Aku Tahu Dia Masih Bersama Time Aku Tak Ada

Salam. Aku rasa aku kena cerita masalah aku yang aku rasa tersepit sekarang. Tak tahu kat mana cara nak betulkan, tapi aku sayangkan dia. Nak meluah kepada seseorang tak sanggup sebab malu. Kisah aku patut jadi teladan pada suami yang bekerja dan sibuk.

Aku dah berkahwin. Wife aku A, dan kami dalam usia tengah 30-an. Aku kerja dengan syarikat multinational dan diakui kerja aku agak sibuk dan kadang-kadang aku tinggal A sebab kena travel sana sini dan stay lebih 5 hari jauh dari rumah.

Aku bahagia dengan A. Aku sayang A sebab dia cukup memahami aku dan jaga segala keperluan aku. A wife yang baik. Cuma ada satu masalah A dengan aku. A pernah kantoi dengan aku.

Macam ni, A ada seorang kawan rapat perempuan dan mereka memang dah berkawan sejak 3 tahun lepas. Aku namakan kawan dia Diana. Diana masih bujang, berusia awal 40-an. Diana bekerja di pusat dialisis kerajaan.

Aku awalnya gembira sebab A ada kawan untuk dia isi masa berborak dan keluar minum, especially time aku kerja atau travel overseas.

Awalnya aku tak kisah pasal hubungan A dengan Diana sebab aku faham A mungkin bosan time aku tak ada. Jadi, aku harapkan Diana boleh teman A sepanjang aku kerja. Aku awalnya tak kisah Diana datang rumah dan stay untuk sehari dua time aku tak ada.

Cuma sampailah satu hari tu aku perasan yang hubungan mereka macam lebih dari kawan. Actually, time aku travel kadang-kadang aku call A untuk tanya khabar dia di rumah. Dan hari tu kebetulan Diana bermalam di rumah kami masa aku tak ada.

Aku saja tanya A, kat mana Diana tidur. Aku anggap mereka tidur bilik asing-asing sebab rumah aku ada 3 bilik kosong selain bilik tidur utama. Tapi A kata dia tidur dengan Diana sebab rancak berborak dan dia pun belum tidur lagi. Dan A bagitahu mereka tidur bersama di sebelah bilik tidur utama kami.

Sejak dari hari tu, aku rasa macam pelik bila A dan Diana tidur bersama. Aku dapat rasa macam A dan Diana intim bersama masa aku tak ada. Rupanya memang tepat sangkaan aku.

Kisah ni kantoi bila aku tercuri dengar perbualan antara A dan Diana di telefon. Mereka memang ada hubungan dan cara bercakap mereka agak manja dan seolah saling bahagia. Mereka memang tengah bercinta!

Aku tak pernah cek handphone A sebab aku bukan jenis suka ambil tahu privasi dia. Dalam handphone A, aku jumpa gambar-gambar mereka dan mostly foto-foto tu sangat mesra. Peluk dan cium tu aku rasa dah banyak kali tengok di luar time mereka berjumpa, tapi rupanya dalam foto pun mereka macam tu.

Dan aku paling terkejut ada video mereka bermesra dalam bilik rumah kami. Aku tak sangka yang mereka lesbian. Sementara aku tak ada, A dengan Diana bermanja dan berseronok sehabisnya.

Dan ini semua berlaku di dalam rumah kami dan beberapa tempat percutian. Aku tak sangka A dengan Diana pasangan lesbian yang tengah hangat bercinta biarpun A isteri aku.

Masa tu aku rasa tersentak dan kecewa. Tapi aku pendam sebab aku faham mungkin A bosan di rumah masa aku tak ada. A hanya nak pasangan untuk dia bercerita dan keluar bersama. Cuma A bijak sembunyikan hubungan intim dengan Diana.

A tak pernah gagal uruskan keperluan aku. Urusan rumah semua disempurnakan A dengan baik. Cuma kesilapan A ialah dia mengambil Diana sebagai tempat dia berkasih dan bermanja time aku tak ada.

Patutlah Diana selalu datang bermalam di rumah masa aku tak ada dan sesekali A selalu bertanyakan keizinan aku untuk dia keluar bercuti dengan Diana di tempat peranginan atau hotel.

Bila aku dapat tahu hubungan A dengan Diana, aku panggil dia berbincang hal ni. Dia terkejut bila rahsia dia dengan Diana terbongkar. Dia menangis. Dia tak sangka aku tahu semua. Dia merayu jangan cerita hal ni pada Diana.

A akhirnya akui dia bercinta dengan Diana dah setahun dan A sendiri yang perlukan hubungan ni sebab cinta dan kasih pada Diana sejak mereka kenal 3 tahun lepas.

Awalnya A cerita yang dia dan Diana hanya berkawan sehinggalah mereka tidur bersama dan terjadinya hubungan intim wanita dan wanita. Dari hanya cium dan peluk, mereka tidur bersama. Diana bijak tackle keinginan A bila bersama.

Kadang-kadang mereka keluar bercuti di beberapa tempat dan ambil kesempatan tidur bersama untuk meneruskan hubungan intim itu. Aku perasan yang sukar bagi A untuk melepaskan Diana. Diana umpama suami kedua bagi A.

Pengakuan A buatkan aku makin bingung dan risau. Aku sayangkan A. Aku perlukan A. Hubungan intim kami masih berjalan macam biasa hingga saat ini walaupun A terus menjadikan Diana sebagai teman tidurnya masa ketiadaan aku.

Saat ni dengan rela hati, aku izinkan A terus berkawan dengan Diana sebab aku hanya nak A gembira dan tak sunyi masa aku tak ada. Awalnya, A berjanji yang dia akan cuba atasi kesilapan ini. Cuma A minta diberikan masa untuk dia perbaiki. A kata sukar untuk terus berpisah dengan Diana.

Hingga saat ini, aku izinkan A berkawan dengan Diana. A akui masih ada sisa-sisa intim mereka berterusan. Diana masih datang bermalam di rumah kami time aku tak ada. Aku tak sanggup biarkan A kecewa dan sunyi. Kami bergaduh besar disebabkan A. Dan A masih pertahankan kewujudan Diana dalam rumah tangga kami.

Aku marah sebab A masih tidur dengan Diana sementara aku travel. A pujuk aku jangan pisahkan dia dengan Diana dan dia akan cuba keluar dari hubungan itu sedaya upaya dia. Dia pernah berjanji dia akan stop bawa Diana balik rumah. Tapi A terus menipu aku.

Baju dan beg Diana masih ada di rumah kami bila aku balik. Aku tahu A tewas dengan pujuk rayu Diana. Diana masih pujuk A untuk tidur bersama dan meneruskan hubungan itu di rumah kami. Aku semacam tak percaya A sedegil ini.

Akhirnya… Disebabkan tekanan yang kuat dan aku berusaha untuk tidak menjejaskan karier aku, aku nekad untuk relakan A bersama Diana. Cuma aku pesan kurangkan hubungan intim mereka dan jangan sampai ada orang lain lagi. Cukup sekadar Diana.

Hingga kini, A masih dengan Diana. A ada beritahu yang Diana masih memujuk rayu isteriku untuk meneruskan keinginannya pada A. A tak mampu menolak ajakan Diana bilamana aku sibuk.

Aku amat marah pada Diana tapi aku belum mampu nak berdepan dengan Diana kerana aku bimbang A kecewa dengan aku.

Aku tahu hubungan itu salah, tapi aku tetap sayangkan A. Aku tersepit dalam dilema ni. Adakah patut aku berpisah atau berikan lagi masa untuk A berubah?

– Magellan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. mende la ko nie…agk2 la,ko mmg da tau apa yg dia bt tue salah..ko nk dlm d lema ape benda nya…baik ko x pyh tnya pndpt kt sini!!!blum tentu lg ko terima pendapat!

  2. Nak berikan masa sampai bila? Orang2 songsang/seks bebas ni pembawa penyakit kelamin

  3. Salam Bro. Aku simpati dgn kau. Tapi benda ni tak boleh kompromi. Sama ada kau cerai wife kau atau kau confront lesbo tu. Cakap mmg senang, berat nak buat, tapi bro, berat lagi menanggung. Semoga Allah bagitau kau kekuatan.

  4. Dayus klu suami terus biarkan, lebih2 LGBT pulak tu, penyakit masyarakat moden skrang, isteri/suami songsang, pasangan biarkan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *