Aku Vaginismus Survivor

Assalamualaikum semua. First thing first, perkongsian ini adalah membuka minda pembaca mengenai penyakit ini. Ia bukan lucah dan tujuan aku berkongsi adalah untuk membantu sahabat yang senasib dengan aku di luar sana.

Mungkin ada yang pernah baca/dengar mengenai penyakit vaginismus. Aku yakin dan pasti ramai juga yang tak pernah dengar pasal penyakit ni. Kenapa aku cakap macam tu? sebab tak ramai pesakit yang sudi berkongsi masalah ini kepada Dr apatah lagi kepada orang sekeliling.

Vaginismus ni adalah kendala atau kegagalan penetrasi v*gina. Mudah cerita adalah z*kar lelaki susah/tak boleh langsung masuk ke dalam v*gina. Ya, sudah berkahwin tetapi masih lagi dara.

Aku baru sahaja berkahwin dalam 6 bulan. Walaupun baru tapi aku pelik kenapa aku masih belum berjaya berhubungan badan dengan suami aku. Bukan aku tak nak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri tetapi keadaan aku yang tidak mengizinkan.

Waktu sebulan perkahwinan memang aku murung dan stress memikirkan apa masalahnya. Aku dan suami berpendapat mungkin aku kurang rileks. Pergi lah bercuti hotel yang mewah untuk menenangkan pemikiran dan tubuh badan, but still masalah tidak selesai.

Aku pulak salahkan suami. Aku ingat batin dia lemah sampai tak berjaya nak menembusi selaput dara aku. Suami bercadang untuk pergi mengurut untuk kuatkan tenaga batin. Macam-macam lah kami berteka teki untuk settlekan masalah ni.

Satu hari ni aku google “kenapa z*kar tidak boleh masuk kedalam v*gina” dan sampailah aku terjumpa dengan blog yang menceritakan kisah yang hampir sama dengan aku. Dari situ lah aku mula tahu yang aku ada penyakit vaginismus.

Di Indonesia kesedaran mengenai penyakit vaginismus ini mula tersebar. Mereka mempunyai doktor sakit puan yang pakar dalam menyembuhkan penyakit ini (dengan izinNya).

Doktor ni ada tubukan IG akaun “Vaginismusindonesia” bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa penyakit ini wujud. Banyak penderita sendiri yang tidak tahu kalau mereka sebenarnya VAGINISMUS. Sebab itu ada juga kes yang dah 10 tahun kahwin tetapi masih dara.

Tapi nak berubat ke Indonesia memang aku tak mampu lagi dan kos rawatan nya boleh tahan mahal.

Jadi lepas aku dah tau pasal penyakit ni, aku tekad jumpa pakar sakit puan di hospital private di Malaysia.

Aku bagitahu doktor tu yang “Saya dah 3 bulan kahwin tapi tak berjaya bersetubuh. Setiap kali ingin bersetubuh, seolah-olah ada dinding di v*gina saya yang menyebabkan z*kar suami saya tak berjaya nak masuk”. Doktor tu sengeh je.

Dia suruh aku baring dan masukkan probe transvaginal ultrasound. Time tu memang aku tak tenang dan mengadu kesakitan pada doktor waktu doktor masukkan probe tu dalam v*gina aku.

Doktor kata aku kurang rileks dan ini semua mindset, sebab tu tak berjaya bersetubuh. Time ni Tuhan je tahu betapa down nya aku.

Sebenarnya penyakit vaginismus ni tak ramai Doktor yang tahu. Bukan aku nak menidakkan kepakaran doktor. Dan ada doktor yang memandang remeh isu ini. Ya, penyakit ini tidak mencacatkan fizikal tetapi memakan perasaan batin sesorang!

Untuk merawat penyakit ini, ada dua cara. Sama ada dilatasi berbantu (dengan bantuan doktor pakar) ataupun dilatasi sendiri (kita sendiri yang buat).

Dilatasi ni adalah proses penetrasi buatan iaitu dengan menggunakan jari ataupun alat dilator. Tujuannya adalah untuk membiasakan dan melatih otot v*gina terhadap penetrasi. Dan penyembuhan penyakit ini bergantung kepada darjat/level keparahan penyakit ini.

Dan alhamdulillah setelah 3 bulan aku melakukan dilatasi sendiri, aku dah berjaya pulih dari penyakit ini dengan izin Allah. Pokok pangkalnya adalah usaha.

Aku tau dalam banyak-banyak orang yang baca perkongsian aku ni, mesti ada pesakit vaginismus jua yang sedang baca. Aku cuma nak bagitau, korang tak keseorangan. Jangan bersedih dan teruskan usaha serta doa kalian untuk fight penyakit ini.

Lots of love,

VAGINISMUS SURVIVOR.

– Vg survivor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *