Aku Suka Jadi Mak

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat semua. Memandang aku tulis ni pada hari jumaat sambil menunggu subuh.

Tadi anak aku terjaga kata lapar. Pastu dia lena balik. Termenung lah aku, sambil usap kepala anak aku ni.

Bukan kali pertama aku buat confession kat sini. Tahun 2022, aku dah meluah dengan tajuk “aku benci jadi mak”. (https://iiumc.com/aku-benci-jadi-mak/).

Tak silap aku memang ramai yang kecam daripada memahami di ruangan komen. Siap ada yang ambil confession tu dan siarkan artikel, haha.

Aku tak kisah pun. Aku terima je kritikan tu semua. Sebab memang aku confess sebab nak meluah. Nak release stress. Segala pekung di dada dan segala serabut di minda. Cara aku untuk navigate perasaan aku tu, salah satunya menulis.

So i guess. I am challenging myself to mindfully write this. To the past me, it has been two years. 5 years in total of your suffering. And you have made it. You didn’t kill yourself. You didn’t run away.

And definitely, you didn’t give up. You stay, even though letting go is easy. So i want to thank you for hanging in there.

Alhamdulillah ala kulli hal. I think i somewhat find the joy in becoming a mother. The rewarding part. Alamak jap kenapa ter english pula ni. Haha.

Disebabkan haritu aku bagi 5 sebab kenapa aku benci jadi mak, sekarang aku nak challenge diri aku untuk beri 5 sebab kenapa aku suka jadi mak. Dengan kata lain, counterattack balik sebab2 tu.

Pertama, tentang gagal. Alhamdulillah. Mungkin aku lebih tenang sekarang berbanding dahulu yang terlalu overwhelm dengan motherhood aka parenting. I set high standard, benchmark and expectatiom yang tinggi sangat untuk diri aku menjadi ‘perfect’ mother.

In the end, mana ada mak yang perfect kan. Akan ada salah silapnya. Tapi tak bermakna kita gagal. Anak aku tu kan, aku yang entah apa2 jadi mak dia ni, selalu cakap terima kasih mama, sayang mama, rindu mama, suka main dengan mama. Ya Allah, mana tak cair hati ni kan.

So i guess, it’s all in my head. Sendiri condemn dan sabotage diri sendiri. Padahal bagi anak tu, kita sentiasa ada kat sisi dia pun dah bermakna dah. Aku tak menyesal dapat besarkan anak aku depan mata. Terima kasih Allah, takdirkan hidup aku macam ni.

Kedua, tentang rasa lost. Hidup tak bermakna yang aku rasa dulu. Actually, masih ada rasa tu from time to time. Bila trigger akan down and stuff. But i do fight it.

Lost bila aku jauh dengan Allah sebenarnya. Aku tak redha dengan takdir Allah atur lagi masa tu, dengan kehilangan orang tersayang dan kehadiran orang baru. Terkebil-kebil lagi nak jaga dan besarkan anak sorang2. Reality hits hard.

Memang aku takde masa untuk proses apa yang jadi. Hidup sebab belum mati je. But hey, we all went through that phase kan? Bila kita jatuh lemas hilang sesesatnya. Baru lah, kita jumpa apa yang kita cari di dasar lautan.

Nasib baik Allah sayang aku lagi, betul, Allah uji tanda sayang. Lepas ujian baru nampak hikmahNya. Moga Allah terus bimbing hati kita semua dan beri jalan keluar daripada segala masalah.

Ketiga, tentang rasa serba salah. Semua salah aku kalau anak buat perangai. Ni aku masih lagi rasa juga. Cuma aku ketepikan perasaan tu. Anak memang amanah yang Allah titipkan. Serta anugerah.

Kita sebagai ibu dan bapa hanya mampu buat yang termampu je untuk didik dia. Apa yang dia nak jadi, apa yang dia nak buat nanti, bukan dalam kawalan kita dah. Setakat mana je kita boleh kawal kan?

Hanya mampu ikhtiar dan doa agar anak kita jadi anak yang soleh. Sungguh tak tertanggung jika asyik rasa risau dan serba salah jika anak tak seperti acuan apa yang kita nak.

Aku buang segala ugutan yang mengatakan anak aku akan jadi macam tu macam ni, sebab aku buat macam tu macam ni pada dia. Nanti dibalas balik, dendam dan sebagainya.

Kerana, benda masa hadapan siapa yang tahu. Sebab akibat yang tak semestinya seiringan. Aku hanya mampu tawakkal. Sungguh tak tahu lama mana lagi pun hidup, bila2 je boleh mati. Anak aku siap faham dah bila mati masuk kubur, dia cakap nanti rindu.

Aku memang selalu heart to heart talk macam ni dengan anak, sebab aku tak nak dia terkilan hilang aku, seperti aku terkilan hilang mak aku. Memang aku minta maaf siap2 segala salah silap aku pada dia. Aku harap dia dapat doakan aku nanti. InsyaAllah

Keempat, tentang takut. Point lebih kurang sama macam yang di atas. We just don’t know what the future holds for us. Serahkan pada Allah je urusan tu. Sebab kita tak mampu tanggung segala risau, serba salah dan takut tu. #notetoself

Kelima, haha ni point paling best kot. Ramai kritik aku tang ni. Sebab aku wish nak jadi single balik. Cakap aku ni tak bersyukur.

Orang lain ramai lagi nak cari partner dan tunggu zuriat. Moga Allah mudahkan urusan korong tau untuk jumpa jodoh dan direzekikan anak. Maaf lah aku tak stabil sangat masa tu.

Jujur cakap memang aku kurang me time dulu, stuck dalam rumah je jaga anak. Aku nampak best kawan2 single aku boleh ke sana sini tanpa minta izin suami, tanpa fikir anak. Fasa adaptasi lagi daripada single to married, wife to mom, and carefree to commitment.

Guess what, i had my days finally. Solo hike and solo trip! Alhamdulillah suami aku memahami dan izinkan. Dia yang take turn jaga anak. Walaupun kejap je, tapi bermakna sangat.

Kadang aku fikir aku tak deserve semua tu, sebab aku housewife je kan, tugas jaga anak dan jaga rumah. Tu jobscope aku. Suami dah kerja cari rezeki kan, so aku patut jadi supporter dia lah.

Tapi memang aku tak mampu jadi okayy je memanjang. Memang akan burn out. Mood swings. Stuck in the same place, doing the same routine.

So, aku cuba banyak hobi baru, at least ada something i can work on rather than fokus jaga anak je kan. Asah skill sikit2. Buat craft. Journalling. Exercise and more! So many to explore really.

In a nutshell, it’s a hate and love relationship. Motherhood. Ada time benci, ada time suka. Turun naik. Macam hidup jugalah bagai roda kan. Tapi tu lah yang mewarnai kehidupan, aku memang jenis mak yang macam ni kot. Transparent.

Aku memang tak boleh nak sorok perasaan aku. Kalau aku marah, memang marah. Kalau suka, memang suka. Kalau benci, memang benci. Kalau sayang, memang sayang.

Wanita dan perasaan. Itulah kelemahannya dan itu jugalah kekuatannya. Maaf tau bahasa aku banyak rojak pula dalam confession kali ni. Terima kasih jika ada yang sudi baca sampai habis.

Doakan yang baik2 ye. Anak aku yang sulung tu bakal jadi abang dah lepas ni. Dia suka tu nak dapat adik, ada kawan.

Mamanya senyum ajalah. Nervous nak repeat balik the whole process, dari mengandung, melahirkan dan menyusu huhu. Doakan ye moga aku lebih tenang dan stabil ini kali. Tak nak dah ulang kesilapan dulu.

Itu sahaja untuk coretan kali ini. Dah masuk subuh dah. Gerak dulu. Wassalam.

– Mak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *