Aku Tahu Berubah

Assalamualaikum hai kalian semua, semoga pembaca disini sentiasa berkeadaan baik dan sihat selalu… Aamiin…

Aku Haziqah (bukan nama sebenar) perangai aku tak delah macam Haziqah dalam cerita aku bukan ustazah 2. Cuma aku ni seorang yang jenis straight forward je bila bercakap.

Aku tahu juga, yang tak semua suka cara aku, sikap aku, perbuatan and perkataan aku. Tapi siapalah aku ni kan untuk menidakkannya.. yang sememangnya tak sempurna, seorang hamba yang lemah pula tu.

Straight to the point la, aku kan… Adalah seorang yang jenis orang suka bercerita masalah dan cari aku. Aku sebenarnya dah muak dah penat tapi aku tak boleh nak cakap benda tu dekat dorang.

Entahlah lately ni, aku pun tak faham diri aku. Aku tak salahkan orang lain. Cuma aku sekarang belajar untuk kawal semua benda ni untuk kebaikan diri aku juga. Mental health aku.

Dulu aku okey, open je untuk sesiapa yang datang bercerita. Meluahkan masalah. Memang banyak masalah aku selesaikan juga… Dalam keluarga, kawan-kawan dan jiran.

Cuma bab hati perasaan dan rumah tangga.. Itu belum fasa aku lagi. Aku tak lalui pun lagi.. I know my limits juga yea.

Aku faham, yang pemikiran manusia ni pelbagai. Adakalanya bila bagi pendapat pandangan cadangan ada orang boleh terima, adakalanya kenyataan dorang hanya untuk didengari dan difahami.

Bila kita bagi solusi atau penyelesaian, tak nak terima. Apa yang difikirkan, itu jela kenyataannya hidup. Rasa terpaling tersakiti, terzalimi, dikhianati sangat kononnya. Aku pula jadi pesalah bila jujur dalam segala hal. Play victim sungguh laaa…

Kadang-kadang orang yang jadi duri dalam daging, api- api kan lagi dan tambah lagi masalah.. dengan cara itu pula buat dorang happy. Hahaha pelik sungguh. Itukah maksud apa yang aku rasa dirasai bersama? Aku ada kau ada.. hahahaha… Back up benda Salah.

Aku kan, kalau sesuatu statement tu aku tak setuju atau tak betul, aku direct cakap perkara tu Salah. Tak sepatutnya boleh jadi atau buat macam tu. Tapi aku faham juga yang kejujuran itu menyakitkan. Tak semua orang boleh terima.

Sekarang ni siapa cari siapa???… Dari jauh datang hanya untuk dengar masalah orang. Sekarang ni aku layan certain topik jer.. kalau tak aku angkat buntut dan blah… Itu rumah aku pula, nak lari mana. Nak tak nak kene hadap juga.

Kalau aku malas dengar, aku buat baca buku.. buat-buat kemas dapur. Aku tahu aku ni tak baik. Bila aku bersuara nanti sakit kepada pendengarnya…

Tapi dorang sendiri datang dekat aku, kononnya selesa bercerita dengan aku. Aku tahu dan faham juga tu sampai datang rumah minta tolong Aku.

Apa yang Aku boleh tolong Aku akan tolong. In Shaa Allah… ada yang memang betul betul Aku tak boleh tolong tu… Paksakan juga tu kenapa?.. kalau punca duit itu In Shaa Allah aku boleh tolong…

Ini soal hati perasaan dan pihak ke 3. Setakat perkataan “sabarlah” “ini ujian”.. tak de apa maknanya.. kita pula yang dimarahnya cakap kau tak lalui apa yang aku lalui. Kau bujang. Tak rasa apa orang kahwin dah rasa.

Bila sedap kau Diam ehh.. bila susah tahu pula cari aku, lepastu salahkan aku. Memang (____________) Sila isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Aku tahu jugalah, kalau aku tak de dekat situ pun, aku pula akan jadi topik perbincangan dorang selepas tragedi tu, aku dah mula berjinak dengan hobby baru. Bersukan.

Tak delah otak pening fikir masalah orang yang tak pernah selesai pun.. benda sama je dari dulu kini dan selamanya. Entah bila nak selesaikan.

Antara dorang tu, akulah yang paling muda. Mungkin otak aku cepat bertindak, cepat tangkap. Pemerhati penilai hebat juga. Aku memang belajar bidang psychology tapi aku tak bekerja dalam bidang tu untuk selesaikan masalah orang je.

Apa apa pun sebagai pendengar atau pembaca… Kita digalakkan untuk dengar cerita 2 belah pihak. Sebab zaman sekarang, ramai orang rasa diri tu dizalimi. Nak betul nak menang jer.

Siapa jer yang boleh mengaku salah dan mengalah. Kalau ada pun orang tu memang sedar diri dan hebatlah. Tahu silap dirinya dimana dan ada niat nak perbetulkan. Ada tapi tak ramai.

Semoga kita ada dalam percentage kalangan tu… Tak baik tak pe, tapi ada niat nak berubah jadi lebih baik. Perbaiki keadaan. Diam tak Salah.

Tapi setiap permasalahan harus diselesaikan secepat mungkin. Jangan Biarkan ianya makin membesar membiak dan melarut pula. Pendam jadi dendam, iri jadi benci… Fuhhhh

Pada yang tidak berkaitan atau pada mereka tak sepatutnya, tak perlulah kita tarik mereka sekali dalam masalah kita. Masalah kita, kita yang selesaikan. Melainkan dah betul betul tak ada solusi lain.

Dan yang tak berkaitan tak perlulah konon konon nak jadi hero selesaikan masalah orang. Tak perlu beriya. Awak settle je masalah awak..

Orang meluah kita dengar, cerita situ habis dekat situ jela… Tak perlu disebarkan ke orang lain. Fikir juga kita ada keluarga anak isteri adik beradik sama. Saya bercakap ni untuk peringatan diri saya juga. Sekian..

– Haziqah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *