Aku Suka Lelaki Jahat

Statement ni pernah buat aku bergaduh dengan mak aku.

Mak cakap, “orang lain semua doa nak jodoh yang baik-baik, tetiba kau nak yang jahat pulak, guna akal tu dulu sebelum bercakap”.

Aku tak nafi mungkin 99.9% perempuan dalam dunia ni idamkan jodoh yang baik. Tapi aku tak.

Aku sendiri pun bukanlah perempuan yang baik. Dan disebabkan aku sedar diri, aku nak someone yang sekufu / sama level untuk jadi jodoh aku.

Bila sebut lelaki jahat, mesti orang akan fikir lelaki tu teruk, tak layak dijadikan suami, kena elak dari dibuat menantu, dll.

Tapi…

Macam mana pulak dengan lelaki jahat yang akhirnya berubah jadi baik dan even lebih baik daripada orang yang memang dari dulu lagi baik?

Lelaki yang jahat dimasa lalunya tak sama dengan lelaki yang tak pernah terjebak dengan kejahatan.

Sometimes, orang jahat ni dah puas hidup dengan segala benda yang pernah bagi dia keseronokkan dulu.

So, dia decide nak berubah and tak berminat dah untuk terlibat dengan perkara-perkara jahat tu lagi.

Kiranya, dia dah cuci tangan dari hidup lama dan ready bina untuk life baru yang lebih baik.

“Lelaki jahat” yang macam tu lah yang aku nak.

Bagi aku, lebih baik dapat jodoh yang dulunya jahat tapi akhirnya dia berubah jadi baik. Berbanding dapat someone yang mula-mula je baik, end up berubah 360 darjah.

Prinsip aku adalah ; pengakhiran seseorang itu lebih penting dari permulaannya.

Jahatlah macam mana sekalipun, aku tetap takkan tinggalkan dia once aku dah sayang. Syaratnya, dia dah berubah.

Kalau baik boleh jadi jahat, takkan jahat tak boleh jadi baik?

Kawan aku dulunya seorang yang sangat suka mainkan hati perempuan, sekali bercinta sangkut 4 5 6 orang sekaligus.

Ada yang hampir gila kena game dengan dia. Lepas kahwin, dia sangat setia pada wife dia.

Someone pernah tanya dia, “kau tak rasa nak ada yang kedua ke?”

Dia cakap, “aku dah puas jadi buaya dulu. Tak best pun, serabut. Sekarang wife aku adalah segalanya bagi aku.

Skills aku untuk jadi player and sweet talker dulu aku gunakan untuk bahagiakan wife aku. Bezanya, dulu main-main sekarang aku ikhlas”.

– Cik Black (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Xtahu kenapa ada org nk gembira byk komen mcm ni. Hidup ni putaran hidup, mmg la u bileh bertaubat lepas buat jahat tapi x semestinya apa yg lelaki tu buat x kn berbalik kepada keturunan dia, kena kat anak perempuan dia baru dia rasa kali… tolong jangan sweet talk atas kesengsaraan org lain.

  2. bnyak tngok drama melayu ko ni dik. sbb tk kahwin lg mmg semua boleh dik nnt dh kahwin nnt dtg balik citer sini.

  3. klau die berubah tapi tk minta maaf kat perempuan² yg die pernah mainkan dan minta dieorg redha… kau kena bersedia bila kifarah tu dtg ke kau atau anak² kau

    • Sokong! Perbuatan jahat tu datang dgn balasan. Ada nikmat2 Allah tarik nanti. Tak kena kat diri kena kt anak cucu.

      Dah dapat suami jahat pastu nak doa pulak “semoga zuriat keturunanku tidak mengikut perangai suamiku semasa dia jahil dulu”, begitu ka tt?

      Takda yg baik suci dari dosa. Kita semua sama, tapi doa la yg baik2.

  4. Hiduplah dialam realiti bukan dalam fantasi. Keluar dari angan2 mat jenin kau. Kurangkan dari membaca cerita 2 yang tak berpijak dibumi nyata. Kesian juga kat kau ni.

  5. cakap senang la dik, jangan lupa bukan nk mintak la tapi ada kemungkinan sampai masa tahap lelaki akan diuji dia akan ulang balik apa yang dia pernah buat dulu. bersedialah untuk kemungkinan tersebut

  6. ni perbualan taboo masyarakat.. sy suka je luahan camni kat iium sbb kita takleh share pendapat kita kat public, kan..

    I ok je dgn confessor, itu pilihan awak.. menunjukkan awak seorang yg positif.. tak ramai yg boleh terima pendapat macam ni.. yg mana cakap lelaki jahat dapat balasan itu kemudian cerita la kan.. itu antara laki tu dan Tuhan..

    cuma satu je dalam kepala otak sy.. bila dia berubah ke arah kebaikan tu camne nak sure dia tak u-turn balik in the future.. hurm…risau juga.. anyway, all the best to u..

  7. Mcmna pula klu lelaki tu dpt penyakit spt aids, syphilis dll akibat buat jahat? Tapi skrg dia dah baik kan…

  8. Dik, lelaki ke perempuan ke klu dah berubah klu dah bertaubat org xpanggil jahat dah, dah jd org baik dah… Ko nak yg jahat ko boleh cri perompak ke pencuri ke penangih ke… Ko skrg sedap la berdoa sakan nak org jahat, dah dapat hri2 singgah penampar kat muka tu bru tau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *