Salam, aku Iman (bukan nama sebenar) berumur lewat 20an dan telah berkahwin, anak satu.
Alhamdulillah.. Aku merupakan graduan salah satu universiti terkemuka di Malaysia dan selepas graduate terus layak beerkerja di dalam bidang profesional selama hampir 3 tahun.
Aku dikurniakan anak pra matang yang selalu sakit semasa aku berkerja dan pekerjaanku tak membenarkan aku ambil cuti kerja sesuka hati kerana shift dan susah cari orang ganti.
Sebagai ibu muda hati mana yang tak risau meninggalkan anak kecil yang selalu tidak sihat.
Satu hari, aku ambil ikhtiar dengan berhenti kerja kerana lebih utamakan anakku. Waktu itu anakku belum lagi mencecah setahun. Selepas itu, aku dan anakku berpindah ke negeri jiran rumah mertuaku mngikut suamiku berkerja.
Ini adalah pengalaman pertamaku duduk sekali dengan keluarga mertua yang mempunyai anak seramai 13 orang. Duduk sekali serumah, dan rumahnya besar sekali, cukup bilik utk semua siap tandas.
Family in law memang baik lebih2 lagi ibu mertuaku. Yang menjadi masalah ku adalah perlu melayan 1001 perangai adik2 iparku. Untuk maklumat, suamiku anak pertama dan dia sahaja yang baru berkahwin.
Ye memang rumah ni ramai orang, tapi aku tetap tiada kawan kerana tiada yang sekepala dengan aku. Nak sewa luar, mahal belum mampu.
Aku pon sudah beberapa kali interview kerja tapi belum ada rezeki. Mungkin Allah nak bagi peluang aku jaga anak aku.
Saban hari, aku makan hati sendiri kerana tiada tempat meluah. Buat hal sendiri walaupon ada juga hari2 aku bersembang dengan mereka tetapi mereka juga selesa bergaul antara mereka.
Aku cuba ambil hati mertuaku mengemas, memasak, menyapu dan sebagainya.
Tetapi tiada yang menghargai (maksud aku adik2 iparku). Mereka sahaja bangun dah tengah hari, tapi biarlah rumah mereka. Kadang2 aku macam fed up membasuh pinggan yang tak kesudahan sebab ramai orang. Kebanyakan mereka makan tinggal.
Satu hal lagi, bab makan mereka suka berebut sebab yelah ramai orang kan. Suka sangat dengki anakku yang kadang2 menangis.
Aku pulak nak mengemas memasak terbantut. Geram pon ada. Dengki berebut makanan. Aku tak suka semua itu sebab aku tak ajar anak aku meminta.
Entahlah.. Aku penat nak hadap ramai orang. Pada aku walau baik macam mana pon orang tu pada kita. Orang luar tetap orang luar.
Sebelum ni aku mengadu pada suamiku sekadar bercerita bukan memburukkan benda yang tak benar. Sebelum ni, dia boleh terima sampailah satu hari dia menangkan adik2 nya. Aku menangis sebab aku percayakan dia untuk aku meluah.
Takkan nak beritahu ibuku, aku bukan suka buka cerita pada yang tak berkenaan.
Kini, baru aku sedar.. Buat baik ada hadnya jangan sampai dipijak. Nak bercerita juga ada hadnya kerana kita juga akan di judge orang walaupon suami sendiri sebab dia kata aku fikir diri sendiri je betul.
Takpelah, mulai harini. Aku kena cekalkan hati yang hidup berumah tangga tak selalunya indah bila ada orang yang ketiga (family sendiri).
Doakan aku semoga dapat kerja yang bagus dan baik untuk aku dan anakku. Bile dah ada duit, bolehlah menyewa sendiri. Akan ku usahakan untuk ketenangan jiwa aku sendiri.
Satu lagi, tabiat family in law dan suamiku kuat main game. Kadang2 ibu mertua di dapur dibiarkan sahaja. Lebih rela menghabiskan masa bermain game.
Aku tak tertahan tengok itu. Orang suka main game ni kadang2 susah dibawa bincang. Aku pon tak tahulah ayat aku meluah tak tentu harap pembaca fahamlah apa yang ingin disampaikan.
– Iman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit