Hai, salam kepada semua pembaca. Nama aku AJ, lelaki, berusia 27 tahun & anak sulung dari 6 beradik.
Aku ingin sampaikan kisah aku menjadi seorang penakut dan pemalu ini. Terlebih dahulu minta maaf kalau cerita saya tunggang langgang sebab tak pandai nak cerita
Aku dibesarkan dalam keluarga yang okay lah tidak susah dan tidak senang sangat.. M40 macamtu,
Ibu bapa aku seorang yang pandai borak dan mudah berkawan tetapi aku pula seorang yang penakut dan pemalu.
Aku dulu belajar di sekolah teknik dan sambung ke universiti dan telah tamat pengajian uni 2 bulan yang lepas.
Sekarang ini aku telah pun menganggur dan masih mencari kerja, yang menjadi masalahnya ialah aku takut nak berborak dan bersembang dengan orang.
Dari aku sekolah sampai dah habis uni aku tak ramai kawan sebab aku kurang berkomunikasi ada dalam whatsapp 30 kenalan je, hmmm.
Jadi apabila aku bersifat begini sangat susah untuk aku mencari pekerjaan baik dari media sosial atau meminta pertolongan rakan2 untuk kabel masuk kerja.
Sebagai anak lelaki sulung aku hendak membalas jasa ibubapa ku dengan bekerja dan memberi wang belanja kepada mereka.
Tapi apakan daya mulut berat sangat nak cakap dengan orang ramai,
Bayangkan nak borak dengan orang sekeliling pon saya takut inikan pula formal di mana kita ditemuduga oleh 4 ke 5 orang panel untuk minta kerja, silap2 pengsan kot, hahaha.
Aku cuba amalkan doa Nabi Musa ketika baginda ingin berhujah dengan Firaun, tetapi bila aku berborak dengan orang tu aku perasan aku cuba habiskan perbualan tu dengan cepat,
Sebab bila lama2 berborak aku rasa macam anxiety dan kurang selesa bercakap lama. Adakah aku kategori introvert.
Minggu lepas tu ada karnival kerjaya di penang.. So, aku pun pergi untuk minta kerja,
Tapi hampa apabila aku hanya berdiri di dalam dewan itu selama 2 jam dan tidak pergi temuduga pon, just tengok orang temuduga,
Berat sangat kaki ingin melangkah ke meja panel dan ucapkan “cik saya nak minta kerja, ini resume saya”.
Kadang rasa nak keluar dari kepompong kelapa ni dan menonjol sedikit tapi tu la keyakinan diri saya berada di level negatif 100.
Harap2 pembaca boleh beri nasihat kepada saya supaya jadi lebih berani dan petah bercakap di khalayak ramai.
Sedih juga bila terkenang anak jantan tapi penakut nak berhadapan dengan orang ramai,
Macam mana nak jadi ketua keluarga dan pelindung bagi adik beradik kalau aku jenis takut dan malu nak berjumpa dan berborak dengan orang.
Kalau aku buka bisnes la memang bungkus awal la sebab kunci bisnes ialah communicate dan partnership yang utama.
Sekian dari saya AJ penakut.
– AJ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
apa kena mengena kenalan whatapps 30 org shj. so kena rapat dgn kwn2 semata2 nk guna kabel dapat kerja ke dik. salah tu. yg penting ada usaha dahulu utk hadir temuduga. dapat atau tak yg penting usaha. cuba bercakap sorng2 depan cermin dahulu. practice makes prefect.
fahaam! sedih kan, kawan tak ramai. 30 orang je tu pun family yang banyak kot. saya pun jenis pemalu nak bercakap dengan orang apatah lagi nak start conversation. kalau orang start dulu pun saya taktahu macam mana nak ongoing kan conversation tu last last krik krik je dan saya cari alasan bawa diri hahaha kalau pergi event saya lagi selesa makan diam diam tak bercampur tapi at the same time saya sedih sebab orang lain bersosial, saya je sorang sorang.
tapi saya kalau kerja ke iv ke saya confident Alhamdulillah. tapi pergi kerja saya hanya untuk bekerja la, kawan pun takde. kawan dengan orang yang saya kena berkerjasama je. sedih tapi sendiri la takyang pandai bawa diri :(
goodluck to us! boleh try baca Innahu Min Sulaimana wa Innahu Bismillahirrahmanirrahim selalu lagi lagi bila jumpa dengan orang.
hi, aku pun introvert dan tak ramai kawan. konsep ko salah bang, kalau ada cable sekalipun macam mana kau nak survive dalam dunia pekerjaan kalau kau still nak sembunyi dalam tempurung. tolong banyakkan bercakap depan cermin. Pergi sebanyak boleh interview, tak dapat kerja pun takpe bang awal-awal ni. Janji ko dapatkan pengalaman, at least kau kurang nervous untuk interview akan datang. Semoga dipermudahkan urusan ko.
Aku pun introvert jgk bang, mmg x ramai kwn dan x suka berckp. Tp hidup ni mmg kena bersosial, berckp dgn org. So kena paksa diri utk bercakap dgn org. Mmg lps tu akan penat dan nk asingkan diri.
Apa yg aku buat lps paksa diri berckp dgn org, aku reward diri aku sndiri. Tak kisah la nk reward mcm mana pun. Aku ni kalau lepak kt kedai mamak minum minum teh tarik sorang2 pun reward bagi aku.
Introvert ni kalau jumpa org yg tepat, dia boleh jdi becok mulut jgk. Aku ada bbrpa org kwn yg aku boleh berborak byk. Alhamdulillah, aku pun dpt jumpa wife yg serasi yg boleh trigger aku berckp byk, smpi ramai org x sangka aku boleh jdi so talkative bila borak dgn wife haha.
Gud luck bro. Hidup ni mmg keras.
Jangan layan sangat perasaan tu… Ko nanti nak jd ketua keluarga… Dah dewasa ni kene la tepis perasaan tu… Mcm aku pom jenis pendiam gak… Tp bila g iv buat2 la fake nampak mcm confident… Semua tu atas diri ko… Nak ke x je…
Aku pun introvert jugak, tapi dah terpaksa kena belajar bercakap juga.
Cara yang aku buat:
1. Sebelum tidur bayangkan diri boleh bercakap selesa dengan orang, ada rasa gembira, ada rasa minat mendalam nak bercakap dengan orang
2. Praktis bercakap paling mudah, pergi kedai, cakap lah apa-apa dengan cashier. Tengok mata cashier tu dan ber cakap.
3. Dah penat bercakap tu, berehat di rumah. Layan lah letih tu. Orang introvert macam ko ni, akan hilang tenaga bila berjumpa dengan orang.
4. Ada je kerja yang tak perlu layan orang sentiasa. Carilah kerja yang macam tu cth kerja akaun, kerja retail jaga stor. Interaksi dengan 3-4 orang sehari pun cukuplah, tak ada kerja yang tak jumpa orang lain langsung. Kerja jaga binatang kat zoo kena jumpa orang juga cth pengurus zoo dan lain-lain.
Awak ada social anxiety sebenarnya. Tapi boleh ditangani. Bacalah banyak; doa penerang hati dll.