Aku Si Terpaling Bodoh

Aku Sara (bukan nama sebenar). Aku baru masuk pertengahan usia, dimana aku punya ‘frontal lobe’ mungkin belum fully develope lagi, sebab itu aku membuat keputusan yang bodoh dalam hidup aku.

Aku anak sulung, dan tidak berapa rapat dengan ibu bapa aku. Kebanyakan masalah aku akan banyak pendam sendiri. Termasuk yang ini, aku jadi clueless dan terumbang ambing sebab aku buntu untuk membuat keputusan yang tepat.

Tujuan aku luah, nak mintak pandangan orang orang yang dah berpengalaman hidup yang mungkin pernah melalui masalah ini.

Aku dari dulu memang dahagakan kasih sayang, mungkin sebab aku tidak berapa rapat dengan parents. Dan aku tidak boleh sunyi, bila aku sunyi aku ada tendancy untuk buat sesuatu yang bodoh. Meh aku cerita,

Aku pernah ingin berkahwin, tetapi tak jadi atas faktor tak berapa berkenan dengan perangai lelaki tersebut contohnya panas baran.

Oh iya, perkahwinan ibu bapa aku memberikan contoh di mana aku tak boleh salah pilih lelaki dalam hidup aku.

Aku datang daripada keluarga yang tak berapa nak berada. Jadi memilih lelaki yang “financially stable” sudah tentu menjadi pilihan hatiku.

Aku bercinta dengan Z, sudah masuk 5 tahun. 2 tahun yang pertama, aku cinta mati dengan Z. Waktu itu memang aku yakin memilih Z sebagai suamiku.

Tapi hidup tak selalunya indah, bila kita letak cinta manusia lebih dari segalanya, kita akan kecewa. Ya, aku kecewa. Aku dapat tahu Z curang.

Waktu itu, dunia aku gelap, rasa macam kena bunuh tapi tak mati. Waktu itu, dunia aku berubah. Z berusaha memujukku, yes dan lagi sekali aku bodoh. Aku masih menerima Z.

Tetapi meneruskan hubungan dengan Z merupakan keputusan yang bodoh. Aku ada ‘trust issue’ yang sangat besar, dan setiap kali ada pertelingkahan, memang sudah semestinya aku mengungkit kisah kecurangan Z kerana hati aku sakit.

Berganti bulan dan tahun, aku nekad untuk ‘move on’ semasa dalam hubungan. Dulu emosi aku bergantung dengan cara layanan Z.

Dan semasa dalam fasa move on dan hubunganku mungkin di fasa ‘pengakhiran’ dan lagi sekali aku buat keputusan yang bodoh pergi berkenalan dengan R.

Waktu itu, aku rasa tersangat bahagia kerana R betul betul memenuhi ‘keperluan’ emosi aku, aku tidak lagi sunyi, dan aku mula meluahkan perasaan sayangku terhadap R dan R juga memiliki perasaan yang sama seperti ku.

Pada waktu itu, aku memang sudah nekad untuk meninggalkan Z dan memilih R.

Aku fikir Z akan mengiyakan keputusan aku rupanya aku silap, Z cuba untuk memujukku, dia yang bekerja di utara, sanggup datang ke selatan untuk memujukku beberapa hari.

Sebelum ini aku begitu yakin dengan keputusan ku memilih R, tetapi selepas Z memujukku, aku rasa bersalah. Z betul betul mengatakan dia menyayangiku dan situasi sekarang begitu menyakitkanku and it’s very draining.

Aku mula ragu ragu dengan keputusanku. Jika aku memilih Z, aku takut untuk sakitkan hati R, R tak layak untuk rasa disakiti oleh perempuan bodoh macam aku dan bagaimana kalau aku tidak bahagia dengan Z dan menyesal dengan keputusanku.

Dan jika aku pilih R, bagaimana dengan Z?

Aku serba salah dengan Z, tiba tiba aku rasa masih tersisa rasa sayang aku terhadap Z.

Kadang – kadang, aku rasa aku yang patut mati, sebab aku tak sangguh nak melukakan hati mana mana pihak atas kesilapan bodoh aku ni. Apa perlu aku buat?

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. BuatlahSolat istikharah dan solat hajat mohon petunjuk Allah. Z tu betul-betul berubah atau dia tak boleh terima yang kamu ada kekasih baru. Jadi selidik baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *