Aku ada anak kecil autism. Masa checkup jumpa Dr, aku saja tanya dekat Dr anak aku ada ADHD juga ke?
Aku saja tanya walaupun aku sendiri tak tahu ADHD tu apa.
Masa Dr tu listkan tanda-tanda ADHD, aku sengih sorang-sorang. Sebab tanda-tanda yang dia sebut tu boleh kata semua ada dekat aku.
Balik checkup tu aku terus buat further research dan masa tu baru aku tahu kebanyakan rakyat malaysia salah faham tentang masalah mental ADHD.
Ramai ingat ADHD ni hiperaktif. Lincah ke sana sini. Buas. Kerja nak bergerak je.
Hakikatnya ADHD sebenarnya ialah: Attention Deficit Hyperactivity Disorder
Attention deficit ni erti kata lain ialah ada masalah fokus & tumpuan.
Masa ni aku terus throwback sepanjang hidup aku dari kecil berapa ramai yang selalu kata aku blur. Otak mengelamun. Dan seangkatan.
.
.
Attention deficit pada pengidap ADHD ni secara tak langsung boleh kacau executive function mereka untuk berfungsi dengan baik.
Untuk korang faham peranan executive function, elok aku cerita sikit apa yang berlaku dalam hidup aku.
Masa degree dulu, course aku engineering. Tapi aku kerap tuang kuliah. Masa yang ada aku guna untuk perkara yang aku tengah minat masa tu iaitu blogging.
Jadi aku belajar melalui google cara bina blog wordpress. Cara buat duit dari blog. Teknik marketing SEO. Dan macam-macam lagi.
Korang nampak tak masalah dia?
Student normal akan fokus kepada priority mereka iaitu subjek engineering.
Disebabkan masalah ADHD aku ni, aku pilih untuk fokus belajar benda lain yang bukan priority.
Aku grad cukup-cukup makan je. Lepas grad pulak, aku tak cuba cari kerja pun.
Aku spend masa nak dekat setahun untuk bina fb page di mana lepas follower dah capai 20k, mula ramai yang inbox untuk pengiklanan di page aku.
Waktu aku start tu aku tak tahu pun apa yang aku buat tu boleh mendatangkan duit. Tapi aku saja buat sebab minat walaupun takde income.
Income aku masa baru grad tu hanya depends dari blog adsense yang aku ada sahaja. Ratus ratus je sebulan. Ada bulan yang ok, paling kuat pun RM1500. Nothing to proud.
Nampak tak masalah aku? Aku terlalu fokus kepada minat berbanding priority iaitu gaji yang stabil sebagai engineer.
Disebabkan masalah kekurangan dopamine dan executive dysfunction tadi. Pengidap ADHD biasanya akan ada isu..
1) Masalah motivasi. Takde goal dalam hidup.
2) Tak pandai pilih priority.
3) Kesukaran untuk mulakan & habiskan kerja.
4) Mudah ketagih game (sebab senang dapat dopamine) dan tak pedulikan hal lain.
.
Fast forward. Alhamdulillah sekarang aku ada seorang isteri dan seorang staf yang banyak membantu kelemahan aku.
Wife aku tolong uruskan hal finance macam sediakan quotation. Followup payment. Bayar semua bill.
Di mana masa aku uruskan dulu, banyak projek yang aku terlepas sebab aku ambil masa yang sangat lama untuk sediakan quotation.
Sediakan quotation tu nampak macam mudah kan? Sebab korang normal.
Tapi untuk kami yang ada masalah ADHD, banyak kali kami tak boleh nak buat sesuatu walaupun kami betul-betul nak buat perkara tersebut.
Seolah-olah macam ada dinding halimunan yang memghalang kami dari bertindak.
Priority aku yang sepatutnya sediakan quotation aku tak buat. Tapi aku guna masa aku untuk belajar pasal benda baru lain yang aku tengah minat. Aku gagal dalam menyusun priority.
Dulu aku selalu rasa diri aku ni tak guna. Pemalas. Loser. Dan macam-macam. Sehingga aku berdamai dengan diri aku dan pilih untuk bekerjasama dengan mereka yang boleh jadi pelengkap kepada kelemahan aku.
Orang ADHD ni biasanya akan ada masalah untuk mulakan sesuatu. Jadi biasanya staf aku yang akan mulakan dulu. Aku just tolong edit, adjust, dan improvise lepas dia dah mulakan.
Cuma yang aku agak kecewa dengan diri aku bila lihat kenalan-kenalan normal aku boleh capai income rm20-30k sebulan.
Aku masih di takuk RM7k-RM10k sebulan walaupun skill yang aku ada sama seperti mereka.
Tapi bila aku fikir aku sendiri ada masalah kesihatan mental ADHD, di mana ada hari aku taknak langsung buat kerja, hilang semangat nak berkerja macam tu je. Aku bersyukur sangat aku masih mampu dapat RM7k-10k sebulan kerja sendiri.
.
.
Sekali lalu, penghidap ADHD ni memang nampak macam pemalas dan loser.
Tapi bila aku faham pasal ADHD, baru aku nampak yang orang malas ni pilih untuk taknak buat sesuatu kerja.
Adhd pula nak buat kerja tu. Tapi tak buat sebab mereka rasa benda tu terlalu berat untuk dimulakan.
.
.
Jadi sekarang ni aku ada persoalan yang menarik.
Selalukan dekat sini kita baca confession suami biawak hidup.
Macam mana kalau suami korang tu bukannya pemalas. Tapi dia macam tu sebab ADHD?
Aku pernah dengar ada satu suami ni pandai repair aircond. Tapi pemalas. Masa takde job dia lepak je dekat rumah. Tak berusaha pun untuk cari job. Si isteri memang stress lah kan.
Sampai lah satu masa, si isteri decide untuk buatkan marketing dan uruskan booking customer yang nak repair aircond.
Sejak tu, hari-hari si suami ada job aircond untuk dibuat. Terus nampak macam suami yang rajin sebab hari-hari ada job.
Actually. Si suami tadi bukan pemalas. Tapi orang ADHD memang ada masalah untuk susun priority. Dan mereka ada masalah untuk buat kerja yang dia rasa berat,tak minat, atau terlalu membosankan.
Kalau suami korang ADHD, korang kena terima dia umpama satu puzzle yang tak lengkap. Koranglah yang kena jadi pelengkap kepada puzzle tadi.
.
.
Suami yang ada masalah ADHD ni jugak, kadang-kadang akan struggle bila hilang kerja atau sumber pendapatan.
Macam-macam yang akan bermain di fikiran mereka hingga mereka tak tahu nak susun priority.
Akibatnya mereka akan jadi pasif, depress, dan memanjang tidur seperti beruang yang berhibernasi.
Kalau bangun pun mereka main game dan tengok movie. Tak kisah hal lain. Mereka macam tu sebab mereka tak tahu nak mula dari mana.
Dalam situasi macam ni, wife la yang kena main peranan. Kalau rasa suami perlu dapatkan kerja baru, korang sebagai isteri boleh tolong buat resume, hantar ke jobstreet dan tolong applykan di mana-mana company yang korang rasa sesuai.
Tak perlu serabutkan suami ADHD dengan pelbagai benda ketika dia tengah kusut dan depress. Biar tugas dia attend interview sahaja.
Kalau korang wife yang takde pendidikan tinggi dan tak pandai guna laptop. Jangan jadikan itu alasan.
Percayalah, suami yang ada ADHD, seumur hidup mereka terpaksa fight dengan diri sendiri. Mereka sentiasa bertarung dengan emosi sendiri supaya mampu upgrade kehidupan family.
Tak salah pun kalau anda sebagai isteri turut sama-sama upgrade diri. Belajar skill-skill yang boleh bantu cover kelemahan suami anda yang ADHD.
Bagi saya..
Di belakang seorang suami ADHD yang berjaya, adanya isteri yang melengkapi dirinya.
Dan di belakang seorang suami ADHD yang gagal, adanya isteri yang gagal melengkapi dirinya.
P/s: Itu kalau suami ADHD. Kalau suami memang betul pemalas, elok pulangkan je.
– Jon Travolta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
bagaimana pula jika si suami isteri yg ada penyakit tu?