Hai assalamualaikum warga IIUM Confession. Kenalkan aku Nur umur akhir2 20 an.
Tadi aku singgah masjid solat isya berjemaah. Mendengar alunan takbir di masjid tadi buatkan aku rindu. Mendengar bacaan al fatihah dan surah dari imam buatkan aku rindu.
Hati sebak, sayu siap pakej keluar air mata lagi. Sudah lama aku solat sendirian. Harini aku dapat peluang solat berjemaah dan dengar ustaz mengajar lagi. Aku rindu. Rindu zaman aku sekolah menengah dulu.
Sekarang, baru aku nak masuk isi penting confession. Haha. Tadi baru mukaddimah ya…
Aku dulu sekolah di sekolah Agama. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama xxxxxxxx. Habis UPSR aku terus mohon ke sekolah ni. Alhamdulilllah rezeki aku dapat masuk ke sekolah ni.
Syukur sangat. Siap dapat penempatan di asrama lagi.
Berjauhan dari keluarga buatkan aku rindu dan lebih menghargai keluarga aku. Dulu suka merajuk dengan mak, suka gaduh dengan adik beradik. Bila berjauhan terus rasa sayang ketat2. Hehe.
Duduk di asrama rutinnya sangat teratur. Bangun pagi warden kejut dengan speaker, akak2 usrah datang ketuk pintu dorm. Bangun2 solat subuh.
Bangun, mandi seawal jam 4.30 pagi, terus bergegas ke surau solat berjemaah. Imamnya sentiasa bertukar2. Abang2 senior, kadang ustaz atau warden yang jadi imam.
Yang paling aku kagum adalah senior aku. Diaorang umur form 4,5 tapi hebat dah boleh jadi imam.
Usai solat subuh, terus balik dorm tukar baju sekolah dan terus ke dewan makan. Makan pagi ramai2. Uish makanan asrama sedap beb. Lagi sedap daripada makan di rumah. Hehe.
Aku, mak aku kerja. Pagi2 mana sempat nak sediakan sarapan. Duk asrama gemuk taw aku. Makanan sedap. Siap breakfast terus berjalan kaki ke sekolah. Alaa dekat jer asrama dengan sekolah tu. Sebelum masuk kelas kami akan ada perhimpunan pagi.
Pagi2 tu kami akan baca asmaul husna dan dengar takzkirah. Sekejap jer dalam setengah jam. Beza taw dengan sekolah harian biasa. Sekolah harian biasa mana ada benda camni. Benda ni lah buatkan hati2 pelajar lembut dan ilmu mudah masuk.
Btw, ni sekolah agama kebangsaan ya. Jadi subjek yang kami ambil sama jer macam sekolah harian biasa cuma ada tambahan sedikit.
Macam PMR sekolah biasa tak ambil bahasa arab, tapi kami ambil. Macam SPM kami kena ambil aliran sains tulen agama.
Ala yang ada bahasa arab tinggi, pendidikan syariah islamiah dan al quran dan as sunnah. Yang lain sama jer macam sekolah harian biasa.
Habis jer sesi persekolahan, kami akan dihalau ke surau untuk solat zohor berjemaah. Lepas tu baru boleh lunch di dewan makan.
Rehat sekejap sambung pulak prep (prep ni bukan kelas tapi ni adalah masa untuk siapkan kerja sekolah atau ulang kaji atau terlelap sekejap) hehe.
Habis prep dalam jam 5 petang camtu terus kena halau ke surau pulak solat asar berjemaah. Petang boleh buat aktiviti masing2.
Malam solat maghrib dan isya berjemaah. Antara maghrib dan isya akan ada tazkirah, zikir dan baca quran. Seronok weh sebab benda ni semua aku tak buat kat rumah.
Lepas isya ada prep sampai jam 10.30 malam. Masa ni adalah masa untuk mengulangkaji pelajaran atau siapkan kerja sekolah. Habis prep singgah dewan makan supper. Makan light2 dulu sebelum tidur. Sebab tu aku kata duk asrama aku gemuk. Huhu.
Dalam seminggu 1 kali kami akan ada kelas mengaji al quran. Masa ni sape yang tak pandai ngaji pun boleh pandai taw. Ustaz ustazah datang ajar. Petang lepas asar kami baca mathurat. Jumaat kami baca alkahfi dan gotong royong secara berjemaah.
Sebelum tidur kami baca almulk secara berjemaah di dorm masing2 diketuai akak senior. Serius hidup di sini sangat2 seronok. Hari2 jadual full. Aktiviti ko pun kami ada setiap petang.
Kat sekolah ni masalah disiplin teruk2 ka’dang2 jer ada (Cara P Ramlee cakap). Mostly pelajar sangat2 berdisiplin. Nakal pun nakal gitu2 jer. Sekadar tak siap kerja sekolah and couple light2 main surat layang. Kah3.
Dengan cikgu kami hormat, jaranglah jumpa budak ponteng kelas mostly memang akan masuk kelas tak kira cikgu garang ke tak. Tak siap kerja sekolah tu biasa. Hisap rokok ada laa segelintir.
Kira bab rokok tu masalah paling berat lah di sekolah tu. Buli2 dalam kalangan pelajar lelaki ada laa sikit2 light gitu. Masih lagi boleh control. Kebanyakan budak lelaki boleh jadi imam solat. Boleh jadi ketua baca doa.
Pandai azan, pandai iqamah. Masa tu aku fikir sape yang dapat suami budak background sekolah camni memang untung. Solat tak tinggal.
Hari2 kami dipaksa berjemaah. Hehe. Sampai laa satu masa tu aku berpindah ke sekolah harian biasa.
Sungguh aku shock dan terkena kejutan budaya. Murung tak boleh hidup di sekolah harian biasa sebab culture 360° berbeza. Terus pindah balik ke sekolah lama. Hehe.
Bila masuk alam uni dan kerja aku terkejut bila jumpa orang yang tak solat. Huhu. Bagi aku solat tu adalah benda yang wajib dan tak boleh tinggal langsung! Tapi apa boleh buat lain orang lain didikannya.
Aku bersyukur sebab Allah gerakkan hati aku untuk mohon dan masuk sekolah yang penuh dengan didikan yang baik. Dari hal dunia sehingga hal akhirat guru2 di sekolah tu ajar.
Asbab ilmu tu aku dari anak yang nakal jadi baik, dari malas jadi rajin, dari biadap jadi sopan. Dari tak pandai ngaji jadi pandai, dari culas solat jadi lekat solat.
Di sini aku nak seru ibu bapa sekalian, kalau ada rezeki hantarlah anak2 korang ke sekolah macam ni. Jujur aku cakap dari hati yang keras boleh jadi lembut. Ibu ayah akan dapat lihat perubahan anak 360° insyaAllah.
Tambahan pula zaman sekarang ibu ayah sibuk kerja. Ibu ayah pun solat belum tentu apatah lagi berjemaah. Nak ajar anak mengaji jauh sekali. Jangan musnahkan masa depan anak2 dengan kelalaian kita.
Kalau kita tak boleh mendidik anak sehebat yang aku cerita kat atas tu boleh laa hantar anak untuk dididik oleh orang lain. Itu saja sharing aku semoga bermanfaat!
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit