Aku Tahu Aku Tak Sempurna

Salam admin dan readers yang dihormati.

Saya Hanani, berusia 28 tahun. Saya disahkan OKU fizikal iaitu kehilangan kaki kiri akibat kemalangan ketika bersekolah rendah.

Kaki saya digilis dengan sebuah kereta pickup. Kereta tersebut tidak berhenti. Ya, kes langgar lari.

Sebelum saya, dia sudah menyenggol sebuah motorsikal. Tergolek Pakcik tue. Dan dia langgar dan tergilis kaki kiri saya.

Al-hasilnya, saya kehilangan kaki kerana tulang kaki sudah hancur. Tidak boleh buat apa lagi dah. Hospital terpaksa memotong kaki saya hingga paras bawah lutut.

Berbulan jugaklah saya menangis sebab kaki kiri dah hilang.

Tapi mujurlah ahli keluarga saya banyak menyokong dan membantu. Kakak dengan Abang saya selalu jaga saya. Mama dengan Papa pun.

Saya berkerusi roda. Tapi yelah, sampai bila nak pakai wheelchair kan. Saya nak pakai kaki palsu. Saya buat fisioterapi bagi biasakan kaki kiri saya menerima “kaki”baru.

Setahun selepas tue, saya tidak perlukan bantuan kerusi roda lagi. Hati saya gembira.

Sebab saya pakai kaki palsu, taklah nampak saya nie hakikatnya dah hilang kaki kiri.

Orang tengok macam takde apalah. Tapikan ada yang tahu, yang inilah yang saya tidak inginkan.

Selepas result SPM keluar, saya dapat keputusan 6A 2B dan IC. Masa trial just dapat dua ke tiga jer A. Yang lain banyak B dan C… Syukur saya dapat keputusan yang baik.

Dan saya dapat tawaran belajar di universiti yang terletak di utara Malaysia. Saya juga dapat tawaran masuk U di Sabah tetapi saya pilih di utara sebab itu yang paling dekat.

Suatu hari, Ibu dan Bapa saudara saya yang dipanggil Pak Uda dan Mak Uda datang ke rumah kami. Anaknya juga sebaya dengan saya.

Duduk sahaja, Mak Uda buka mulut bertanya pada Mama. “Nani nanti sambung belajar ke?” Mama saya jawab, ya. Dan, “Hah? Mana?” Bunyi “Hah” Mak Uda tue lain. Dengan dahi berkerutnya.

Mama pun jawab, “Nani dapat tawaran kat U sekian.. sekian.. Dapat jurusan IT. Si Gayah (anak Mak Uda dan Pak Uda yang sebaya saya) dapat mana?”

Mak Uda terus tukar topik cakap, “Macamana nanti? Anak kau tue bukannya sempurna macam orang lain. Boleh ke dia jaga diri? Nanti susah… Nak harap siapa? Kakinya tue pakai kaki palsu pun bukan kuat macam kaki orang lain yang sempurna tue”

Masa ini, saya rasa direndahkan. Seolah saya nie tak layak belajar tinggi sebab kecacatan saya nie. Pak Uda pun cakap, “Nani budak bijak. Sayanglah dia tak sambung belajar.” Mak Uda menjeling suaminya.

Takpelah, mungkin bagi Mak Uda, dia taknak anak-anak dia jadi cacat macam saya kerana dikhuatiri akan menyusahkan orang.

Malamnya, Mama cakap jangan putus asa dan jangan rasa rendah diri sangat. Buktikan pada mereka yang saya boleh kata Mama. OKU tak bermaksud tidak berguna kata Mama lagi.

Saya gembira. Biarlah sesiapa nak cakap apa. Yang penting ahli keluarga kita sayang pada kita.

Syukur, saya berjaya menamatkan diploma saya dengan keputusan yang agak cemerlang. Saya buktikan yang saya boleh berjalan. Yang cacat adalah kaki saja. Hehehehe.

Dalam group Whatsapp saya banyak dapat ucapan tahniah. Pak Uda dan Gayah pun ada ucapkan tahniah kecuali Mak Uda.

It’s okaylah. Ada ke tak ke takde beza. Tetap saya dah grade…

Gayah pun tidak lama lagi pun grade. Dia study pengurusan hotel di kolej swasta berdekatan dengan rumahnya.

Pasal kerja pula, adalah seorang jiran rumah Mama Papa saya yang saya panggil Cik Sah nie tanya dah dapat kerja ke. Saya jawab masih interview. Ada yang nanti akan called.

Tiba-tiba, “OKU nie susah sikitlah nak dapat kerja. Banyak company tak nak ambil. Susah agaknya”

Tuhan jerlah tahu perasaan saya time tue. Masih banyak orang beranggapan golongan OKU nie golongan menyusahkan ya.

Dalam family saya takde istilah tue. Mama Papa tak pernah bezakan atau membandingkan saya dengan Abang dan Kakak saya.

Dikalangan saudara, cuma Mak Uda tue jerlah yang tak berapa okey. Yang lain elok jer. Saya abaikan. Sebab saya dah buktikan. Apa lagi kan.

Dah dapat kerja kat satu company nie, saya “sangkut” pulak dengan seorang lelaki nie yang juga sama deparment, jabatan IT.

Mula perkenalan tue, saya rasa serba salah nak terus terang yang saya nie OKU. Tapi syukur dia okey saja. Setahun berkenalan, kami bertunang.

Oh, ya. Nama dia Mustaqim. Masa majlis tunang, Kakak saya dengar Mak Uda cakap dengan salah seorang saudara kami macam nie,

“Cacat pun laku tue. Bukan lawa sangat.” Dia cerita pada saya balik. Macam biasa, saya buat tindakan buat tak tahu saja. Biarkan.

Apa orang kurang upaya nie tak berhak bahagia? Kena sempurna dulu baru boleh bahagia? Macam tue ke?

Bahagia saya adalah adanya keluarga saya di sisi. Dan bakal suami yang menerima seadanya. Jadi kita persetankanlah kata-kata negatif tersebut.

Saya tahu yang saya tak sempurna. Tapi jangan pandang enteng pada golongan seperti kami.

Kemudahan untuk kami macam contoh parking tempat OKU padahal masih sempurna. Tue dah kira menafikan hak kami.

Jadinya, kami juga manusia yang ada perasaan dan hati. Jangan pandang jijik pada golongan seperti kami. Itu jer.

Apapun doakan saya dipermudahkan segala urusan ya. Aamiin. Terima kasih sudi baca.

– Hanani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *