Assalamualaikum semua. Saya cuma nak minta pandangan dan doa dari semua. Saya dan suami sudah berumahtangga hampir 5 tahun dan belum dikurniakan cahaya mata, Alhamdulillah.
Terlalu banyak nikmat lain Allah dah bagi yang patut saya syukuri dalam hidup ni. Dikurniakan suami yang bertangungjawab dan kehidupan yang selesa setakat ni.
Sebelum tu saya nak yang membaca ni baca dengan hati yang tenang dan dapat bagi pendapat dan idea pada saya. Saya cuma tengah buntu. Diharap tiada kecaman yaa. Moga kita dapat terus menjadi orang yang positif & berlapang dada dengan setiap ujian.
Bukan la niat saya untuk membuka aib & mengeluh. Kisahnya suami saya merupakan anak sulung. Dan mempunyai seorang adik perempuan yang sudah berkahwin.
Setakat ni saya tiada masaalah yang besar dengan mil. Cuma banyak keadaan yang menimbulkan prasangka dan saya jadi seorang yang suka memendam perasaan.
Saya dapat rasa yang mil susah nak lepaskan anaknya dan memahami yang kami sudah berkahwin dan ada cara dan kehidupan sendiri… Mil banyak masuk cmpur dalam setiap urusan kami.
Saya tak nak cerita hal-hal yang macam mana sebab terlalu banyak. Mil akan kawal & buat keputusan untuk anak -anaknya.
Atas sebab rasa hormat pada mil semua tu saya dan suami boleh sabar dan terima lagi sebab bila keadaan tu berlaku saya banyak berbincang dengan suami. Suami banyak bertolak ansur dengan saya dan cuba untuk selesaikan bersama.
Tapi tidak pada mil. Bagi mil bila keadaan banyak menyebelahinya. Mil akan rasa yang anak nya tak akan sesekali bantah dan akan follow rentak dan cara hidup nya.
Dia akan cakap cara nya adalah yang terbaik dan bangga diri seolah dia pandai mendidik anak dan menjaga anak nya sehabis baik.
Mil selalu ambil kesempatan dari kepatuhan anak nya tanpa memikirkan perasaan menantu. Hak bersuara menantu kurang didengari dan dipersetujui.
Saya dan suami tinggal jauh dari mil. Syukur kami jauh kalau duduk serumah mungkin saya akan lebih stress. Kami akan balik kampung bila ade cuti.
Awal kahwin dulu mil kerap wassap dengan ankanye bertanya khabar dan bagi arahan itu dan ini. Berkongsi cerita dan masaalah bersama mereka. Terus terang saya cakap masa ni saya sedikit terganggu sebab baru kahwin kan tapi kami cuba adapt dengan keadaan tu.
Saya selalu baca jugak conversation mereka bila berwassap. Dari situ saya dapat kenal karakter dan latar belakang keluarga dari ape yang mereka kongsikan. Saya jugak cuba untuk faham mungkin mil rindu anak nya yang jauh dan perlu sokongan…
Memang tak jadi masalah untuk saya sebab saya pun selalu berhubung dengan keluarga saya tapi beza nya untuk mil berhubung yang macam mana? Sekerap mungkin?
Perlu kah semua nya mil perlu masuk campur dan pertikai? Seolah anak nya tu masih kecil tak boleh buat keputusan sendiri?.
Hubungan mil dengan anaknya memangg rapat dan sering berkongsi. Tapi makin lama saya perhati bila mil twrlalu rapat dengan anak nya telah effect privacy saya dan suami. Sekarang mil dan fil kerap anak nya…
Kadang saya jadi hairan. Hampir setiap hari akan call. Start kerap call ni sejak awal pkp dulu. Bila suami start kerja dari rumah (wfh)…. Bila suami lebih banyak masa di rumah mil mula kerap call. Walaupun suami tengah buat kerja.
Yes tak jadi masalah pun sebab masing- masing free kan sebab (wfh) termasuk saya. Tapi makin lama jadi macam tak best pulak. Bila ada masa suami sibuk dan tak angkat call walau sehari. Akan banyak la miscall tanpa henti dari pihak sana.
Keluarga mil akan pertikai dan wassap persoalkan kenapa tak angkat call? Pergi mana tak angkat call? Panic nya seolah macam takut ada perkara buruk yang berlaku. Macam fikir saya ni tak tahu nak jaga suami mungkin segalanya perlu di update pada mereka kot ye.
Padahal baru semalam dah call dan berborak. Call dan tanya keadaan suami… Saya cuba untuk faham keakraban family suami. Tapi kalau dah setiap hari call saya jugak terfikir mungkinkah sebab kami belum ada anak jadi mil fikir hidup kami sangat bosan dan tak bahagia?
Padahal semuanya baik2 je…. Atau tak percaya yang saya boleh menjaga anaknya dengan baik? Saya faham perasaan suami. Sampai suami pun pening tak tau nak terang kan dekat mereka takut hati mereka terguris. Kadang sengaja tak nak angkat call bila kami tengah in privacy.
Kalau dah penat dengan kerja seharian mesti kami nak juga ada our time rehat borak-borak bersama…Tapi bila ada call dari sana mood saya akan hilang dan rasa rimas sangat… Sampai hari ni mil call hampir setiap hari. Weekend pun sama tak kira waktu.
Saya pernah tanya suami berkenaan hal ni. Kenapa sejak akhir2 ni kerap call hampir tiap hari. Ada hal penting ke.
Kalau call weekend tu saya boleh lagi terima ye…. Saya faham suami dah lama tak balik kampung sebab sekatan pkp ni. Tapi memang perlu ke call tiap hari. Atau saya yang memang salah anggap?
Mungkin yang tak berada dalam situasi saya tak kan faham. Saya tak pernah sesekali mahu suami lupakan parents. Cuma suami susah nak berterus terang dengan mil supaya mereka lebih faham kehidupan selepas anak nya berkahwin. Suami lebih banyak menurut sahaja.
Saya yang duduk serumah faham keadaan suami yang penat balik dari kerja. Belum sempat duduk balik dari kerja dah call. Kesian suami.
Baru habis solat kami nak mengaji dah call. Time kami nak makan dah call. Kadang suami penat tidur awal pun call dan risau fon tak di angkat padahal suami lena dibuai mimpi.
Saya kadang rasa nak hempas fon sebab geram. Entah la ape yang dirisaukan tu tak bertempat sebab baru lagi call semalam nye. J
ujurnya nya saya bukan jenis yang rapat dan sekepala dengan mertua tapi hubungan saya dan mil fil ok je bila berjumpa kami borak apa yang perlu sahaja. Cuma tak rapat.
Saya memang tak contact keluarga mil. Sebab mereka lebih suka melayan anak2 nya berborak dari menantu lagipun saya dan mil bukan dari negeri yang sama mungkin sedikit sebanyak beza dari segi adat dan cara hidup.
Memang tak on untuk borak panjang. Saya lebih suka jadi diri sendiri dan buat hal sendiri. Selagi anak nya sihat dan dijaga baik makan minum semuanya saya rasa tak perlu saya nak contact untuk update segalanya kan.
Mil dan fil masih sihat dan aktif, berjiwa muda. Masih lagi enjoy dengan life. Suka shopping dan berhibur. Bukan ada sakit sampai kena call tiap hari.
Saya tahu tanggungjawab anak untuk mak ayah. Suami tak pernah abaikan mereka pun. Cukup dari segi belanja nafkah dan masa memang suami ambil berat tentang mereka . Cuma saya tak faham keadaan yang memang perlu call hari2.
Adakah perkara ni normal ye? Sebab saya rasa sangat terganggu. Saya masih bersabar sebab hal ni tidaklah terlalu besar tapi jika dibiarkan berterusan saya tahu kami akan berterusan di kawal.
Mohon semua bagi pandangan dan pendapat adakah salah saya berfikiran macam ni? Perlukah saya berterus terang dengan mil atau terus sabar berlapang dada.
Cara pendekatan yang macam mana yang saya boleh buat supaya saya boleh menegur tapi pada masa yang sama masih menghormati mereka dan tiada yang akan terasa sampai effect hubungan antara mil saya dan suami?
Terima kasih…
– Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit