mana?! Aku call dia tak berangkat dari tadi. Dia tak pernah macam ni. Kau orang terakhir yang bawa dia keluar tadi!”

Nana maki aku habis-habisan. Nana merupakan kawan serumah Tya. Nana dan Mila tercari-cari Tya yang tak balik-balik pagi tu. Semuanya salah aku. Aku yang bersalah dalam hal ni. Satu badan aku menggigil teruk. Apa aku dah buat pada Tya. Tak mampu aku nak jelaskan pada mereka berdua tentang apa yang dah jadi sebenarnya. Mereka berdua menuntut penjelasan dari aku.

Tapi aku… aku tak mampu nak jelaskan apa-apa. Aku rasa bersalah yang teramat pada Tya dan tanpa buang masa aku terus bergegas pergi ke restaurant yang kami pergi malam tadi. Dalam perjalanan ke sana aku menangis semahunya. Aku memohon agar tiada apa-apa yang tidak baik jadi pada Tya.

Tetapi rasa tak sedap hati tu berkobar-kobar sepertu mengatakan ada sesuatu yang tak diingini dah pun berlaku. Punyalah aku menyesal dan teringat semua benda teruk yang aku pernah buat pada Tya.

Semua benda teruk tu yang tidak aku kongsikan di sini. Banyak benda teruk aku buat selain mendera mental Tya. Aku memang lelaki paling si4l. Ya kutuklah aku sepuasnya aku memang lelaki si4l. Wanita sebaik-baik Tya tak patut jumpa aku.

Maafkan aku Tya selama ni aku pentingkan diri dan layan kau macam sampah yang tak ada perasaan. Tak. Tak perlu maafkan aku. Aku layak terima segala hinaan dari semua yang kenal aku.

Sampai je kat restoran tu aku tercari-cari kelibat Tya. Aku tak tahu kenapa aku bodoh sangat cari dia kat sini instead of minta bantuan polis pagi tu. Sepuluh minit aku kat situ mencari Tya dan aku ambil keputusan untuk laporkan kepada pihak polis.

Apa nak jadi, jadilah… kalau ada apa-apa yang jadi pada Tya aku yang akan tanggung semua ni sebab benda ni semuanya dari aku sendiri. Tak lama tu ada panggilan masuk dari nombor yang tak dikenali dan aku terus jawab tanpa fikir panjang.

“Ni aku… Nana. Ada orang jumpa Tya… dia kat hospital sekarang ni.”

Jantung aku macam nak tercabut. Esakan suara dari Nana buat jantung aku benar-benar hampir nak tercabut. Badan aku seram sejuk sambil berdoa tiada apa yang teruk berlaku pada Tya. Di hujung talian Nana maki aku kaw kaw.

Apa yang dia maki semua bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku tak dengar apa-apa yang dia makikan. Roh aku seperti keluar kejap dari jasad aku. Nak menangis pun tak mampu. Apa yang keluar dari mulut Nana last sekali tu buat aku bagaikan hilang segalanya yang aku ada kat dunia ni. Bagaikan semuanya dah berakhir.

Aku punca Tya hilang kaki kirinya kerana dilanggar lari malam tu.

– Aku Si Bodoh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

14 Comments

  1. ADAKAH INI KISAH BENAR ?? KALAU INI KISAH BENAR , AKU NAK QUOTE BALIK AYAT KAU YANG … KAU MEMANG INDEED STUPIDO HUMAN BEINGS AS EVER

    kalau ini novel atau cerita khayalan jam 1 pagi, ingin aku katakan, aku tak berminat nak baca novel ni kerana cerita seorang manusia yang dah tua umur nya tapi level kematangan 0, level stupidito 100, dan level memperhambakan wanita 100.

    sekian. emo aku baca ni sampai habis.

  2. aku cm pernah dgr cerita ni kat tuiter dulu. akak dia cerita yg ex adik dia mmg super stupid sbb tinggalkan gf dia sampai kena langgsr lari hilang kaki..so ko mmg ex bf terbdo tu la kan? geramnya aku baca ya Allah…

  3. kalau real story ni, ya org macam ni memang wujud ya, dan wanita macam ni pun memang wujud.. eh you dan laki2 sekalian yg macam you, kenapa tak terlintas ke kat otak tu, selagi belum sah jadi isteri awak, awak tak berhak apa2 ke atas anak orang.. dan wanita sebegitu, kenapa memuja seorg lelaki sampai sebegitu… minta dijauhkan…

    kalau perempuan tu adik i, i think u better get lost lah.. even kalau dia anak yatim piatu pon, u still dont deserve to control her life like that!

    kalau citer ni tak real, ok boleh teruskan hobi karang novel..

  4. Bila baca sampai habis satu ja ayat keluar GILA. Tapi yelah kan Narsistik tu. Semua terpaling baik. dan semua terpaling tu kau jelah. Semua kat mata kau jahat. Terpaling yang suci murni kau lah.

    Hikmah kat sini Allah tak bagi kau jodoh sebab tak nak ada Tya ke dua. Kesian Tya. Kesian jugak dekat jodoh kau nanti. Semoga kau berubah ke arah yang lebih baik. Bukan menyesal sekarang esok esok ada rezeki berjodoh kau buat benda yang sama. Dan kau tak layak control hidup orang sampai macam tu sekali.

  5. aku tak kisah ni dongeng ke apa. tapi benda ni memang jadi irl. banyak je manusia jenis perangai gampang macamnni. to anon, lepasni dia takde kaki kau nak cakap apa pulak? dia saja bagi kaki dia kat laki lain? ke nak cakap dia saja buat buat sakit takde kaki sebab nak simpati kau? kau takpayah jadi lelaki bang. perangai sial sangat. geram aku.

  6. kalau story real. kau mmg sial. kau patut mampos dilanggar lori babi. itu ja aku nak ckp.
    kalau story x real, kau still sial sebab hamak perhatian. puih!

  7. Memang sedap baca novel mcm nih.. tp klaw betul, elok la ko dah sedar yg ko tu mmg ‘narsistik’, tp slalu org yg smulajadi ‘egoistik’ mcm ni xkan mngaku der.. cadangan aku la, klaw ko dah benar2 ‘insaf’.. ko amk je Tya tu jd bini ko, sbg ‘balasan’ kpd apa yg ko dah buat kpd dia.. lgi pon dia dah bnyak mngalah dan berkorban ‘emosi’ dia sbb nk jaga hati ko.. klaw ko x amk n jaga dia, setidak2nya dpt jugak nk ‘tebus’ dosa ko selama ni terhadap dia.. klaw ko ‘kari’ je mcm tu, maka seluruh hidup ko akn tetap rse ‘bersalah’ yg teramat sgt, w/pon ko dah kawen dhn org ln.. itulah ‘balasan’ yg setimpal utk org spt ko ni.. fikir2kanlah, bro.. wasalam

  8. Apa punya teruk la lelaki narcis macam kau ni wujud kat muka bumi ni ek?
    Kau paling tak layak menyintai, dicintai,disayangi atau apa² je yg baik utk kau..
    Paling layak utk kau ni adalah dibenci!!

  9. Kalau ni real story memang kau tersangatlah bo*** bang. Tapi tolongla sambung cerita niiii bang walaupun aku baca sambil sakit hati HAHAHA

  10. mmg mcm lahanat la ko dik buat ank pompuan org mcm tu.kenapa si Tya ni bodoh sgt ikot ckp ko, ko pun demand mcm2 mcmla ko tu ank menteri😂😂 bagusnya laki mcm ko ni tkyah kawen sbb sifat ko blh memudaratkan manusia lain.silap2 blh jatuh hukum haram nikah.

  11. kalau ini cerita betul, aku doakan Tya jumpa dengan lelaki yang baik, yang buat dia bahagia, yang tak ego tak baran, yang sayang dia, yang percaya kepada dia dan tak perangai bebudak mcm hang. umur hang berapa nak oncall sampai 4pagi? hari-hari pula tu. orang kerja ni nak tido yang cukup, esok nak pg kerja. aku paling geram orang kacau tido aku. dulu aku time bercinta dgn husband, oncall limit 11pm. pastu masing-masing nak tido dah sebab esok kerja. nak iron baju kerja, nak prepare bahan kerja esok. aduh stress aku kalau baca hal oncall lama-lama ni hmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *