Aku Tahu Aku Salah, Tapi Aku Dah Penat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua pembaca,

Di sini aku nak membuat luahan hati rasa untuk segala yang terbuku dalam hati ini. Aku tak boleh nak bercerita kepada sesiapa baik kawan, family sebab entah aku malu rasa ku.

Cerita nya bermula seperti ini, aku berkenalan dengan seorang lelaki di satu dating apps, biasalah kan semua nya indah-indah sahaja, kami berbeza umur, dia lebih muda dan aku tua sedikit, sedikit sahaja bukan lah jarak umur yang terlalu besar.

Impian aku memang untuk berkahwin awal namun apakan daya tiada jodoh lagi tapi aku bersyukur dipertemukan dengan Asyraf (bukan nama sebenar) sebab serba serbi melengkapi sudut hati ku yang kosong.

Aku tahu hidup berdua itu lebih baik tapi tak ku sangka seindah ini walaupun belum berkahwin.

Maksud aku bukan lah seperti yang korang semua sangka kan, aku gembira mempunyai seseorang pasangan yang aku boleh kongsikan semua cerita dan masalah aku, tahu bila aku sedih bila aku gembira, tahu macam mana nak buat aku berlapang hati.

Tak pernah kisah tentang rupa fizikal aku baik berat mahupun rupa paras saat aku berhias mahupun sekadar natural beauty sahaja.

Biasalah kan kadang-kadang kalau keluar seharian kita sebagai perempuan pun malas nak berhias makeup bagai.

Kebiasaannya selepas solat sahaja aku tidak akan bermakeup sebab aku rimas tapi aku gembira sebab dia tak kisah rupa aku macam mana cantik buruk semua sudah dilihat.

Tidak pernah menaikkan tangan dikala bergaduh besar mahupun kecil inikan pula menaikkan suara. Serba serbi memang lengkap lah katakan.

Banyak perkara yang dia baiki daripada pelbagai segi, merajinkan ibadah solat, mengaji dan lain-lain.

Namun semestinya tidak semuanya indah betul kan. Kekurangannya tak banyak, tapi bagiku agak besar. Tapi aku masih setia di sisi.

Tak pernah aku terfikir untuk menduakan Asyraf walaupun banyak yang mendatang. Asyraf masih muda dan masih belajar manakala aku pula sudah bekerja.

Tapi aku tak kisah untuk menunggu dia sekiranya dia mempunyai semua ciri-ciri seorang suami dan juga pasangan yang baik. Namun dugaan demi dugaan mendatang.

Pertama sekali dia pernah gagal satu subjek sahaja, mula-mula aku agak marah sehingga tak bertegur tapi aku memberikan dia peluang untuk memperbaiki kesalahan yang dibuat.

Namun, untuk kali kedua masih lagi gagal. Kadang aku tak faham sesusah itu ke? Aku juga pernah belajar. Walaupun berbeza bidang tapi aku yakin belajar di peringkat tinggi ini usaha lagi penting berbanding kepandaian yang ada.

Ramai sahaja kawan2 yang biasa2 sahaja di sekolah namun sangat bagus di universiti. Kerana itu aku yakin universiti adalah untuk mereka yang rajin sahaja.

Semakin banyak kali gagal maka makin tertunda la waktu untuk berkahwin. Itu membuatkan aku lagi sedih mengenangkan apa yang terjadi.

Mahu kahwin ataupun tidak? Sewaktu kali kedua terjadi aku sudah berpesan berhenti sajalah teruskan sahaja dalam dunia pekerjaan kerana tidak semua ditakdirkan untuk meneruskan pelajaran.

Kali kedua aku memang marah yang teramat sebab jelas tahap ketidakseriusan Asyraf. Tapi entah lah sayang mungkin aku berikan lagi peluang tapi kalini aku yang monitor jadual belajar, tugasan assignment, waktu study.

Namun masih gagal untuk kali ketiga. Entah lah aku pun sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Kali ketiga aku tiada lagi daya untuk marah mahupun bersedih, hanya rasa kosong semata.

Namun aku masih tetap menyokong dia, aku cuba mencari jalan supaya dia masih boleh mendapatkan segulung ijazah. Jadi aku cadangkan sahaja bekerja sambil belajar, tapi masih seribu alasan penat itulah inilah.

Belajar mana yang tak penat inikan pula bekerja sambil belajar. Jadi aku mencadangkan berhenti sajalah namun masih tidak mahu.

Dia meneruskan lagi sehingga gagal dan dibuang kerana tidak melepasi tahap gred yang dimahukan oleh pihak universiti.

Maka masa, duit dan tenaga terbuang begitu sahaja. Nasihat aku tidak mahu didengar. Jikalau berenti saja dari awal duit simpanan sudah ada, kerja dengan pengalaman sudah ada.

Di saat ini yang aku masih bersama dengannya aku tetap menyokong dia. Sekarang dia sudah pun bekerja namun tahap performance tidak berapa baik kerana kerap lewat datang kerja.

Sekarang aku rasa penat teramat. Penat jiwa raga. Tiada lagi perasaan sayang yang teramat ada di dalam hati.

Sekarang aku hanya ada rasa kasihan semata kerana dia tiada sesiapa di sisi jadi aku risau jikalau aku tinggalkan dia akan memberikan kesan yang negatif kepada emosi dia.

Manakala di saat aku sangat penat jiwa aku, hadir seorang lelaki lain aku namakan Faris. Aku berkenalan secara tidak sengaja, di saat sebelum ini tidak aku membuka mata ku kepada lelaki lain tapi aku tertarik dengan cara layanan Faris terhadap aku.

Faris sudah bekerja agak busy orangnya. Kami sedang2 sahaja dalam berhubungan tidak terlalu kerap tidak juga terlalu jarang.

Dia mempunyai semua yang ada pada Asyraf caring, mengingati semua yang aku suka atau benci, walaupun dia seorang intorvert berbeza dengan Asyraf tetapi Faris sentiasa cuba untuk berbual apa sahaja topik dan aku kira itu satu usaha dia untuk mengenali aku.

Dia sangat rajin bekerja membuatkan aku sangat tertarik dengan Faris. Walaupun busy tapi tetap boleh menghubungi aku untuk bertanya khabar aku. Dia juga serba serbi baik akhlaknya dan juga ibadahnya rajin puasa sunat.

Aku baru sahaja berkenalan dengan Faris, tidak banyak yang aku tahu terutama mengenai perangai nya. Semestinya setiap orang mempunyai kekurangan.

Asyraf sering sahaja memeriksa handphone aku tapi aku pandai menyembunyikan chat aku dan juga Faris sehingga kini dia tidak mengetahui apa-apa.

Sejujurnya aku rasa bersalah setiap kali melihat muka Asyraf namun jiwa aku terlalu penat. Aku bukan bersama dengan nya melalui senang semata. Saat dia jatuh saat dia susah semua aku ada. Duit?

semestinya aku ada menghulurkan sedikit saat terdesak tapi Asyraf tak pernah berhutang dia akan segera membayar semula.

Aku buntu apa yang perlu aku lakukan, untuk sekarang aku masih bersama Asyraf dan juga menghubungi dengan Faris,

Aku hanya menunggu masa yang menentukan kerana sekarang aku tidak beriya-iya lagi, aku hanya duduk memerhatikan sahaja apa yang terjadi sebab aku terlalu penat.

Aku tahu mesti ramai tidak setuju dengan tindakan aku. Aku tahu mesti ada yang berkata-kata dugaan suami isteri selepas kahwin lagi bermacam-macam. Kalau sebelum pun sudah goyah inikan lepas kahwin. Bukan itu yang aku fikirkan.

Yang aku fikir mana usaha untuk kahwin? Kalau usaha ke arah kahwin pun sudah ke laut inikan selepas kahwin? Banyak yang aku gadaikan semata untuk berkahwin dengan si dia.

Masa, duit tapi aku tak tahu dia nampak atau tidak di samping seberapa banyak kali dia jatuh aku tetap ada dengan dia. Apa lagi yang tidak cukup dan apa lagi yang aku perlu buat supaya aku dapat yang selayaknya?

Sekian..

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *