Aku, Su4mi, Mertua dan Ipar Duai

Assalamualaikum, nama aku Iffah (bukan nama sebenar). Aku berumur 25 tahun dan mempunyai suami dan seorang anak berusia 2 tahun, aku nak menceritakan pengalaman aku sebagai seorang mertua dan ipar duai kepada keluarga suamiku.

Aku berkenalan dengan suami ditempat kerjaku yang dahulu, suamiku bernama Ahmad (bukan nama sebenar), perkenalan yang singkat dan kami bercinta terus kami berdua decide untuk bertunang dan berkahwin.

Kami bertunang selama 2 tahun, sepanjang pertunangan macam2 dugaan yang kami lalui, terutamanya kurangnya masa berjumpa dan tekanan kewangan. Selain itu, bermula campur tangan antara bakal ibu mertua dan adik beradik suami ketika itu.

Mungkin khilaf aku, kerana aku telah memuatnaik gambar freehair ku di Instagram Story tetapi ketika itu aku buat closed friend. Silapnya aku, aku add closed friend aku iaitu adik beradik perempuan suamiku.

Bermula dari itu, iparku mula memerli ku di laman sosial mereka dan bakal ibu mertuaku ketika itu mula memerliku di status Whatsapp.

Suamiku pada ketika itu menjadi tunangku menasihatkan agar terus padam gambar di IG story. Aku menurutkan kerana aku tahu mertua ku memerli ku.

Sejak peristiwa itu, aku terus berjanji takkan mengulangi kesilapan bodohku lagi. Masa berlalu berbulan, aku pernah upload gambar aku bersolat disurau lepas habis waktu kerja di status Whatsaap,

Alangkah terkejutnya aku, bakal mertuaku ketika itu lihat status ku terus dia juga buat status memerliku. Katanya begini ” Tak perlu rasa nak menonjolkan diri, untuk mengejar akhirat, takut timbul riak pulak, biarlah antara kita dengan Allah yang tahu”.

Rasa ditusuk panah yang amat mendalam. Hatiku tak salah dia tuju untuk aku setelah 2 minit aku memuatnaik gambar di surau. Dugaan apakah ini Ya Allah. Sedangkan belum lagi aku nak masuk dalam family suami ketika itu.

Aku sakit hati terus aku memadam nombor bakal ibu mertuaku, sehinggalah waktu hari perkahwinan kami, aku rasa janggal untuk memandang muka semua ahli keluarga suamiku yang iring suamiku akad nikah.

Kami nikah waktu PKP. Rasa sakit hati ni belum hilang. Ya, memaafkan boleh tapi tidak melupakan.

Setelah dua bulan aku menikah dengan suamiku, Alhamdulilah Allah berikan kami zuriat awal. Ya Aku bunting pelamin. Alhamdulilah ni yang aku tunggu2 kehadiran cahaya mata.

Sebab apa, sebab suamiku rajin bekerja lewat malam sampai aku sorang2 dirumah. Ketika itu aku duduk menyewa. Kami berdikari dan aku pun telah bekerja di tempat lain setelah kami bertunang.

Ketika aku kata pada suamiku aku mengandung dia pada mulanya tak suka, yalah sebab terlalu awal dengan ekonomi yang belum stabil.

Tapi aku yakin rezeki anak pasti ada. Tapi bila suami cakap pada adik beradiknya dan ibu mertuaku, mereka cakap “awalnya”. Responku haihh Ya Allah, apalah dorang ni fikir dan nak yaaa..

Bulan berganti, perutku makin membesar, keperluan bakal anak yang akan lihat dunia pun cukup. Alhamdulilah. Tibalah masa aku bersalin, alhamdulilah comel anakku. Anak perempuan pipi labuh.

Setelah beberapa hari aku keluar hospital anakku mengalami kuning, wajah anakku berubah kulit dari putih merah2 ke hitaman, yela sebab kuning kan.

Suamiku pernah menghantar gambar anakku kepada ibu mertua ku, ku fikir responnya positif rupanya mertuaku membalas wasap “dulu masa ko kecik2 putih gebu, ni kok anaknya hitam”.

Aku dalam keadaan pantang hanya mampu diam dan menangis. Sedih aku bila anak yang aku lahirkan dikutuk sebegitu, tak tahu la aku niatnya bergurau ke apa, cuma aku sedih.

Lepas je aku habis pantang dan mula bekerja aku tetap bagi anakku susu badan. Alhamdulilah susu meriah dan tiap kali pam mesti penuh. Rezeki anak aku.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, telah berlaku perselisihan faham antaraku dan suami.

Kami bergaduh teruk tetapi suami melibatkan orang tuanya sedangkan aku sikit pun tidak libatkan orang tuaku, sifat suamiku itu membuatkan aku sakit hati dan aku nekad juga untuk melibatkan orang tuaku,

esoknya datang la orang tuaku kerumah mertuaku dan bertanya apa mereka tak puas hati dengan aku. Orang tuaku datang hanya untuk memberi support terhadapku dan suamiku ketika itu mencabarku.

Berlaku pergaduhan antara dua belah pihak antara keluargaku dan keluarga mentua membuatkan, aku dan suami tidak bertegur sapa antara keluarga mertua dan ipar duai.

Selama 4 bulan lamanya, aku dan suami tidak menjejakkan kaki ke rumah mertua ku. Suamiku sudah memohon maaf ketika itu.

Allah Maha Kuasa ketika nenek suamiku sakit dan meninggal dunia, dari situ la aku dan suami mula bertegur sapa pada orang tua suami dan adik beradiknya yang lain disaat aku menziarahi arwah neneknya yang sudah meninggal.

Setelah daritu hubungan beransur pulih tetapi takde rapat mana. Aku mula melawat mertuaku disetiap weekend walaupun tak dilayan sangat. Walaupun aku tahu adik beradik suamiku kurang bercakap denganku tapi aku abaikan saja lagi2 kakak kepada suamiku.

Kakak kepada suamiku sangat rapat kepada mertuaku, yelah rumah bersebelahan saja. Apalah sangat kami ni, dengan tak berharta hanya makan gaji sahaja. Tapi takpe la sikit pun aku tak kisah.

Aku sentiasa menasihatkan suamiku supaya tidak termakan budi kakaknya dan birasku yang kerap membelanja adik beradiknya yang lain.

Biar kita tak join makan besar keluarga mertuaku, asalkan kita tahu malu dan kemudian hari biar susahnya kami takde la sindiran yang kami hadapi lagi.

Walaupun aku tahu mertuaku dan adik beradik suamiku tidak menyukai ku, aku berbuat biasa, orang kata alah bisa tegal biasa.

Aku selalu mempositifkan diriku bahawa kakak ipar dan ibu mertuaku masih lagi ada anak perempuan yang belum lagi berkahwin. Biarlah Allah sahaja yang menunjukkan semuanya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, di suatu pagi yang mengejutkan, kakak iparku telah menghubungi ku melalui dalam Whatsaapp, katanya ingin datang ke rumah sewa kami kerana ada hal penting, aku pun membalas ok.

Datangnya kakak iparku dan menceritakan hal segalanya. Baru kutahu adik iparku mengandung diluar nikah dan saat ini sudah sarat. Berderau darahku.

Hal ni aku sudah tahu lama sejak dari perubahan badan dan adik iparku pernah menghantar anak ku kerumah sewa ku setelah diambil di tempat asuhan. Aku perasan dari bajunya yang tersingkap dan nampak perut yang memboyot.

Kakak iparku meminta tolong untuk membawa adik nya ke klinik dengan mengumpannya untuk datang kerumahku ambik barang anakku untuk dihantar tempat asuhan.

Setelah datangnya adik iparku, aku bertanya soal baby diperutnya dan aku mengajaknya untuk ke klinik. Alangkah terkejutnya adik ipar ku menunggu hari nak bersalin. Allahurabbi.

Saat daritu, aku terus menghubungi ibu mertuaku dan kata yang sebenarnya walaupun telah dihalang oleh kakak iparku kerana taknak ibu mertuaku terkejut.

Layanan ibu mertuaku tak seteruk dulu setelah meninggalnya arwah nenek suamiku. Aku tidak dipulaukan lagi. Kakak iparku sangat memarahi ku kerana bertindak di luar rancangannya. Tapi aku tak heran, aku fikir baby dalam kandungan bukan adik iparku.

Pada mulanya orang tua suamiku tidak sangka hal sebegini, tapi aku yakin ni ujian untuk mereka. Lama2 mertuaku settlekan hal bersalin anaknya dan mengahwininya dengan cepat.

Walaupun aku dan suami ku mampu tolong dari segi yang asas sahaja tapi ni jelah kami mampu dari wang ringgit.

Alhamdulilah adik ipar dan suaminya selamat dinikahkan, resepsi diadakan secara sederhana. Bulan berganti bulan dan anaknya pun sudah besar.

Terbongkar rahsia aib keluarga ni di pengetahuan birasku apabila pakcik2 suamiku yang lain bertanya mengenai hal adik suamiku.

Dan salah satu pakcik suamiku telah menyebut namaku kepada birasku, Allah berlaku lagi pergaduhan besar antara suami, aku dan beradiknya yang lain sambil membalas status Whatsaapps.

Antaranya status yang dituju seperti face shaming diriku, body shaming, seolah2 menyalahkan aku yang bersalah kerana membongkar rahsia aib ni dengan membelakangkan mertuaku.

Aku ketika itu sangat buntu, aku mampu menanya kepada makcik suamiku yang bekerja diklinik bagaimana prosedur untuk handle kes begini dan aku pun telah meminta makcik ku untuk merahsiakan hal ini.

Tapi kakak ipar dan adik beradik semuanya salah sangka, siapalah aku untuk menyuruh pakcik & makcik suamiku untuk menutup lubang, lambat laun orang akan bertanya dan menyoal.

Mungkin aku yang salah berkata sebegini tapi jauh disudut hati aku tiada niat nak membuka aib siapa2 termasuk ahli keluarga sendiri.

Hanya Allah sahaja yang lebih tahu dan kita tak boleh nak puaskan hati semuaorang.

Ketika ini orang tua suamiku tidak ada disini kerana ada urusan diluar negara. Aku tahu orang tua mertuaku tahu akan hal tersebar ni tapi tunggu sahaja mereka balik baru suamiku akan menerangkan segalanya.

Untuk adik beradik suamiku yang telah menghina mencercaku di status whatssapp mu aku telah memaafkan tapi tidak mudah aku melupakan. Semoga kalian mendapat hidayah.

Suamiku Ahmad menunggu masa bertenang untuk berjumpa kakaknya dan terangkan hal ni tanpa dengar dari sebelah pihak.

Untuk Pakcik dan birasku yang telah menyebut namaku, aku tidak meyalahkan kalian mungkin kita hanya berkongsi kepada isteri tapi disalaherti.

Aku dan suamiku redha apa yang jadi dan mungkin ada hikmahnya. Untuk adik iparku yang aku sudah tolong, aku ikhlaskan semuanya.

Walaupun abangmu tidak berharta seperti yang lain hanya tenaga dan masa mampu dia kerahkan buat mu. Kerana buruk baik adik dan keluarganya, dia tetap sayang kalian. Mungkin ni dah bahagian kami.

Untuk sepupu2 suamiku yang telah bertanya soalan jelek terhadap suami ku sama ada bahagia atau tidak dengan aku, usahlah kalian memasuki campur urusan kami rumah tangga, jaga lah urusan rumah tangga kalian.

Diamku terhadap keluarga suami bukan kerna benci, tapi kerana memilih untuk berhati2 agar yang membenciku tidak lagi menyakiti. Allah Maha Mengetahui setiap isi hatinya hambanya.

Untuk yang mengeji dan mengumpat ku, aku maafkan kalian tapi jangan la kalian seperti topeng yang bermuka2 untuk mengetahui hal hidupku.

Semoga Allah memberikan hidayah kepada kalian. InshaAllah doakan aku dan suami kuat untuk menempuh dugaan ni walaupu kami tahu kami akan dipulaukan sekali lagi mungkin lagi lama.

Kepada kalian yang membaca kisah ini, bumi ini bulat, kita tak selalu diatas. Dunia ini sementara. Doakan saya dan suami kuat dan jodoh kami panjang hingga akhir hayat dan ke syurga. Sekian

– Aleya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *