Assalamualaikum dan hai semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan confession ni.
Tujuan aku tulis confession ni sebab aku nak tanya pendapat kawan-kawan semua tentang kisah cinta monyet aku, hahahaha. Maaf kalau cerita aku ni agak panjang ye, hope kawan-kawan semua sudi baca.
Nama aku Lisa, berumur awal 20-an. Masih belajar di salah satu Ipta di Malaysia. Belum berkahwin lagi sebab kalau dah kahwin takdanya la aku nak tanya pendapat ni kan ehehhee.
Ok citer mulanya macam ni, masa 9 or 10 tahun lepas kan time tu aku masih sekolah rendah lagi. Ada sorang laki ni aku gelarkan dia sebagai M lah. M ni pindah sekolah aku masa kitorang darjah 5.
Mula-mula aku nampak dia, aku tak tahulah kenapa masa tu ada satu perasaan yang aku sendiri tak tahu nak describe macam mana. Yang pasti bukan jatuh cinta.
Masa tu aku tertanya-tanya kenapa aku rasa lain eh? Tapi aku takda jawapan. Lepas dari tu aku jadi benci dia tanpa sebab.
So nak dipendekkan cerita, kitorang ni tak rapat tiba2 masa darjah 6 kitorang jadi rapat. Dan dia ajak jumpa aku time rehat dekat belakang sekolah.
Time tu dia confess dekat aku yang dia suka aku. Dan dalam masa yang sama aku pon suka dia jugak.
Tapi aku tak terima dia pon. Sampailah dia tak datang sekolah sebab dia ada perlawanan sukan selama 2 minggu.
Dan start situ aku terima dia dan kitorang bercinta tanpa pengetahuan mak ayah. Yelaa weh budak2 lagi kot, gatal pulak tu. HAHAHAHA. Kitorang bercinta tak lama pon ada la dalam 4 bulan je pastu putus.
Sejujurnya kan, lepas kitorang putus aku tak pernah pon jatuh cinta dekat mana2 lelaki. Suka tu ada la tapi sekadar suka macam kita minat artis. Haa pastu dah tak suka dah.
Tak pernah lagi ada lelaki yang buat aku ada perasaan suka macam mana aku suka dekat dia.
Bila aku fikir balik, tak logik wei umur aku pon semakin meningkat. Bukannya belasan tahun lagi tapi aku masih ada perasaan lagi dekat dia. Seolah-olah perasaan tu tak pernah mati walaupun cinta monyet.
Aku dah penat dengan perasaan ni, bila aku cerita dekat kawan2 aku, masing-masing kata “Alaa move on jela, suka la dekat orang lain buat apa tunggu dia. Buang masa je”
Ye, aku pon sedar buang masa. Tapi susah wei aku nak move on. Aku dah buat solat istikharah banyak kali tapi aku sendiri pon tak tahu jawapannya apa.
Dan aku selalu teringat janji dia, dia kata dia nak masuk meminang aku umur 25 tahun lepas habis Universiti. Tapi tu janji time budak2 la.
Awal tahun lepas, aku ada buat story ig. Aku bukan jenis yang suka post tapi time tu aku terdetik nak post dekat story. Tiba-tiba ex aku tengok story ig aku.
Time tu ofkos la aku pelik sebab kitorang memang tak follow each other and tak penah berhubung pon lepas putus tetiba selepas 10 tahun dia tengok story aku.
Dan yang aku lagi pelik tu dia tengok story aku masa keputusan upu untuk degree keluar. Dan kebetulan pula aku share pasal kemasukan ke Universiti yang aku dapat.
Aku jarang post tapi tahla aku ada satu perasaan yang nak post jugak story tu. Tak sangka pulak dia tengok.
Masa tu aku betul-betul berharap yang aku dan dia tak akan dapat sambung degree dekat Universiti yang sama.
Dan aku masih lagi berharap sampai sekarang kami tak satu ipta yang sama sebab aku pon tak stalk dia jadi aku tak tahu apa-apa pasal diri dia.
So apa yang jadi ni buat aku rasa makin susah nak lupa kan dia, aku dilemma and aku buntu.
Jadi aku nak tanya pendapat kawan-kawan semua apa yang patut aku buat sekarang ni? Patut ke aku terus menunggu suatu benda yang tak pasti?
Maaf lah kalau cerita ni pelik lagi-lagi bercinta masa sekolah rendah. Tapi masuk je sekolah menengah aku tak ada terjebak dah dengan couple-couple ni sebab aku baru tahu couple tu haram.
Alhamdulillah sekolah agama mengajar aku untuk jadi insan yang lebih baik. Ehehehe jangan salah faham yee. Just nak tanya pendapat je. Terima kasih kerana sudi baca.
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit