Aku Suka Bini Orang

Salam semua. Korang boleh tolong aku tak? Aku purposely create account FB sebab kawan aku suggest hantar confession kat sini. Aku dah cuba tanya chatgpt, cuma jawapan aku nak dari POV manusia pula. Sebab aku buntu & macam orang tak betul.

Tahun lepas aku ada join new company, lepastu team aku ada 1 perempuan (dah berkahwin & anak 2). Kitorang 1 team for sales & marketing. So mostly we communicate for work related only.

Makin lama kan, aku tak tahu la kenapa aku makin suka kat dia. Nanti aku cerita kenapa aku suka kat dia. Tapi aku tahu dia dah berkahwin, cuma nya dia bukan macam perempuan lain yang suka update banyak benda. Dia dengan hidup dia. Dia memang lain.

Kalau orang tak kenal dia, orang ingat dia anak dara baru umur 20-an, tapi actually dia lagi tua dari aku dah, nak dekat 40. Tapi kalau kau compare dia dengan perempuan umur dia kat office tu, dia memang jauh beza comel.

Kau bayang dia buat sales, bosses cina pun suka dia. Tapi dia tak gedik, bukan jenis lentok2. Tapi dia ada aura.

Kenapa aku suka dia, sebab dia always positive, dia tak ada follow cerita rumah tangga orang, dia tak tengok drama kat tv, aku tanya dia balik kerja buat apa, dia cakap layan family.

Tapi dia modern mom, sebab aku pernah tengok gambar dia dalam satu akaun IG yang perempuan sekarang dok buat pillates tu, ha dia buat benda tu. Tapi bukan dia yang upload, pillates tu yang upload gambar dia. Masa tu aku rasa aku ni macam da tak betul sebab stalk dia punya aktiviti.

Ada lagi benda gila aku buat, aku follow dia setiap hari sampai kat guardhouse without her knowing. Tak tahu kenapa aku buat benda tu. Sebab aku nak rasa dia selamat. Tapi mesti korang nak cakap suami dia kan ada?

Surprisingly, aku tak pernah nampak laki dia. Cuma dia cakap laki dia ada je. And dia tak pernah burukkan/aibkan laki dia. Contoh kalau ada potluck company, orang puji la dia masak sedap, nanti dia cakap “Oh my husband masak, I tolong sikit2 je”.

Ada lagi benda bodoh aku buat, masa tu aku tanya dia “eh cuti u g mana”. Dia cakap nak staycation dengan family dia. Bawak anak2 tengok pantai. Aku pura2 tanya “eh hotel mana”. Pastu dia cakap ala dekat2 sini and dia cakap la nama hotel tu.

And aku punya trigger nak stalk hidup dia, aku g book the same hotel sebab aku nak stalk hidup dia and nak tahu suami dia.

Pastu kan, masa hari kat hotel, aku nampak dia dengan anak anak dia je. Husband dia tak ada pun. Pergi swimming pool pun dengan anak-anak. Pergi pantai pun dengan anak-anak. Tapi dia tak tau aku ada kat situ tengah stalk dia. Hari tu aku macam fikir mana laki dia ni.

Pastu hari nak checkout, dia pulangkan kunci, sorang2 ye. Anak-anak dia elok je kat lobby. Dia angkat luggage, angkat stroller, memang independent and aku salute. Sebab dia masih cantik, bukan pakai tudung sarung, anak-anak elok, dia pun comel je.

Hari tu ada few families checkout juga. Compare dengan wife orang lain, memang jauh beza. Dia tak perlu bantuan orang, tak perlu princess treatment tapi dia cantik.

So aku pun ingatkan dia ni single mom ke kan. Aku tanya dia “husband u mana”. Then dia cakap “oh ada je”. That’s it. And aku cuba korek lagi. Then dia banyak cerita yang show kebaikan husband dia. Tak tahu kenapa aku rasa macam jealous. Hahahaha.

Ok habis cerita pasal part dia, aku nak cerita satu lagi benda paling bodoh & tak bermaruah yang aku buat. Aku confess kat dia aku suka dia. Ye aku confess. And dia cakap dia wife orang and tak minat aku. And dia macam start ada gap dengan aku.

Dulu as team mate yang selalu brainstorm ideas sama sama. Pastu lepas aku confess terus macam strangers. Hmm. And cerita aku confess kat dia tak ada orang tahu. Dia remain dia, tak akan cerita banyak, tak suka cerita hal orang. Tapi aku macam terasa gila and aku resign.

Aku cuba delete dia dalam memori aku. Tapi susah. Sebab dia lain. Aku cuba cari gf. Tapi tak macam dia. Aku macam orang bodoh sekarang ni berharap update hal hidup dia. Tapi dia bukan kaki update. Dia pun dah block aku.

Aku keep tanya ex colleagues aku pasal dia. Sampai ex colleagues aku syak aku ni ada apa apa perasaan ke kat dia. Sebab aku rasa macam hari2 meratap. Tak pernah aku sebodoh ni sebab perempuan.

Padahal dia tak ada buat apa apa pun kat aku, batas pun dia jaga. Tak ada act of service bagi aku apa apa. Tapi aku je macam tak nak move on.

Korang ada suggestion tak nak move on? Aku nak lapangkan hati aku dengar nasihat korang. Please..

– Abang Salesman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *