Assalamualaikum dan terima kasih admin jika sudi siarkan artikel ini. Aku minta maaf kalau confesion aku terlampau panjang, Cuma aku harap jika ada yang sudi baca sampai habis dan beri nasihat kepada aku yang baru kahwin ni.
Aku Yaz, lewat 20-an, baru 2 tahun setengah berkahwin, belum dikurniakan rezeki anak lagi, suami tua daripada aku. Aku kerja dalam sector awam, lelaku aku boleh kata freelance dalam sector swasta, work from home, bila ada isu baru pergi pejabat.
Dalam perkahwinan ni, aku n suami pernah dan selalu bergaduh besar, suami pernah balik kampung sendiri tanpa memberitahu aku dan meninggalkan aku, dua-dua belah keluarga juga pernah berbincang hala tuju kami, hampir bercerai tapi tak jadi.
Isunya adalah dari kekhilafan diri kedua-dua aku dan suami, tapi masing-masing meminta maaf kerana mengenangkan rumah tangga yang masih baru.
Setelah bergaduh, aku dan maybe suami cuba mencari kemanisan rumah tanga tapi betullah, bila once the damage is done, agak susah untuk melupakan. Isu yang sama kerap kerap sangat berulang semula. Tapi aku still fight utk perkahwinan yang masih baharu ini.
Apa yang aku Nampak dalam rumah tangga aku ni, aku dan suami susah nak berkomunikasi, bagi tau apa yang aku dan dia tak suka dekat masing-masing, apa yang diharapkan dan minta maaf kepada masing-masing. Aku jenis suka memendam perasaan di rumah dan di tempat kerja.
Aku punya tahap kesabaran agak tinggi. Cuma ada limit. Kalau aku tak suka something, aku suka pendam dan ignore it for the sake of, aku tak suka bergaduh.
Sebab aku rasa diri aku ni ada sedikit baran, kalau aku mula bersuara, aku akan jadi emosi, suka menjerit-jerit, dan cakap benda yang kurang ajar dan tak sepatutnya aku cakap.
Jadi aku dah train diri aku untuk cuba bersabar dari zaman uni lagi. Cumanya aku punya limit kalau meletup, The damage is very big. Kalau aku tak berapa berkenan dengan habit suami aku ni, aku macam biasalah, aku suka pendam dan ignore.
Just bebel dalam hati. Aku jarang membebel dengan suami aku ni. Boleh kata, sebulan, sekali saja la aku bebel2. Tu pun end up, kalau aku cakap lebih-lebih, boleh jadi gaduh besar. So, aku malas n penat nak bebel2.
Laki aku punya perangai pula, pun suka memendam perasaan apa yang dia tak puas hati kat aku, and bila dah sampai limit, dia suka memencilkan diri dia dalam bilik dia, kunci and tak bagi aku masuk. Aku pula jenis, kena tengok dia hari-hari, ye la sebab suami kita kan?
Dia okay ke? Cukup makan ke? Cukup tidur ke? Bila dia memencilkan diri tu, bila dia kunci, aku jadi stress dan cuba berbincang dari luar.
Malangnya, dia selalu ignore aku berhari hari dan membuatkan aku makin stress. Whatsapp pun tak direply. Bila aku stress, aku end up akan jadi baran, emosi, menjerit-jerit dan dsbnya seperti aku cakap sebelum ni. Purata dia pencilkan diri ni boleh kata atleast, sebulan sekali.
Kadang2 sebulan 2,3 kali. Penat wey nak hadap. Kerja stress, balik rumah pun stress. Kadang2 aku rasa bila aku drive pegi kerja tu mcm nak eksiden saja biar aku mati senang.
Kadang2 aku tengok tv, husband and wife makan together, borak2 depan tv, sejujurnya, aku hanya dapat tu masa beberapa bulan kahwin.
Selebihnya, aku makan depan tv sorang, dia duduk la memencilkan diri. Aku ingat bila kawin dapat la husband utk dengar borak2 hari, ni…. Masa couple dulu lagi banyak borak dari kawin.
So, isunya di sini, sebab selalu bergaduh benda yang sama kan, aku tau la apa yang dia tak puas hati kat aku:
1) Aku Malas buat Kerja rumah – Dia kata aku selalu tak masak dan tak kemas rumah.
Defense aku: aku hampir setiap hari cuba masak brekfes dan dinner dan kemas rumah selagi aku mampu dan tak penat. Purata aku masak tu boleh kata 4 hari masak, 3 hari tak masak. Tak kemas rumah; aku kemas rumah bila aku tak penat saja, usually di hujung minggu sahaja.
Tapi saki baki aku masak dekat dapur, aku sentiasa kemas bila aku selesai masak, Cuma sapu dan mop tak sebab aku penat.
Makanan dalam food cover ada beberapa kali aku tak sempat buang, pernah la aku tak buang dalam 2 hari. Sebenarnya, dia yang tak acknowledge aku buat kerja rumah.
Dia yang buat2 tak Nampak. Aku pun tak faham, dia nak bini yang 24 hours duduk rumah buat kerja kot. Aku pernah cakap la dalam agama, ni sebernarnya tanggunjawab suami. Tapi sebagai toleransi dan request dari suami, aku boleh buat. Cuma aku ni pun takda la seperfect mana.
Boleh la buat sekadar aku larat. Especially kemas rumah. Aku cakap sekali sekala, tolong la sekali mengemas. Dia kata wey, dia tak nak buat sebab tu bukan kerja dia, tu kerja aku. Kadang2 aku memang rasa nak marah… tapi kena sabar.
Haihhh.. Bila aku sibuk2 kemas mop, sapu, susun2 tu nanti dia lepak la dalam bilik dia tu. Kalau ada mood kadang2 saja la dia tolong (especially lepas aku mengamuk), tapi selalunya aku buat sorang2.
2) Syak wasangka terhadap aku – Dia kata aku tak sayang dia, dia Dia Nampak aku terbeban dengan tanggungjawab aku sebagai isteri. Tak percaya aku dengan kerja aku.
Aku rasa dia fikir aku ada skandal, sebab masa awal gaduh yang hampir bercerai dulu, dia cakap kat bapak aku, yang aku ada skandal. Bila bapak aku minta bukti, dia takde.
Defense aku:
1) Aku sayang sangat kat dia sebab dia suami aku, bila dia pencilkan diri tu, aku selalu sedih n stress. Dalam kereta pegi balik tempat kerja aku mesti nangis. Nak tidur nangis.
Kalau aku berfikir pasal cerai, aku cuba fikir balik memori2 manis2 psl aku dn dia. Dah la baru kahwin. Aku sayang sangat kat dia (mesti korang bengang baca statement ni).
2) Terbeban? Terbeban tu memang ya. Aku pergi kerja drive 40 minit, hadap jem. Balik kalau masa tak elok, aku kadang2 stuck jem 1.5 jam, kadang2 pernah 2++ jam. Bila aku balik, aku memang ada rasa sedikit terbeban sebab nak masak, n nak kemas rumah sebab penat.
Tu tak campur bila kadang2 aku pening n bedenyut2 stress bila balik dari tempat kerja. Laki aku plak, jenis tak suka frozen food. Makan kena fresh, so its either, aku masak atau beli grab.
3) Skandal? Demi Allah, aku takde skandal langsung. Hidup aku pergi kerja, balik kerja, lunch pun dengan kawan-kawan kerja, ada la kadang2 kawan lelaki join tapi just lunch n work buddy.
Cuma nature kerja aku ni adalah berjumpa dan berkerja dengan orang ramai. 2-3 outstation dalam sebulan perkara biasa. Terpaksa call/whatsapp atas dasar kerja.
3) Aku lebihkan kerja daripada dia – Aku terpaksa lebihkan kerja sebab takde choice. Kalaulah aku ni boleh diberi pilihan utk memilih kerja, bolehla aku blah dari kerja macamni.
Ingat aku ni tak penat n stress ke dengan kerja aku. Aku pun manusia, bukan robot, nak la rehat2 family time. Ini tak, kerja sector awam kan. Boss kau tak kasi kau pindah, kau melawan lebih2 kang kena tatatertib.
Timeframe aku yang masih baru kerja ni pun susah nak mintak tukar. Ko rasa? Tu la, orang (dan aku juga dulu laaa haha) ingat kerja sector awam ni goyang kaki saja. Sekali kauuuuu, penat otak buat kerja mcm ni wey.
Ini bukan kerja sector swasta, kau berenti, esok ko bukak jobstreet. Kerja tempat aku ni memang penat dan orangnya sikit, Nak tak nak, terpaksa hadap2, lagi2 aku baru kerja dalam 1.7 tahun.
Nak suruh tukar orang pergi outstation, orang lain pun kena outstation serentak di tempat2 berbeza. Sapa lagi yang ada? Ini pun dah ok sikit la aku tak bawak kerja balik rumah.
Masa PKP dulu, tu lagi gila, pegi pagi, balik malam, esok pagi kena pegi kerja balik, malam raya pun ada meeting, balik rumah lepas mandi pun kena buka laptop, tiba2 kena pegi outstaion. Aku terpaksa berkorban.
Semua orang dalam tempat tu terpaksa berkorban. Punya la stress masa tu sampai hampir bercerai jugakla ktorang. Sekarang ni plak kalau aku kena pergi outstation yang tak boleh bawak dia (terpaksa share bilik, n kena naik flight dll lah), dia terus palaukan aku. Teris badmood.
Macam tak izinkan aku lah nak pergi. Aku tersepit wey. Kalau aku tak pergi, aku nak bagi alasan apa? Sekarang boleh la. Next week? The next next week? Next month? Nak hadap perangai2 tempat kerja aku tu? Laki aku tak rasa, aku yang rasa.
Nanti bila aku dekat outstation tu, dia tak tanya punlah aku ok tak, da makan ke belum. dekat mana… Da kena palau kan. Padahal bini dia tu. Aku saja yang sebok share aku dekat sini sana sebab aku tau batas aku. Aku tak nak dia fikir bukan2.
Isu aku dekat laki aku plak:
1) Dia tak dapat tolerate dengan kepenatan aku.
2) Dia syak wasangka dekat aku.
3) Dia tak suka berbincang kalau ada apa-apa isu.
And…….
4) Dia tak dapat terima kerja aku. – dia pernah suruh aku berhenti kerja. Bapak aku tanya, dia boleh ke sara aku, dia cakap, dia tak mampu, coz gaji dia sekiansekian.
Korang rasa? Aku mati hidup balik pun, gaji laki tinggi mana pun, aku takkan berhenti kerja. Aku punya susah nak dapat kerja ni.
Aku dari kecil memang bersemangat tinggi nak capat cita-cita aku. Sekarang bila da dapat, aku nak bla begitu sahaja? Dia compare orang lain yang kerja sector awam dengan diri aku. Dia macam compare apple dengan orange plak?
Dia ingat pengalaman semua orang sama ke? Dulu masa awal gaduh, bapak aku pernah tanya dia, dia boleh tak hadap kerja aku ni sampai bila-bila, n nampak tak future dia terpaksa berkorban aku dengan kerja aku.
Sebab bapak aku ni pun kerja macam aku, so dia cerita la pengorbanan mak aku dulu, dan semua benda yang dia akan terpaksa hadap la nanti.
Dia kata, sejujurnya, dia tak boleh hidup selama-lamanya mcm ni. Masa tu lah, aku punya sedih, tak terungkap dengan kata-kata wey. Penat aku nangis.
The 1 person that I love so much actually doesn’t support me. Dia tak nampak utk hidup dengan aku hanya disebabkan kerja dan cita-cita aku.
Masa couple dulu… i support you whatever you gonna be la.. Aku pun happy laaa dapat future husband yang paham cita-cita aku…. Lepas dah kawin boleh plak dia buat u turn. Apo.
Tapi betulla orang cakap, bila tidur sebantal, baru kita tau buruk baik pasangan masing2. And over the time, people might change.
5) Dia ada sedikit kedekut dan berkira dalam duit. – kadang2 bila aku penat, aku order grab utk kita 2. Dia jarang nak hulur jugak weh.
Pernah aku mengamuk meradang meroyan2 gila2 hari tu baru la dia bagi aku rm500 konon nak cover semuanyalah. Kalau tak non hado.
Bila aku tanya share la sikit, dia selalu jawab, dalam peti sejuk tu semua barang masak ada, you saja yang tak nak masak, so you la kena bayar. OMG STRESS.
Dia assume aku PEMALAS nak masak wey. Padahal ya Allah, kalau la dia boleh duduk di tempat aku, dia boleh rasa betapa tak laratnya aku nak buat kerja rumah.
Dia plak bukan nak makan bodoh2 mi goring nasi goring. Nak berlauk, nak sedap2. Kalau tak sedap tu, marah2 dekat aku, terus tak nak makan.
Aku malas nak gaduh, aku diam saja lah. Itu pun sama juga la kalau aku ajak jalan2, sebab aku yang ajak, makan A-Z, aku yang kena keluarkan duit. Aku pun kadang2 nak gak la makan sedap, nandos ke Kenny ke.
Kalau aku bawak dia, memag aku kena bayar triple price. Baik aku pegi lunch kat ofis. At least bayar asing2.
Aku punya duit pun banyak habis dekat grab, nak save tu pun sikit bolehla.. TNB, air, dia bayar. Coway, Netflix aku bayar. Barang dapur? Beli barang rumah, cabinet, peti sejuk, langsir whatsoever Kita share.
Kenapa share2 ea? Sebab aku tak pernah amik tau gaji dia berapa, Cuma aku tau gaji dia tak banyak, so aku share-share sebab aku tak nak bebankan dia. Baru kahwin jugak kan, banyak benda kena beli.
Kadang2 orang opis aku perasan tau, bila aku kena balik lewat, aku cakap nak singgah mcd before balik nak tapau for me n my husband la.
And orang tanya, why not your husband that tapao foods for you? Sekarang ni lagi lawak. Hari tu aku g kerja lupa tutup aircond sampai tengahhari. Dia mesej aku, soh aku bayar letrik bulan ni sebab aku cuai. Astaga.
Aku tak kisah langsung part keluar2 duit ni, tapi dia punya berkira tu… aku rasa macam nak jerit.
6) Dia jarang minta maaf dan pujuk aku. – Dah la tak boleh bawak bincang, pastu aku plak yang kena minta maaf. Selagi aku tak minta maaf, selagi tu la dia palaukan aku.
Aku ni plak tak suka hidup dalam keadaan stress. Aku malas so aku mintak saja la maaf. Lagi pun syurga di bawah telapak kaki suami. Tapi benda2 yang dia tak puas hati tu…,aku tak boleh cakap aku takkan ulanginya semula. So nanti itula ulang2 saja gaduhnya.
So… itu lah isunya. Aku nak meluahkan dekat sini saja sebab aku tak dapat nak luahkan dekat kawan2 dan family sebab aku tak nak dorang risau semula.
Kadang2 aku terfikir, kenapa lah aku sibuk nak kawin. Kan bagus kalau aku jalan2, travel2 ke, kenal orang then kawin saja la lambat.
Sebenarnya laki aku ni masa boyfren lagi dah ada banyak red flags. Tapi cinta itu buta, sekarang la baru aku Nampak. Padan muka aku hahaha….
Tbh dia memang laki yang baik, tak curang, tak pukul memukul tu semua memang takda, cakap jerit2 tu bila dia tak tahan saja, kalau tengah tak gaduh tu okay saja, boleh la gelak2, tengok wayang2, jalan2.
Cuma tak gaduh tu purata dia bila total agak2 7 hari saja dalam sebulan haha. Kalau gaduh…. Fuhh.. Kadang2 dekat ofis pun aku mengantuk n tak dapat focus nak buat kerja sebab dah banyak sangat nangis hari2 dalam kete. Balik umah pulak dah penat pasal kerja.
Lepas isyak tu aku selalu dah terbaring dah, baru nak tengok tiktok, tengok twitter. Laki aku pulak macam tak suka tengok aku main hp…
Risau aku borak dengan skandal ke apa tah malas aku nak fikir. Aku pula boring kadang2 tengok televisyen. Tiktok la best. Huhu… Aku pun for sure ada khilaf aku, yang kemas rumah masak tu memang aku akui aku memang sometimes tak larat.
And maybe ada la khilaf lain ke pasal aku, yang laki aku saja yang nampak. Yang tu laki aku la kena menaip dalam ni baru nampak adil utk korang nilai.
So… kalau readers dapat memberikan komen mcmmana aku nak hadap benda ni boleh la tinggalkan komen.. aku mohon doa dari semua jika aku dapat selamatkan perkahwinan aku yang masih baharu ni. Terima kasih semua….
Thanks admin dapat siarkan… sesungguhnya aku stress stress stressssssss.
– Yaz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit