Seperti tajuk di atas, ya aku seorang yang lembab. Lembab di sini aku boleh spesifikkan kepada perlakuan aku yang lambat faham, lambat pick up arahan, cemerkap dan blur mungkin.
Aku percaya diri kita ni Tuhan dah cipta dengan sangat adil. Ada orang ada kelebihan yang ini, dan ada orang ada kelebihan yang itu. Macam tu juga lah kelemahan.
Ada orang pandai memasak dan berbisnes, tapi kurang dari segi akademik. Ada orang hebat bersukan, tapi jenis pemarah dan tak sabar. Ada orang jenis yang sangat teliti, kerja tiptop tapi kurang keyakinan dan sebagainya.
Dan mungkin satu daripada kelemahan aku ialah aku seorang yang lembab. Kadang-kadang benda ni bukan kita yang minta, dan tak usaha untuk perbaiki diri, tapi itulah limitnya.
Aku jadi sedih bila ada kenalan aku sendiri dan orang yang rapat dengan aku cakap depan-depan, “EIHH lembab”, “Ish lembablah kau ni”. Siapa saja tak terasa.
Aku ni pulak bukan jenis sound balik atau melawan, tahan jelah. Tapi dalam hati Tuhan saja yang tau.. Aku bukan tak usaha untuk faham dan bantu semampu boleh, tapi setiap kali aku nak buat tu, ada saja yang tak kena.
Senang cerita, aku ni jenis lemah lah bab-bab kemahiran nak pegang atau menggunakan alatan ke, arahan orang suruh buat projek ke apa ni.
Contoh, beberapa tahun lepas masa aku masih di sekolah menengah ada satu pertandingan ni yang perlukan kami untuk berpasangan dalam satu kumpulan.
Dapat pulak aku berpasangan dengan kawan yang jenis sound direct dan jenis panas baran, memang kena la aku, haha.
Masa tengah buat projek tu, apa benda tah yang aku tak paham2, tak ingat dah. Terus dia cakap, “Ishh, lembablah kau ni”.
Terkulat-kulat la aku depan dia. Aku boleh cakap apa.. (Aku tak dendam ya, tapi perkara ni memang aku akan ingatlah).
Baru-baru ni pon, sorang ahli keluarga aku sendiri minta tolong aku buat kerja. Aku takde masalah, selagi aku boleh tolong mana patut aku okay saja.
Tapi, mungkin masa tu emosi insan tu pon tak stabil, aku pulak tak faham2, ambik kau kena.. “Lembab.” Sedih sangat rasanya, huhu. Aku ni pulak hati tisu (ni satu lagi kelemahan aku haha adui).
Aku ni sampai setiap kali nak buat kerja tu akan berdoa, “Ya Allah , mudahkanlah urusan harini. Janganlah aku ni jadi blur sangat.” Dan kalau benda tu berjalan dengan baik aku jadi lega dan happy.
Aku boleh terima kalau orang cakap baik-baik tapi kalau terus sebut macam tu, dah macam takde maruah kita ni.
Padahal kalau ada ketika kelemahan orang tu muncul aku pulak nak sound terus, boleh saja..Tapi kita faham dan ada caranya untuk tegur.
Dan bila ada orang cakap macamtu akan buat aku jadi down dan takut-takut untuk buat kerja dengan orang. Sampaikan kadang-kadang terdetik untuk takut nak kahwin, takut menyusahkan pasangan nanti.
Yelah, aku kan lembab… (Doakan aku dapat pasangan yang sabar dan semoga diri aku ni sendiri boleh improve ye semua).
Lesen kereta pon alhamdulillah dah dapat walaupun kena ambil dua kali baru lulus haha. Kesian cikgu memandu aku dulu kena bersabar dengan aku, hihi.
Tapi aku besyukur untuk perkara lain. Bukan niat nak membangga diri, tapi alhamdulillah dari segi akademik aku okay.
Masa aku tengah belajar ni pon, pointer aku masih di tahap baik. Takdelah terlalu cemerlang dan tidak lah terlalu lemah. Dan ada beberapa perkara lain yang aku yakin dengan diri sendiri. Alhamdulillah..
Jadi, itu jelah point aku sebenarnya. Kita jangan cakap dekat orang macam kita takde kelemahan langsung. Tegur jangan sampai menghina. Setiap orang ada hati dan perasaan..
Kita tak tahu struggle setiap orang. Setiap orang ada struggle dia yang tersendiri yang dia pon tak nak benda tu. (peringatan untuk diri aku juga untuk tak judge)
Dan bukanlah aku nak kita support dan membiarkan seseorang tu di takuk lama, kalau dapat improve itu adalah yang terbaik. Cuma, hormati dan lengkapi peranan dan situasi setiap orang.
Sebab tulah Tuhan jadikan kita ni ‘berwarna-warni’ untuk saling melengkapi, kan? Bak kata omputih, “you cannot put the same shoe in every foot.” gituu..
Ok itu sahaja. Maaf kalau ada salah silap dari penulisan aku.. Stay safe everyone :)
– Insan Biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kita mcm sama, doa utk pasangan lebih baik tu bagus. Kerana Alhamdulillah pasangan saya org yang berbeza. Banyak urusan saya pemula dan dialah bantu utk sempurnakan. Dia faham dan melihat sy sebagaiorg yang punya byk idea, dan dia akan jadi org yang smpkan idea tu.
Setiap manusia diuji berbeza.. si lembab ujian buat yang cekap buat kerja. Tapi yang cekap rasa, si lembab kurang usaha, walhal mereka xtahu si lembab juga berusaha dan mgkn berlipat ganda dari yang cekap.
Sy faham struggle awak, kerana juga dlm situasi sama. Allah jualah tempat saya menyampaikan rase sedih dan terkilan.Allah maha baik, maka Allah kurnia saya pasangan yang menjadi pelengkap saya ❤️. Alhamdulillah