Aku Si Penghutang

Hai admin. Terima kasih kalau siarkan confession aku ni. Cerita ni berdasarkan pengalaman aku menyelesaikan hutang pendidikan yang tak perlu aku sebutkan namanya la sbb aku rasa nama dia begitu popular di kalangan para penghutang yang liat nak membayarnya (aku la tu antaranya, ya ampun hihi).

Hutang itu sudah accumulate dari 2010. Aku graduate tahun yg sama then terus dpt kerja. Selama aku kerja, agensi pinjaman ada bg surat tentang jadual pembayaran semula. Kalau ikutkan jadual yg diberi tu hutang aku mampu dilangsaikan dlm 3 ke 4 tahun cmtu, tp masa tu gaji aku agak minima sbb aku graduan diploma jadinya bayar manually la, of which ikut kemampuan aku. Sesekali aku semak jugak nama aku ada blacklist tak utk ke luar negara, alhamdulillah takde. So aku teruskan lah bayar manual sehingga la tahun ini.

Cita cita aku tahun ni mmg nak langsaikan hutang, and cukup duit balance dlm second acc epf aku, cepat2 aku apply utk dptkan discount bayaran balik.

Aku apply utk dptkan discount 15% pembayaran penuh pada akhir bulan 10. Pegawai kat sana sangat informative, maklumlah mungkin sbb aku nak bayar penuh so dia pun sangat2 membantu aku tentang procedure and all. Semua dibuat online, start dari berapa amount selepas discount kena bayar, permohonan utk pengeluaran dari acc kedua epf, and tindakan selanjutnya oleh agensi pinjaman ni melalui email. Lepas aku dpt dokumen berkenaan baki pinjaman selepas discount 15% tu, aku terus ke kedai photostat utk photostat dokumen sokongan (sijil tamat belajar dan transkrip program yang aku meminjam tu). Dokumen sokongan itu diperlukan utk nak minta pengeluaran dari pejabat epf.

Selepas dpt notification dari epf menyatakan permohonan pengeluaran telah diluluskan, aku segera ke pejabat epf. Senang je urusan dia. Jumpa pegawai turunkan cap jari and siap. Dalam 14 hari bekerja boleh check email utk tahu baki/tunggakan pinjaman.

Tak sampai 14 hari, aku dpt email dr agensi pinjaman itu. Bagusnya cepat. Tp dlm email tu masih ada lagi tunggakan, seolah2 masih lagi berbaki sebelum discount 15%. Jadi aku check di website utk double confirm betul ke aku masih ada lagi tunggakan. Dan betul masih ada lagi tunggakan sama amount seperti di email. Dan aku tgk tarikh akhir kemaskini tu bulan awal nov. Tp aku teringat information dari pegawai tersebut mengatakan by Dec akan dpt surat penyelesaian hutang. Jadi aku tunggu la sampai bulan Dec sbb aku faham masa diperlukan utk synchronize kan dan update system and all, lagi2 perkara yang melibatkan wang ringgit.

12/12 check lagi di website, masih ada lagi tunggakan, cuma amountnya sedikit berbanding awal bulan Nov. dan tarikh akhir kemaskini adalah pada 1/12.

Dan semestinya aku hairan bin ajaib. Aku call no careline, bercakap dengan pegawai di hujung talian. Beliau berkata, tunggakan yang aku check tu bukannya tunggakan pinjaman. Tetapi lebihan bayaran yang telah aku bayar. Aku tanya kenapa tak inform/email bgtau aku ada buat lebihan bayaran, senyap aje agensi ni. Amount lebihan bayaran tu ratusan jugak la. Mujur aku tanya, kalau tak mmg taktau la apa depa buat dengan amount lebihan tu. Anyways, aku terus apply utk buat refund di website berkenaan. Sebelum aku buat refund, aku check dulu di ikon surat penyelesaian hutang, dan mmg nama aku telah diclearkan sebagai penghutang, alhamdulillah. Jadi maknanya takde tunggakan lagi la hutang aku pada agensi ni. Dan seterusnya process refund, pun ambil masa 14 hari.

Apa yang aku puji mmg prosesnya cepat. Start dari berurusan di kaunter, dapat bayaran terus update di email dan website. Cuma yang aku rasa kena improvise, makluman dari segi lebihan bayaran tu la. Kalau ada lebihan, inform terus through email. Jangan la simpan sorang2 seolah2 mcm nak simpan je duit lebihan bayaran tu. Takkan la amik masa sampai seminggu lebih utk inform pada aku ada lebihan bayaran sedangkan tarikh kemaskini tu pada 1/12. Selalu aku bayar dalam 3 hari bekerja da bg email ucapan terima kasih sbb langsaikan hutang. Ni lebihan bayaran senyap aje ke?

Aku fikir positive je la maybe sbb nak akhir tahun, nak tutup acc ke apa ke kan. Tp tu la settle da hutang aku yeay!. Pada sesiapa yang ada pinjaman pendidikan mcm aku ni, pasang la niat utk bayar balik. Bukannya apa, duit tu kte guna utk belajar nanti tak berkat pulok kalau liat nak bayarnya ye dok? Kalau cukup duit dlm 2nd acc epf tu gunakan lah sebaik mungkin. Aku faham masing2 ada komitmen, kalau tak mampu nak bayar penuh, amik la discount utk bayar separuh dulu, or bayar manual mcm aku ke, hiks. Ikut la perancangan masing2. Satu yg aku rasa kalau nak settlekan hutang ni mesti Allah mudahkan jalan. Lepas ni lega la sikit nak bayar loan kereta pulok hihi (hutang lagi, face palm).

– Dania

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit