Aku Sunyi

Aku Sunyi

Awal sekali maaf kalau panjang. Aku taktau nak luah di mana. Kawan2 aku tak ramai. In fact aku rasa aku tak ada kawan pun. Sorang je yg masih contact aku. Yg ni je aku anggap kawan tapi kadang2 tgh2 rancak msg mesti hilang tapi dia ni still akan whatsapp aku tny khabar. Kawan lain aku lain, kdg aku whatsapp tny2 khabar, reply2 then hilang.

Kadang aku saja2 je msg2 kawan2 baik masa U. Ada yg reply, ada yg tak. Yg reply kdg tu satu dua je reply, then hilang. Ye la tak penting pun. Nak kata time tak kena. Aku msg masa malam, masa weekend. Kalau masa kerja jarang aku whatsapp. Sbb aku sendiri pun busy dengan anak2. Aku surirumah je. Sunyi kadang2 tu. Aku faham. Masing2 dah ada life sendiri. Kadang nampak dorg post whatsapp story lunch dengan kawan2 baru dorg. Aku faham. Aku maybe dah tak tergolong dalam range “kawan baik”.

Yela dulu baik la sebab hari2 jumpa. Skrg dah tak jumpa. Tapi tula. Aku rajin je msg tny khabar. Tak de la hari2. Kadang 2 3 minggu sekali. Aku bukan clingy. Cuma kadang rasa nak someone else nak sembang. Bila lama dah tak jumpa kan dah banyak terlepas moment2 dalam hidup kawan kita, so bila nak sembang jadi tak reti. Sebab tu kadang aku cuba jugak msg, sbb nak tau perkembangan kawan2. Dorg kdg tak berapa post kat fb atau ig. Tapi tula. Kdg aku seronok sembang2, tiba2 pihak sana reply “hahaha” je. Bukan sekali. Banyak kali. Kdg aku teruskan reply jgk. Tapi krik krik je. Lama2 kecik hati. Nampak aku je beria. Ye la. Dorg dah ada kawan baru.

So aku cuba cari new cycle of friend. Since aku surirumah, payah sikit la. Tapi aku ada je online business, so aku ada group2 on9 business tu. Mostly dalam group ada jugak surirumah selain bekerja, single, kahwin. Kadang2 ada jugak dorg borak2. Aku menyelit selalu. Tapi mostly krik krik. Ada kdg aku tanya soalan pasal produk atau persoalan customer, tapi takde yg reply. Tapi bila next person tanya soalan, ramai je reply.

Nak kata aku ni tak pernah participate dalam perbualan dorg atau pertanyaan org lain sebelum ni mustahil lah. Sebab kan aku sunyi, seboleh2 aku nak sembang. So mostly mmg muka aku la dalam group tu. Tapi takde la sampai tahap annoying desperate aku sembang2 dalam tu. Gelak haha hihi huhu je. Kdg2 mengusik. Tapi bila time aku, semua diam. Padahal soalan dari customer dan product. By right dorg mesti ada jugak la pengalaman tips on how to handle soalan customer ke kan. Org tak suka aku ke? Sebab bukan sekali. Banyak kali.

Jenis aku, mmg akan cerita A to Z kalau org tanya soalan apa2 pun. Kdg aku jadi rujukan jugak utk kawan2 yg nak tau itu ini pasal random thing, pasal anak, pasal produk apa2 yg aku pernah guna. Panjang lebar aku jawab soalan dorg, tapi dorg xreply pun. Bukan sorang. Tapi 2 3 org buat aku gitu. Kdg aku pikir, korg tanya aku soalan, tapi end up xreply pun lepas aku jawab. At least THANK YOU atau OK pun dah takpe. Ni senyap. Tapi online je. Aku tak penting ke bg korg? Yela maybe tak penting pun, tapi tak layakkah aku dapat layanan yg ok2 dari korg? Bukan suruh sembah kaki pun. Kdg dorg yg msg aku dlu. Tanya khabar kononnya, dh aku reply, tny khabar dorg and apa2, dorg xreply dah.

Taktau la. Aku yg sensitif lebih atau mmg normal benda ni eh? Sbb aku tgh tahap lonely gila. Bukan aku mengharapkan kawan2 layan aku mcm puteri raja. Cuma kdg aku nak jugak ada kwn2 yg nak sembang2 dengan aku. Even tak selalu. Bukan aku harap 24/7 msg aku atau reply msg aku. TAK. Aku just nak ada org yg aku boleh msg bila mana ada benda bodoh aku terbuat, aku nak ada org utk aku cerita and gelak2 sekali. And aku nak kalau ada jumpa benda2 menarik fakta ke apa ke, kejadian apa2 ke yg aku jumpa on the net, aku nak ada org utk aku share. Aku nak cerita kalau anak aku sakit, aku nak cerita kat someone pasal kucing aku, aku just nak someone utk aku ajak lepak gebang2 sembang2 gelak2 macam dulu2. Skrg aku xde kawan weh. Tak jumpa pun xpe. Dalam whatsapp pun xpe.

Husband? Ye ada. Tapi trust me tak sama. Aku bukanlah tak boleh hidup takde kawan. Boleh je. In fact aku dari dulu mmg xramai kawan. Tapi you know, when you havent exposed urself to the crowd for so long, lama2 mesti akan ada perasaan sunyi tu. Aku tahu maybe akan ada yang komen “aku pun surirumah, aku ok je kawan dgn anak2 and husband”. Yes ure lucky girl. Sbb maybe you got friends before this. Aku before kahwin pun kawan sendu. Berapa kerat je ada. Dah kahwin hilang terus.

Kadang aku selalu ada perasaan yg org tak suka aku. For example, aku baru kahwin dulu, aku rasa adik beradik husband aku tak suka aku. Yela… Dah la duduk rumah mertua, xkerja. Hmm. Kdg bila dorg kumpul2 ramai2, aku dtg nak join terus senyap. Kdg mak sedara husband aku dtg, aku salam pun dorg tak tengok muka. Kenapa eh org tak suka aku? Aku suka berkawan. Sumpah tak tipu. Kawan aku lapar, tapi dia demam tak larat keluar, aku call delivery makanan utk dia. Even masa tu aku kat KL, dia kat kampung. Kawan aku teringin nak beli vaseline pink tu, tapi watson kat kampung aku selalu habis masa dia pegi. Aku beli and poslaju kat dia.

Dia nak foundation aku, tapi code dia selalu beli habis kat kampung. Aku beli bawak balik. Mostly aku tak mintak bayar pun. Aku ikhlas. Aku bukan lesbian. Cuma aku sayang kawan2 aku. Sangat2. Btw bukan dengan kawan je aku mcam ni. Dengan adik beradik and family aku pun aku mcm ni. Aku tak boleh adik atau kakak aku atau mak aku teringin something. Aku akan usaha dapatka utk dorg. Sama juga utk husband aku. Dia teringin beli jam tangan yang boleh track health tu. Tapi belum gaji. Aku belikan surprise utk dia. Kdg ipar2 aku nak ke mana2, xde siapa jaga anak dorg. Aku offerkan diri. Aku happy bila dorg happy dan senang hati

Aku taktau kenapa. Aku suka bila tengok org happy. Dan sumpah. Aku tak pernah harapkan balasan apa2. Kecuali terima aku as kawan/isteri/family itu je. Aku berniaga makanan online jugak, kdg aku bagi makanan lebih buat customer aku. Sebab aku suka bila dorg happy dan puas hati dengan servis aku. Aku suka serve org. Aku suka berkorban utk org. Aku xtau kenapa aku macam ni. End up aku sedih sorg2. Sbb bila aku need help or someone just to talk to. Nobody’s there for me. Except my husband.

Memang now hidup aku dengan anak2 and husband 24/7. Husband aku kerja. Balik dia dah penat. I’m just lonely…

– Pinky Lady

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit