Aku Suka Dekat Wife Kawan Sejawat Aku

Aku suka dekat wife kawan sejawat aku.

Kalau aku pendam, takut aku buat betul-betul. Baik aku share. At least aku dapat buka mata hati aku.

Aku dah kahwin. Wife aku macam tomboy sikit. Suka hiking. Anak 2. Anak aku dah besar. Aku pilih wife aku dulu sebab aku suka perempuan ada prinsip macam dia. Kami berdua bekerja dalam bidang profesional.

Dalam organisasi aku ada 3 bos besar. Aku dan rakan sejawat antara 3 bos tertinggi. Staff kami lebih seribu orang. Botak kepala aku dok fikir pasal kerja. Tapi aku suka kerja aku. Mencabar!

Tapi tu la, aku tersuka wife kawan sejawat aku. Selama 17 tahun aku kahwin, rekod aku cemerlang. Means aku tak pernah curang. Ni pun aku tak curang. Cuma tu la ada taman bunga larangan dalam hati. Kenapa susah sangat nak pergi!

Wife dia sederhana. Sebelum ni berkerjaya, tapi sebab wife dia ikut rakan sejawat aku bertugas ke luar negara. Jadi dia kena resign. Balik Malaysia for good, masih jadi housewife. Sederhana tapi menarik.

Kadang dia datang office, berkebaya dengan sedikit calitan make up di muka. Nipis sahaja. Pandai berkomunikasi dan ambil hati (tu yang hati aku pun dia ambil). Ada sense of humour. Fizikalnya masih cantik walaupun sebaya wife aku 40 tahun. Very presentable!

Jarang aku bercakap dengan dia. Sebab dia lebih selesa bersembang dengan wife aku. Kadang kalau ada event jabatan. 3 wife bos ni akan datang. Dia suka cari wife aku. Masuk bilik aku sembang dengan wife aku.

Perfume dia tidak kuat tetapi cukup untuk aku hidu. Wangi. Entah agaknya dia tak notice pun aku suka curi tengok dia.

Rakan sejawat aku ni sebaya aku. Tak handsome pun. Dapat wife sejuk mata memandang. Sejuk perut sebab tiap hari wife dia masakkan bekal.

Aku dengar anak-anak dia pergi sekolah pun bawa bekal. Rajin eh dia. Anak-anak semua dia yang ajar. Setiap tahun menghadiri majlis anugerah cemerlang. Anak dia yang sulung dapat masuk ke sekolah elit SBP. 3 anak, tiga-tiga no 1 dalam kelas.

Pernah dia ajak aku pi kenduri rumah dia. Aku pi dengan wife aku. Bersih, kemas dan selesa rumah dia. Tak ada pembantu katanya. Semua wife dia urus. Rakan sejawat aku tu boleh tahan sibuk. Setiap minggu outstation. Boleh wife dia urus semua.

Satu hari aku berhenti nak beli goreng pisang tepi jalan. From nowhere tiba-tiba dia pun ada kat situ. Aku pandang dia, dan dan tu dia pandang aku. Dia tegur aku. Dia dengan anak-anak dia.

Cara dia layan anak dia tu, alahai boleh tak aku nak jadi anak dia? Suara lembut tu buat aku cair woi.

Tu la gila ke apa aku. Umur dah 45. Tiba tiba aku angau macam ni. Memang aku gile!

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

26 Comments

  1. Udah2 ler.. bini orang kot… lagi pun ko dah ada bini… Emmm perkara macam ni, ko suka sebab belum dapat… andai kalu dah dapat nanti ko akan rasa biasa2 jer…. jangan ler dengor bisikan syaiton…. ha ha.

    • Suami isteri ibarat jigsaw puzzle.kekuatan Kita untuk tutup kelemahan pasangan kita.saling melengkapi.encik nampak kelebihan wife org,sebenarnya dia pun ada kekurangan yg encik belum nampak..isteri encik ada kekurangan,encik pun..selagi kita Tak hilang apa yg ada di depan mata,Kita jarang nak hargai

  2. Ni semua gara gara nafsu campur midlife crisis. Bini orang tu helok kejadiannya sebab laki dia pandai jaga tiptop, bini happy. Kalau dapat laki macam ko ntah2 jadi sama je ngan bini ko sekarang. Makanya baiklah ko balik umah ajak bini dating ke, bercintun macam zaman muda mudi dulu, baiki mana yg boleh… puasa makan, nafsu ngan mata sekali ye. Aku rasa kalau laki dia dapat tau maunya benjol mata kau dua2

  3. Ntah la.. dah bosan ke dgn bini tu sampai boleh pandang perempuan lain. Bini org pulak tu. Sendiri yang tak jaga pandangan dgn hati.

    Cari/create la balik moment dgn bini tu. Lupa ke bini tu la yg hang dok angau jgk dulu.

  4. Aduhai. buat buat sedar diri la dah 45 tahun. Bini orang tu boleh buat semua tu sebab dia housewife. Pakcik nak gitu suruh la bini pakcik berhenti kerja. Tu pun nak kena ajar ke? ahhh stress aku baca!!!

  5. apa lagi bro, try la cucuk2 skit. confirm dapat ni. pasal dgn mmbe tu xpe boleh kawtim kan. yg penting, rezeki depan mata jangan ditolak. barang padu tuu

    • Aku dah tulis panjang2 last2 aku delete komen aku.. ko mesti ada akal fikiran yg waras kan… baik ko jgn buang masa.. layan wife ko baik2.. bawa anak2 ko n wife ko jalan2 lagi bagus.. life is short bro.. appreciate ur wife more…

    • nak appreciate apo benda nye nyah? dah kalau balik rumah tgk bini mcm jantan. barang pun xnaik. dah tiba masanya utk upgrade lebih bergetah and montok.

    • Kau jangan nak promote swinger couples kt sini ek….kalau kau Islam la.
      Baik kau banyak2 istighfar….

  6. So, ko boleh standby, takut bini kau pun sedang lelaki lain aim atau ada perasaan padanya. Amacam boleh terima? Itu analogi je. Kang datang bodoh kau pergi tanya plak bini ko. Kita sama-sama lelaki, jadi kita saling ingat-mengingati. Cerita-cerita dalam iiumc ni banyak buat aku muhasabah diri.

  7. Tak curang? Kau dah curang ni anon tapi secara mental. Mesti kau tak tahu kan curang ni bukan sekadar physical je hahaha. Lelaki bodoh kerja professional tapi takde akal

  8. awak ni suke bini org tu sbb baca confession suami dia dalam ni ke yg tajuk “Seksi yang menyeksakan”?

    hati2 lah ko kay kawan ko minat kat bini ko snediri. salah sendiri cite yg bukan2 pasal isteri dekat sini. kan dah nak kene sailang dgn kawan sendiri.

  9. kau memang gila. sedar la dari lamunan. berdosa besar. isteri orang tu. kau pun ada isteri. jangan cari pasal

  10. Biasalah tu, walaupun dah kawen, kita tetap akan ada crush kat orang lain. Isteri awak pun mcm tu jugak, ada tersuka kat orang lain.
    Cuma dia x bagitau awak dan dia x layan perasaan tu.

    Percayalah, kalau awak kahwin dengan perempuan yang housewife, lemah lembut ada suatu masa nanti awak akan tertarik pulak dengan perempuan yang jenis tomboy dan berprinsip mcm isteri awak yg skrg ni.

  11. Pernah dgr x,
    Ujian yg Allah bg klo xdtg ms muda, akn dtg ms tua… Beringat²lah bro..

  12. Bro….elok kau teruskan perasaan suka kat bini kawan hang.. tapi sebelum hang nak atoq strategi seterusnya.. elok laa pi mengaji ilmu fardu ain dulu.. mengaji bab tauhid feqah tasawwuf…

    Bukan apa risau pulak aku… Sebelum ajal menjelma ang belum kenal diri sendiri siapa

    Leoas khatam pengajian barulah hang tumpukan untuk melayan nafsu serakah hang macam mana… Nak tarik nafsu hang ke syurga or ikut nafsu hang biaq sama² kena humban dalam neraka… Good luck yaa

  13. Mula mula suka..lama lama terpikat..akhirnya skandal.
    Tuhanku, naper ko cipta lelaki ni..ambil la dia balik..

  14. A yang hanyut dan tidak bersyukur.

    Setan yang hias bini orang yang haram untuk kau jadi indah sampai kau cair.

    Salah kau pandang dan perhatikan bini orang.

    Lelaki bujang lagi suci murni bersih tak gatal nak hidu bau pompuan. Tak geletis nak jadi anak bini orang.

    Kau dah nikah dan pilih bini kau kerana prinsip.

    Jadinya sekarang kau dah bosan dengan prinsip?

    Teringin nak berbini pompuan Melayu terakhir??????? Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

    Acik ketawa tak ingat dunia baca tulisan kau

    Cara nak hilangkan gila istighfar dan bertaubat.

    STOP pandang, hidu dan perhatikan perempuan lain.

    Buat gitu pada bini sendiri yang halal.

    Dah berapa banyak janda hantar cerita depa hidup bahagia lepas bercerai.

    Sebab depa ada laki cam kau. Jenis tak bersyukur.

    Lepas cerai bini makin cantik kebabom

    Kau makin hauk. Sudah menyesal tiada guna.

    Bini kau boleh jadi lebih cantik lemah lembut dan got berkebaya. Kau yang perlu didik

    Kau gagal sebagai suami.

    Patutnya kau perhatikan amalan kawan sejawat kau apa tindak tanduk dia sampai dapat isteri begitu? Bukan perhati bini dia.

    Kami kau nak dipanggil sebagai BABI SONDOL BINI ORANG!

    TAUBAT LAH!

    • Aku percaya bini kawan ko tu mmg cantek sempurna dimata jantan2 miang macam ko. Tapi Allah itu maha pengasih lg maha penyayang. Allah tak ciptakan si cantek manis tu untuk orang sejenis ko yg entah apa2 tu. Korang tak layak dapat sesesapa pon. Mujur bini ko tu sanggup terima ko seadanya. Ada hati…… Kawan ko tu mesti menjalankan tanggungjawabnya dng kasih sayang, tu pasal bini dia bahagia sehingga dia mekar mewangi. Ko jaga bini biar mekar juga, jgn sampai ada orang lain yg sailang bini ko yg tomboy tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *