Aku tulis ni bukan untuk bagitau korang tips menjual barang secara online ya. Ni pengalaman aku. Harap sudi baca dan komen yang murni2 ya…
Dah lama sebenarnya aku berniaga online. Dah macam-macam produk aku jual. Kenapa aku jual online? Dulu aku pernah jual offline. Bawa barang yang nak dijual, tunjuk kat kawan-kawan sekerja. Tapi akhirnya aku putus asa sebab ramai yang minta nak bayar banyak kali. Aku dah la jenis pemalu nak mintak hutang nanti. Lepas tu rasa malu sendiri. Aku rasa macam ada sejenis manusia yang menganggap aku jual part time ni sebab tak cukup duit. Aku rasa diorang beli sebab simpati pada aku. Oh ya, aku merupakan seorang penjawat awam kelulusan ijazah dan pendapatan tetap aku sekitar 4k bersih. Suami aku pun sama. Kami ada kereta sebuah seorang, sebuah rumah yang kami beli dan huni sekarang dan sebuah rumah sewa di sebuah bandar membangun yang kami sewakan sekitar 1000 sebulan. Bagi aku kehidupan kami di sebuah bandar kecil ini sudah cukup mewah dengan pendapatan tetap yang kami peroleh setiap bulan.
Oh ya. Kenapa aku berubah jual online selepas tu? Macam aku cerita kat atas. Aku dah fedup nak hadap semua tu. So, aku mula mencari produk yang sesuai untuk aku buat bisness online. Aku nak jadi penjual secara senyap-senyap. Tak nak jual pada orang yang aku kenal. So, online la jawabnya. Cari dan cari. Banyak produk aku jual. Tapi akhirnya suam2 kuku. Ditambah pula dengan kerja hakiki yang menuntut komitmen, akhirnya bisness aku tak ke mana sebab kurangnya promosi dari aku sendiri. Hinggalah aku terfikir produk apa yang aku nak jual yang tidak memerlukan promosi sangat tapi tetap dicari pelanggan. Kiranya produk yang dah famous yang sentiasa dicari pelanggan. Hinggalah aku terjumpa 1 produk kosmetik yang memang digilai ramai. Kebetulan kat tempat aku ada banyak kedai borong kosmetik yang murah-murah. Aku cuba test market satu produk yang dah famous walaupun masa tu aku tak beli lagi produk tu sebab aku ni sejenis manusia yang takut pada risiko barang tak laku. Alhamdulillah. Ramai yang nak beli. Makin seronok la aku. Untung produk tu rm10 satu dan sehingga ke hari ini aku mampu menjual sekurangnya 10 unit sehari. Seronok sangat sebab hari2 order masuk.
Sebulan aku jual produk ni secara online tanpa mengabaikan kerja hakiki aku(malam aku bungkus parcel n tulis borang siap2, esok pagi suami aku pos) tiba-tiba ada suatu yang buat aku terfikir dan rasa serba salah. Aku terfikir salah ke aku berniaga ni. Aku yang dah bergaji tetap dan hidup dah cukup senang tiba tiba ada pula pendapatan sampingan yang agak banyak hasil dari jual online tadi. Aku terfikir aku mudah run bisness ni sebab aku ada duit untuk modal. Aku ada gaji tetap yang bila-bila masa aku boleh guna untuk tambah stok. Aku ada modal besar yang aku boleh labur untuk beli stok dalam kuantiti yang banyak yang membolehkan aku dapat harga lebih murah. Aku tiba tiba terfikir tentang kawan-kawan aku yang ramai tak kerja dan kerja sederhana. Aku rasa sedih mengenangkan orang yang nak berniaga tapi tiada modal. Dah la hidup susah, nak berniaga pulak tak ada modal. Aku rasa kesian kat orang yang berniaga produk sama dengan aku tapi meletakkan harga yang mahal. Ya la. Mereka mungkin tak ada modal banyak untuk beli produk dalam kuantiti yang banyak dan mungkin mereka hanya dropship yang perlu ikut harga yang ditetapkan agen. Dan aku dengan mudahnya meletakkan harga yang cukup murah berbanding mereka kerana aku mampu mendapatkan produk tu dengan harga murah.
Banyak sangat yang aku fikir. Sampai perasaan bersalah aku tu membuatkan aku whatsapp beberapa orang kawan aku yang aku tau diorang merupakan surirumah sepenuh masa. Aku tanya dia nak join tak bisness ni. Jadi dropship aku dan aku keluarkan modal dan pos barang. Aku ajar macam mana nak promot. Aku ikhlas. Aku memang nak bantu diorang sebab aku dah rasa bersalah sangat. Ada kawan aku yang positif, cuba promot kat sedara mara diorang, lepas semua sedara mara beli, dah senyap dah kawan aku tu. Aku tak salahkan dia. Mungkin dia tak ramai kawan. Tapi sekurangnya dia usaha. Tapi ada juga yang awal2 dan putus asa dengan alasan tak pandai promot,malu tak ramai kawan, dll. Haish. Yang macam ni memang aku dah malas layan. Lantak la.
Sampai sekarang ni pun aku masih dihantui rasa bersalah(sesekali datang). Kadang-kadang aku nak sedapkan hati aku. Aku kata “rezeki masing-masing”. Ya la, kadang sakit jugak hati aku ni bila berdepan dengan kawan yang malas nak usaha. Sampaikan aku siap bagi pelanggan kat dia tapi dia abaikan dengan alasan sibuk uruskan rumahtangga dan tak ada masa nak balas wasap customer. Dah hilang sorang customer aku. Adeh.. Lama-lama aku fedup. Aku dah buka jalan kat diorang. Kalau diorang nak, nanti diorang cari la aku pulak. Aku malas nak memaksa dah.. Aku teruskan bisness aku seperti biasa.. Kadang ada yang sinis. ” Tak cukup ke gaji bulan-bulan?” tapi aku abaikan mereka. Aku pekakkan telinga.
Aku buat semua ni sebab minat. Aku minat sangat kehidupan yang sibuk tapi mendatangkan duit. Aku bukan jenis yang boros. Aku rasa membazir kalau beli sesuatu yang mahal tetapi fungsinya sama dengan beli yang murah. Oh, aku hanya bawak kereta viva,pakai telefon asus walaupun aku ada saving hampir 60k diusia aku sekarang 31 tahun .Bila aku tengok saving aku, selalu aku terfikir. Macam mana kalau esok aku mati. Semua duit ni tak berguna lagi. Aku selalu ingatkan diri untuk bersedekah. Semoga aku terus istiqamah dalam melakukan perkara yang baik-baik je. Korang tolong doakan aku ya….
– Ariana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit