Cerita aku agak panjang, aku nak bercerita sebab aku nak terapi dan semoga ada yang boleh dijadikan pengajaran untuk mereka diluar sana.
Aku minta maaf dulu kalau tulisan aku bercampur bahasa dan english. Aku nak taip cepat, otak aku tak boleh nak translate perkataan english dalam otak aku ke bahasa dengan cepat. Jadi aku tulis ikut keselesaan.
Cerita aku mungkin agak cliche sebab berkisarkan suami orang, tapi tunggu dulu, semoga ada yang baca sampai habis.
Aku cerita dulu background aku, aku N, aku dilahirkan di kampung, aku dulu budak famous dekat sekolah, sebab aku pandai dan aktif.
Dekat universiti pun aku antara budak pandai, aku dekan semua semester kecuali semester 1. Jadi aku tak dapat ANC la.” Emoji sedih” .
Walaupun aku aktif dan famous aku bukan jenis yang suka bercouple sampai la umur aku 25 tahun. Aku tak pernah couple, sebab aku memang sangat memilih, senang cakap aku fussy kalau bab “suami”, dan aku aim bercinta untuk kahwin, gitewww..tapi betul..
Aku ni banyak kawan (lelaki dan perempuan) sebab aku happy go lucky and easygoing. Nak dipendekkan cerita character aku ni sebenarnya seorang yang naif, baik dan tak boleh kata tidak, dan tak pernah rasa orang yang datang nak berkawan dengan aku ada niat jahat.
Parents aku pulak jenis oldschool yang memang menitip beratkan bab agama dan pendidikan, cuma aku je yang jenis kuah tu tak tumpah ke nasi kalau bab agama. Jadi aku ada “rebellious behaviour” yang nak try dunia luar. Nak hidup dibandar.
Aku bersyukur setakat ini perjalanan hidup aku sangatlah smooth je. Aku tak pernah rasa ada masalah. Aku habis final exam aku dah dapat kerja dekat audit firm dekat KL and gaji permulaan aku boleh dikira tinggi masa zaman tu. Dari aku grade umur 23 aku stay KL sensorang.
Masa tu la semua ni bermula.
Aku kenal dengan K masa umur aku 25 tahun, K sebaya, masa ni aku yang naif tak pernah terpikir K dah berkahwin, aku layankan perasaan seronok disayangi, dicintai dan dibelai,
Aku suka K yang protective, disebabkan K tak macam lelaki yang aku kenal sebelum ini, K sangat memahami, sangat bertanggungjawab, dan muka agak berupa, aku memang aim, “yes, he’s the one, husband material”.
Selalu jumpa texting, sekting, vc selalu selama 6 bulan. Betul la kalau kita selalu berdua akan ada yang ketiga,
Dari awal aku dengan K ringan-ringan sahaja, kerana masa tu aku masih berkeras menolak, masih menjaga maruah aku, sampai la 6 bulan, syaitan berjaya hasut, kami berjaya tidur sekali dan aku hilang dara hari tu.
Masa ni kerana nafsu aku belum sedar aku dah hilang segala-galanya hari tu. “Ampunkan kami berdua Ya Allah.” Disini la bermulanya detik hitam derita aku.
Satu hari tu,aku terdetik nak cari tahu pasal K, masa tu la aku stalk FB dan kantoi dia suami orang yang dah kahwin 3 tahun tapi belum dikurniakan zuriat. K kahwin muda, sebab tu pada awalnya aku tak sangka K dah kahwin.
Aku confront dia, tapi dipujuk untuk terus stay and aku stay. Masa ni aku sedar aku akan sakit, tapi aku tertipu dengan janji K akan kahwin dengan aku, dan aku tertipu dengan expectation aku sendiri yang K akan jadikan aku nombor 2 “Masa ni bodoh, yes aku tak nafikan”.
Hubungan kami berlanjutan sampai 4 tahun kami rahsiakan hubungan ni dari si A, wife K sampai umur aku 29 tahun.
Aku terlupa nak cerita pasal latar belakang K,K ni kontraktor,bekerja sendiri, masa mula-mula kenal dengan aku, business K baru nak naik, dan masa business K nak berkembang K perlukan pertolongan aku, aku tolong K secara separuh masa (kerja aku uruskan akaun dan kira cukai).
Dalam 2 tahun aku tolong K sampai la business K agak stabil. Selalu lelaki curang akan buruk-burukkan isteri dia kan,
K tak macam tu, seorang yang sangat ambil berat pasal aku, bertanggungjawab dengan wife dia, kalau K balik rumah aku tak kan kacau. Aku fokus dekat kerjaya aku. Untuk pengetahuan korang, aku ada karier yang sangat stabil masa ni dan aku suka kerja aku, ini cita-cita aku.
Kami pernah rancang nak nikah di Thailand, tapi disebabkan K seorang yang bertanggungjawab, he said ” If I’m going to take you as my second wife, I will do it in a right way”. K nak dapatkan persetujuan wife dia dulu. Dan dia nak ambik aku elok-elok dekat parents aku.
Tapi nak dipendekkan cerita, dan mungkin Allah nak selamatkan aku, selepas 7 tahun kahwin wife K, si A tiba-tiba pregnant,selama ni memang tak pernah lekat.
Jadi izin untuk berkahwin lain ditangguhkan sampai la hubungan aku dengan K kantoi masa kandungan A dah masuk 3 bulan, hari ni kami gaduh,
K block aku kat semua social media, keesokan harinya A disahkan keguguran. Selepas seminggu kejadian ni baru aku tahu kisah sebenar kawan K beritahu aku,
Dalam seminggu tu aku dah meroyan sebab aku takut kehilangan K, dalam masa yang sama perasaan bersalah menghantui aku, “Ya Allah apa aku dah buat ni, diorang gaduh pasal aku ke? A gugur sebab aku ke?”
Aku dengan K putus hubungan lebih kurang setahun. Dalam masa tu, aku jadi lonely, depressed, desire to have s3x, rindu pelukan dia, rasa berdosa sebab berzina, rasa takut kalau aku tak kahwin dengan K siapa lagi nak kahwin dengan aku?
Aku nak anak jugak ye.. tapi dalam masa sama perasaan bersalah yang aku rasa berdosa sebab wife dia gugur, benda tu makan diri aku, aku keluar masuk hospital, badan aku jadi lemah, aku jadi makin tak berkawan, aku balik kerja aku nangis tepi bucu katil.
“Serious talk, aku memang nangis tepi bucu pakai bra dengan panties tenung langit” ,nak menambahkan lagi kesedihan aku, aku duduk sorang, tiada housemate. Disiplin aku dekat tempat kerja merosot, dan aku decide untuk berhenti kerja tanpa backup plan.
Ini yang aku nak share dengan korang, kita ni perempuan,bila sekali dah rasa sex kau memang payah nak buang, kau tak dapat kau akan depressed. Kau jadi lonely, psycho segala macam tambah pulak kau kurang redha dan tak kembali dekat pencipta.
Aku bukan tak pernah buat macam orang selalu nasihat, keluar nanti happy, kau tahu aku keluar tapi otak aku dekat lain, aku keluar gelak-gelak, balik aku still depressed and lonely, aku still ingat K, aku nak dia je..
Aku pernah buat benda drastic, aku kenal lelaki dekat dating apps, aku ingat nak lampiaskan nafsu aku, tapi betul Allah nak betulkan aku, bila aku nak jumpa lelaki lain, aku rasa semua tak kena, annoying, last aku setia dalam hati tunggu K akan datang cari aku.
Tapi sambil tu aku cari agama, tak banyak aku buat, aku betulkan solat aku, aku cuba solat awal waktu, aku tahajud.
Sebulan lepas aku hantar notis berhenti aku dapat kerja dekat satu Public Listed Company and stepping stone untuk career aku (Notis dekat company lama aku 3 bulan). Aku nekad aku nak buka buku baru.
Umur 30, K datang balik cari aku,kami jumpa dekat tempat kerja baru aku. Lepas kami lampiaskan apa yang dah lama terpendam, K pujuk aku untuk tolong dia balik, kerja dengan dia balik (separuh masa) sebab dia dapat kontrak lagi masyuk dan perniagaan K makin berkembang.
Aku terima sebab sayang dan nak tolong susah bersama-sama kekasih yang akan halalkan aku kononnya. Aku tolong sampai dia boleh buat loan beli rumah, dan beli kereta R**** R**** E*****.
Masa ni aku nangis ajak dia kahwin ngan aku, sebab aku tak sanggup hilang dia lagi, K yakinkan aku, kitorang akan kahwin, aku kalah lagi.
Aku punya cuba jadi skandal yang sangat memahami, aku tak pernah mintak apa-apa dekat K dari kami mula kenal, lagipun apa je aku nak, aku boleh beli sendiri,
K mewahkan aku masa birthday pun aku dah bersyukur,sebab aku tahu dia perlu berjimat untuk tanggungjawab dia dekat wife dan aku. Tapi tanpa aku sedar sebenarnya waktu ini……….
Satu hari tu, K bagitahu dia perlukan seorang admin untuk submitkan claim-claim untuk dapat duit dengan lagi cepat dalam syarikat senang nak pusing modal, K hired sorang admin separuh masa nama dia L. Aku okay, tak pernah pikir K akan curang. Naifnya aku.
Awal-awal masa K datang balik cari aku, K macam biasa, makin penyayang.
Dipendekkan cerita, company baru aku beban kerja aku makin besar (gaji besar beban lagi besar) dengan aku sambung belajar nak dapatkan professional certificate aku lagi, jadi aku tak berapa nak ada masa untuk K, dengan freelance job lain jugak aku masih commit.
K makin menjauh, bila aku ajak keluar K cakap ada meeting tak sempat dan etc. Bila aku susah aku pergi settlekan sendiri aku tak cari dia sebab aku pikir dia sibuk dengan kerja dan isteri.
Satu hari tu, aku phone call dengan wife K, kitorang sembang lama, dan masa tu A cerita sebenarnya K skandal dengan L dari tahun 2020, masa yang K datang cari aku balik tu.
Sumpah aku nak menangis, tapi aku buat tenang, sebab sebelum ni aku memang dah suspisious dari bank statement K, banyak transfer duit dekat L, aku pernah persoalkan, tapi K nafi, aku dah tak percaya tapi aku layankan je perangai K, sebab aku tak de bukti. Aku pujuk hati aku
“Kalau dia boleh curang dengan wife dia, apa yang buatkan dia takkan curang dengan kau?”.
Aku diamkan semua cerita yang aku tahu dari A, aku jauhkan diri aku dari K perlahan-lahan, aku nampak K tak cari aku pun, selama berbulan- bulan aku senyap dia tak cari aku lansung.
Aku sedar diri, tapi aku start depress balik, tapi kali ni aku dah tak macam dulu, aku tak meroyan, aku deactivated semua social media aku, aku off phone dalam 6 bulan,
Aku cari Allah, aku dekatkan diri dengan Allah balik supaya tunjuk aku jalan terbaik. Aku jadi makin tenang, tapi perasaan sayang masih belum boleh buang.
Satu hari tu bila aku cukup kuat, wife K si A ajak aku jumpa, kami jumpa dan sesi luahan perasaan bermula, tapi aku okay, wife K pun cool, cumanya wife K belum puas hati dengan si L,
Wife K ni tak ada lesen kereta, kemana-mana naik grab. Wife K luah dia nak pergi rumah skandal K, L, tapi tak berani, aku cakap tak pe aku bawak. Bukan nak menyerang tapi nak bertanya.
Aku drive bawak A ni pergi rumah parents L, bersembang la dekat situ sampai bergaduh la si L dengan A, L marah aku sebab kata aku penghasut A, sebab kalau A, dia takkan buat macam tu. Sebab tu K berani curang dengan A, sebab A sangatlah baik. K terkejut kami semua berjumpa.
Kantoi segala perbuatan busuk dia. Kami plan nak berdepan semua dalam satu masa tapi A tak sanggup nak hadap. K salahkan aku.
Mempersoalkan perangai aku. Aku terus lari dari hidup K tanpa jelaskan apa-apa.
Aku cerita semua benda ni dekat cousin aku, dan cousin aku kata “lelaki macam ni yang kau nak lagi?”. And tanpa aku tahu, cousin aku email majikan si L, mengadu pasal perangai si L dengan K. And disebabkan itu, syarikat K ditamatkan kontrak dengan syarikat si L.
Bulan yang sama aku stop kerja dengan K, Aku hantar saman dekat K tuntut hutang gaji aku yang K tak bayar selama ni. K hilang banyak duit.
Dalam masa yang sama ramai pekerja K berhenti, bulan lepas K disahkan bercerai dengan si A, selepas lebih kurang 10 tahun mereka kahwin.
Dan baru ni jugak aku tahu, L tinggalkan K sebab rupanya K ada skandal baru Z ni jugak salah satu penyebab A nekad untuk bercerai dengan K.
Apa yang aku belajar dari sini, kalau tujuan kau kahwin hanya kerana ada orang sayang kau, kau salah, kau kahwin sebab nakkan ketenangan, nak orang yang boleh hilangkan resah kau bila kau ada masalah dekat luar,
Wang tak menjamin kau bahagia, perempuan pun tak kan menjamin kau puas dengan nafsu kau.
Satu aku tahu, K tak pernah dulukan solat, walaupun dia baik, bersedekah, hormat orang tua, solat K abaikan. Sama macam aku dulu, kami terlalu seronok dihanyut nafsu, dosa zina,sampai lupa Allah yang pegang hati kita ni, Allah tunjuk kekuasaan dia kat aku. Ni la yang aku dapat.
Aku rasa Allah menjawab doa aku, masa aku off segala social media, aku buat solat istikharah 40kali, aku suruh Allah tunjukkan jalan terbaik, lepas tu yang si A datang cari aku ajak jumpa si L. Dan aku berani angkat kaki tinggalkan K tanpa ada rasa sedih pun.
Sekarang aku dah 32 tahun. I have matured enough to know what best for me and untuk tahu apa yang terjadi Allah dah tentukan untuk mengajar aku jadi lebih baik.
Aku tahu benda ni takkan jadi kalau aku pergi masa awal-awal dulu, tapi ingatlah aku bukan kaki sondol yang mahukan suami-suami anda hanya untuk aku.
Aku tahu tak mudah untuk bermadu. Dulu aku ingat aku mampu nak berkongsi kasih, tapi sekarang aku sedar aku perlukan seseorang yang hanya untuk aku sorang. Tapi tanpa aku sedari, aku jadi makin insecure dengan lelaki. Aku rasa aku tak mampu untuk kahwin di dunia ni.
Nasihat aku kepada perempuan-perempuan diluar sana, dunia makin dekat dengan kiamat, dan makin banyak perempuan yang hilang malu, sanggup rendahkan maruah hanya untuk bermewah-mewah dengan duit suami orang, hanya untuk bergaya, hidup meminta-minta hanya ingin disponsor.
Be your own moneymaker, mahalkan diri anda perbaiki diri anda untuk orang yang tepat. Tahu tak mudah, jika ujian dalam bentuk jodoh Allah pilih untuk kita, semoga Allah tinggikan darjat kita disisiNya disana.
Aku bukanlah baik, tapi aku cuba untuk jadi baik, nasihat yang aku beri dari pengalaman yang aku tempuh. But trust me, once you had depression, your life gonna be tough. Engkau tak nak menyesal kemudian hari. Sayangi maruah anda dan sayangi kesihatan mental anda.
Aku Allah bagi peluang untuk ambil tindakan atas hutang dia dengan aku. Untuk pengetahuan korang, aku dalam proses naik turun mahkamah berkenaan isu hutang ini, doakan semoga dipermudahkan urusan aku. dan aim aku, antara dia dapat notis bankrap atau masuk jail.
Mesti korang tertanya kenapa aku nak balas? Aku tak kisah apa orang nak cakap, “Maafkan jela, kau confirm kau akan menang kes ni?”. Apa hak kau?.”
Aku bukan buat keputusan ikut nafsu dan perasaan, aku bagi dia peluang lama untuk settlekan hutang ni, tapi ego dia masih salahkan aku dan tak pernah salahkan diri dia atau menyesal dengan apa dia dah buat.
Dan untuk pengetahuan korang, hutang K dengan aku cecah 12k ye. Kau rasa aku patut ikhlaskan ke? Jadi dengan ada semua bukti-bukti dan aku yakin aku boleh menang, aku decide untuk lawan .
Tapi kalau perancangan Allah lain, aku redha. At least aku dah berusaha buat apa yang patut, in future aku tak nak ada rasa menyesal kenapa aku tak buat sesuatu. Penyesalan tu menyakitkan.
Ini pilihan aku, dan sebagai seorang yang dewasa aku bertanggungjawab atas setiap pilihan aku dan aku nak K sedar, dia tak boleh lepas tangan je dengan apa yang dia dah buat. Aku akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan bakal berlaku.
Walaupun aku tak boleh nak tuntut dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah sakitkan aku, aku pilih ajar dia dengan cara ni. Sebab aku tahu, lelaki macam dia akan kalah kalau tak de duit.
Jangan ingat kita tiada hak untuk buat sesuatu jika kita disakiti,negara kita ada undang-undang. Let him see, you mess with the wrong woman, man.
Bagi aku semoga ini jadi asbab untuk dia berubah jadi lebih baik. Aku masih sayang dia jujur kata, tapi aku takkan kembali bersamanya.
Kalau benda ni viral, dan andai kata sampai kepada K, aku nak cakap untuk K,
I want you to be happy and find your peace in the future. I hope you find someone who really suitable to be your wife and dikurniakan anak. That’s what you really want right?. Walaupun you dengan I tak boleh bersama, I doa kita masuk syurga sama-sama. Aamin ya mujib.”
Last, aku nak update aku masih berkawan baik dengan A. Aku harap A jumpa lelaki yang lagi elok dari K.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit