Aku Suka Budak Tapi Tak Nak Anak

Semua perempuan mesti ada sifat keibuan kan?? Tak kira kecik ke besar sebab tu dari kecik main dengan patung. Itulah yang orang kata kat aku.

Aku, Biru (nama samaran) umur 20 lebih, bujang tapi tak available hehe. Aku straight to point jela ni bukan confession kisah sondol ke curang ke gossip ke. Aku tak nak ada anak.

Aku diagnosed MDD masa umur aku betul-betul masuk 20 tahun. Dapat ubat, ubat tak jalan sebab aku dah telan macam-macam ubat untuk tak bangun tidur eh last last bangun jugak. Cuba macam cara tapi masih hidup untuk tulis confession ni Alhamdulillah.

Aku rasa aku ada MDD ni dari umur aku 7 tahun. Aku selalu main sorang-sorang kat tadika pun sorang-sorang and aku ada masalah lambat lepas pampers tapi dipaksa gak so banyak kali jadi kes and jadi bahan kat tadika.

Kat rumah pun aku selalu main sorang-sorang cakap dengan patung sorang-sorang. Aku ada abang, Tapi bila main dia main dengan kawan-kawan or sepupu dia tak bagi join. Kadang – kadang je la join.

Sebab nak ikut rentak diorang aku jadi tomboy ganas so masa sekolah rendah pun tak banyak kawan. Banyak gaduh je.

Masa kecik aku banyak kali fikir aku nak tidur sampai bila-bila tak nak bangun. Masa umur aku 9 tahun aku cakap apa yang aku fikir ni kat family aku diorang kata tu maknanya nak mati. Time tu aku cam oh yeke.

Fast forward ke time besar la kan kat universiti ada ramai kawan ramai kenal tapi nak kata in contact tu boleh kata kosong.

Sahabat? Tak ada kot. Huhu aku jenis kalau aku terbuat silap sikit dengan sapa-sapa aku jauhkan diri.

Aku rasa jijik and bodoh kat diri sendiri ada orang sudi and baik habis nak kawan dengan kau kau buat silap, kau annoying kau try hard, kau tak cukup cantik, tak cukup baik, kau useless, diorang tu terpaksa kawan dengan kau.

Even dengan family aku aku rasa diorang ni terpaksa je jaga aku walaupun aku cuba untuk jadi anak yang baik tapi tetap tak berguna,

Tak cukup macam anak jiran mak Leha dah kahwin anak 4, anak makcik aku jadi lawyer beli tanah padahal sebaya aku emas sendiri pon kemetot je. Nak bagi mak bapak setakat 100 sebulan je apelah sangat.

Berbalik pada tajuk, aku tak nak ada anak. Masa kecik-kecik mak bapak aku cerai, aku dan abang ikut ayah kawin dengan mak tiri, dapat 3 orang adik. Adik first aku dapat masa 9 tahun.

Of course aku kena jaga sebab perempuan. Mula-mula excited dapat adik lama-lama bila tau kena jaga and banyak hal aku jadi serabut baran.

Even ada bibik pun aku still serabut. Dengan belajarnya aku kalau periksa apa-apa dapat B kena marah kena rotan. Abang aku tak apa dapat aku tak boleh aku perempuan kena pandai.

Aku jenis baran kalau diorang nangis ke apa buat hal ke apa aku marah aku naik tangan. Tu silap aku, aku lowkey, or memang dera adik-adik aku. Tak payah nak cakap ek eleh Gen Z ni kena pukul sikit lembik. Aku pukul tetap salah sebab akh pukul bukan nak didik tapi sebab marah.

Bila dah besar sikit kurang baran and dah tak ada naik tangan dah. Aku jadi suka main dengan budak-budak kecik. Aku suka pegang baby.

Aku dengan adik-adik aku pun makin okay cuma diorang dah besar sikit so lowkey awkward. Kalau sedara mara datang diorang nak makan ke berbual ke apa aku lah yang tengok anak-anak diorang.

Aku sedar aku tak nak anak bila dah besar and jumpa banyak budak-budak. Walaupun budak lagi, diorang ni cerita macam-macam. Kat rumah tak happy, asyik kena marah, mak bapak lebihkan adik, kawan gaduh, kena pukul. Aku kesian dekat diorang.

Kalau aku ada anak, anak aku ada problem tak nak bagitahu aku tapi bagitahu orang lain macam mana? Dia pendam sorang macam mana? Dia depressed macam aku or lagi teruk macam mana?

Oh lupa aku tak bagitau langsung mana-mana family aku aku MDD sebab diorang kata aku bodoh. Aku self harm dari umur 13 bila nampak aku buat diorang just cakap jangan buat benda bodoh.

Aku kena diagnose pon sebab kawan-kawan paksa aku pergi jumpa counselor and doktor barulah tau aku ada MDD. Sekarang bila kawan-kawan aku bawa diri aku duduk dengan family tepulah aku. Banyak kali relapse dah.

Kalau aku ada anak relapse tak tau stress dengan aku, kesian dia. Fikir pasal kewangan lagi, kos hidup lagi tu tak payah cerita.

Tapi aku nak kahwin. Aku nak mengandung. Aku nak ada anak, main dan jaga diorang tapi aku tak nak ada anak yang terseksa sebab ketidakmampuan aku untuk buat dan jadi yang terbaik. Aku tak nak anak aku rasa apa yang aku rasa.

I don’t want to continue the generational cycle sebab aku tau aku tak mampu nak break the generational trauma yang ada.

Hidup ni roda kan aku bukanlah boleh buat the best all the time lagi masa aku relapse even diri aku pun aku tak hirau aku marah aku baran diri aku sendiri self harm, macam mana kalau aku stress dengan anak and aku pukul dia teruk.

Nauuzubillah. Tu belum aku takut badan aku tak mampu lagi or anak-anak aku sakit sebab aku self harm and then diorang dapat penyakit apa-apa sebab aku. Jangan buat kerja Tuhan? Bukan buat kerja Tuhan aku fikir aku tak nak menyeksa anak.

Berapa ramai kes anak estranged dengan ibu bapa sampai ke tua sebab makan hati sangat masa dibesarkan. Entah berapa besarnya sakit anak tu rasa sampai sanggup tinggalkan mak bapak dan yatimkan diri sendiri.

Aku tak nak ada anak-anak yang terseksa kehidupan dunia dan akhirat dia sebab aku ditakdirkan dan dijadikan sebagai ibu dia.

Ya Allah, bila aku ada anak satu hari nanti maafkanlah dia sebagaimana kau maafkan hambaMu ini.

– Biru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sama ngan sy.. sy x benci kanak-kanak cuma level toleransi terhadap kerenah kanak2 dalam keadaan sy “xstabil” menyebabkan sy rasa kalau sy blh undur masa, sy xnak anak.. bukan sebab menyampah ngan anak. Tp benci keadaan diri kita yg xboleh berfungsi sepenuhnya sebagai seorang ibu yang sihat mental fizikal. Klau confesor nk jgk anak, hadkan satu je..

  2. Semua perempuan ada sifat keibuan? Nonsense. Mesti tak pernah kes dekat luar negara yang ibu bunuh anak semdiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *