Aku Susah Hati Kerana COVID19

Sebolehnya nak elak dari pergi tempat yang crowded. Walaupun aku teringin nak makan nasi kenduri, aku sanggup tolak semua jemputan.

Itu usaha dan pengorbanan aku untuk lindungi diri sendiri, anak dan keluarga aku. Aku benci bila orang tak jaga jarak. Memang aku akan buat muka. Aku sanggup lari asalkan aku tak dekat dengan orang lain.

Baru semalam viral pula pasal orang beramai-ramai di makhamah semasa keputusan perbicaraan kes pecah amanah mantan perdana menteri kita, Najib Razak. Sungguh, aku bertambah-tambah susah hati sampai aku menangis.

Aku tak nak pergi kenduri ipar aku tapi dalam masa yang sama aku kena jaga hati keluarga mentua aku. Aku tak nak balik kampung jumpa suadara mara tapi aku tak boleh elak sebab aku kena jaga hati keluarga mentua aku.

Aku tak nak PKP lagi. Aku takut. Sungguh, aku takut. Aku sekarang ni ibarat di telan m4ti mak, di luah m4ti bapa.

Aku tak nak pergi kenduri ipar aku! Aku tak nak balik kampung beramai-ramai dalam satu rumah! AKU TAK NAK! Tapi aku tak boleh elak demi jaga hubungan dengan keluarga mentua. Allah. Lindungilah aku dan keluarga aku.

Kalau ikutkan hati aku, aku nak berdoa supaya tiada lagi kebenaran rentas negeri. Tiada lagi kebenaran majlis sosial dengan jemputan lebih dua puluh orang. Tiada lagi kebenaran makan dan minum di kedai makan.

Tapi aku tak nak jadi manusia yang pentingkan diri. Aku tak sampai hati nak doa macam tu hanya untuk hilangkan susah hati aku ni.

Aku terfikir, tak takut ke dorang? Tak takut ke tuan rumah yang buat kenduri tu? Tak risau ke si pengantin? Tak takut ke orang-orang yang keluar tanpa pakai topeng muka dan tak jaga jarak? Kalian betul tak takut ke dengan Covid-19 ni?

Jangan bagi jawapan kat aku korang hanya takut Allah! Aku juga takut pada pencipta aku! Tapi aku juga takut dengan virus Covid-19 ni! Aku kesiankan frontliner kita. Aku kesiankan diri sendiri, anak, pasangan dan keluarga aku!

Aku tak mahu PKP lagi! Besar kesannya pada ekonomi negara dan secara tak langsung kesan buruk tu terpalit pada kita semua. Cukuplah tiga bulan PKP, ramai yang ters3ksa. Hilang pekerjaan. Hilang punca pendapatan.

Kesian pada yang betul-betul ikut norma baru yang ditetapkan, jaga jarak, pakai mask dan kerap cuci tangan. Kesian juga pada rakyat marhaen yang kalau dorang tak kerja tak ada la duit. Kesian juga pada diri korang dan aku sendiri.

Aku rasa tak perlu pun majlis sosial atau kenduri semua tu. Tak perlu melepak ramai-ramai di kedai makan. Tak perlu. Bersabarlah semua. Kita pulihkan dulu negara kita. Kita putuskan dulu rantaian Covid-19 ni habis-habisan.

Sekarang bukan masa untuk kita berseronok meraikan hari bersejarah korang atau bersuka ria. Bersabarlah.

Aku mohon, sekiranya ada orang yang boleh sampaikan pada pihak berkuasa pasal suara hati aku yang akhir ini, tolonglah.

Aku mohon pada kerajaan, ketatkan SOP PKPP ini. Tegas pada yang ingkar SOP. Tetapkan semula majlis sosial hanya boleh di hadiri dua puluh orang SAHAJA. Tetapkan semula penjarakkan di kedai makan.

Kalau boleh tetapkan juga tak boleh melepak minum di kedai dengan kawan atau orang yang bukan serumah. Kalau boleh tetapkan SOP mengikut SOP PKP dulu yang sesuai dengan PKPP.

Maaf. Mungkin aku hanya pandai meluah tapi tak pandai berfikir dari semua sudut dan aku minta maaf sekiranya ada yang membantah dan mengecam pendapat aku. Maaf. Aku hanya luahkan apa yang aku rasa.

Aku doakan Covid-19 ni hilang dari bumi Malaysia dan juga hilang dari dunia ni. Terima kasih buat kalian yang sudi baca luahan hati aku. Sekian luahan aku dari si paranoid yang susah hati.

– Si Paranoid Yang Susah Hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *