Hi kepada semua pembaca. Aku terdetik nak kongsikan kisah aku dengan semua selepas membaca 2 kisah confession yang berkaitan suami orang disini. Maaf penulisan ini mungkin sedikit panjang.
Cukup kenali aku sebagai Alin. Aku namakan dia sebagai Afiq. Dia nie kira first love laa omputeh kata hahaha Aku dan Afiq telah berkenalan sejak kami di tingkatan 5 lagi. Afiq nie budak pandai so after spm dapatlah dia masuk matrikulasi dan aku sambung ke tingkatan 6.
So bila masuk U tue dialah yang dahulu habis dari aku. Masa aku di tahun akhir, dia telah bekerja diluar Negeri which is bukan kampung kitaorang la.
Dipendekkan cerita, mak Afiq menghidap kanser dan menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja utk menjaga mak dia. Masa nie aku pun dah habis study and stay kampung jugak. Hubungan kitaorg sama jugak dgn org lain masa nie.
Jumpa kadang2 disebabkan kebanyakan masa dia akan bersama dengan emaknya dan akan menemani emaknya untuk rawatan kimoterapi samada di Hospital daerah kampung ataupun akan ke Hospital besar keluar dari daerah kampung.
Kalau hariraya, kami akan saling kunjung mengunjung means aku akan ke rumah Afiq, dan Afiq akan ke rumah aku. Masa nie semuanya indah-indah belaka ye la nampak macam diterima oleh kedua-dua keluarga kan.
And one day, semasa Hari Raya ke 4, Afiq tak hubungi aku seharian dan masa tue aku pun tak fikir apa and tak tercari-cari disebabkan aku sibuk membuat persiapan untuk rumah terbuka pada keesokan harinya. Dan itu tidak pernah terjadi kerana Afiq sentiasa akan text aku seawal subuh.
Dia akan text untuk bangun solat subuh and wish morning dan begitulah sehari-harinya. Dia selalu text “After solat jangan lupa doa semoga kita sentiasa ada jodoh” ini text Afiq almost everyday.
So, masa rumah terbuka tu Afiq memang akan datang seperti kebiasaannya. Dia dengan sepupu-sepupu lelaki aku sangat rapat dan apabila berjumpa diorang akan cerita and menonton perlawanan bola. Masa nie dia kat rumah hampir seharian. Dari pagi ke petang dia dirumah aku.
Then malam tue kitaorg sambung dating pulak kat luar yer la malam minggu kan. Jenjalan pergi makan asalkan dapat spend masa berdua disebabkan aku faham keadaannya yang menjaga emaknya.
Dipendekkan cerita lagi, selang 2 hari daripada hari itu, aku nampak postingan rakan IG (hanya rakan di IG sahaja) berkaitan pertunangan Afiq dan kakaknya. Oh ya kakaknya (F) aku cukup kenal disebabkan berkawan dengan kawan aku semasa di U dahulu.
And aku tak tahu kenapa aku boleh berkawan dengan adiknya pula di IG Postingan tersebut juga turut disertakan tarikh kejadian, dimana tarikh tersebut adalah ketika Afiq tidak menghubungi aku seharian pada hari raya ke 4. Namun semuanya kuasa Allah nak tunjukkan kepada aku.
Cuba bayangkan macamna perasaan aku pada masa itu? Hancur luluh hati aku. tapi aku masih cuba untuk positive kan diri dan tunggu penjelasan daripada Afiq.
Malam itu kelakuan dia biasa sahaja seperti tiada apa yang terjadi dan membuatkan aku semakin tidak sabar untuk menunggu penjelasannya kerana mungkin dia masih berfikiran aku tidak tahu.
Akhirnya aku tunjukkan dia screenshot majlis tersebut dan bertanya tentang kejadian sebenar. Afiq diam dan tidak membalas text aku. Lama dia berdiam dan kemudian hanya menjawab untuk berjumpa esok hari agar mudah untuk menjelaskan.
Afiq menjelaskan bahawa itu adalah pilihan emaknya kerana emaknya sakit dan ingin segera mendapatkan menantu kerana Afiq anak sulung.
Dia tidak mempunyai pilihan lain kerana dia menyayangi keduanya dan disebabkan itu dia harus menyembunyikan perkara tersebut dari aku selain takut untuk kehilangan aku.
Selain itu, emaknya juga tidak mahu menerima aku disebabkan aku berasal daripada broken family dimana ibubapa ku telah bercerai dan emaknya takut perkara tersebut akan berlaku dalam perkahwinan kami sekiranya dia membenarkan kami berkahwin.
yang membuat aku terkilan, kenapa emaknya meletakkan takdir ditangannya dan kenapa dia menerima aku dengan baik setiap kali aku melawatinya.
Namun aku ikhlaskan dan menganggap bahawa tiada jodoh antara kami. Akhirnya kami berpisah setelah 8 tahun bersama walaupun perit untuk diterima.
Afiq juga telah berkahwin setelah 5 bulan bertunang dan isteri Afiq (F) turut menjemput aku untuk menghadiri majlis tersebut. Nak cerita detail takut panjang sangat sekiranya nak kita buat part II ye hahaha macam novel pula.
Bagi aku setiap kejadian itu ada hikmahnya yang tersendiri. Selepas berpisah aku telah mendapat tawaran bekerja. Aku fokuskan kepada kerja dan untuk memperbaiki diri.
Aku sangat sibuk dalam kerja kerana aku seorang yang dikira workaholic juga sehingga tiada masa untuk mencari pengganti Afiq hahaha
Selepas 2 tahun berpisah, aku terjumpa tanpa sengaja dengan Afiq di majlis perkahwinan kawan baik aku yang aku gelarkan sebagai D. Dia menjadi photographer pada majlis tersebut.
Menurut D, Afiq yang beria-ia untuk menjadi photographer dan menawarkan servis tersebut secara percuma.
Dan aku tidak menyalahkan D kerana tidak memberitahu ku perkara tersebut sebelum majlisnya kerana mungkin D risau aku tidak akan datang ke majlis perkahwinannya.
Bila sudah lama tidak bertemu tentunya rindu kerana aku langsung tidak pernah terfikir dan berminat untuk mengetahui kehidupan Afiq setelah kejadian lama,
Dan lebih kurang 7 bulan setelah terjumpa tanpa sengaja aku stalk FB Afiq dan alangkah terkejutnya aku mengetahui emakknya telah meninggal dunia setahun yang lalu.
Kata-kata yang dituliskan Afiq amat meruntun hati dan sangat menyedihkan aku walaupun perkara sudah lama berlalu.
Disebabkan emosi sedih yang menyebabkan minda tak waras, aku text Afiq melalui messenger FB untuk mengucapkan salam takziah. Pada masa itu niat aku hanyalah untuk mengucapkan salam lagipun aku kenal dengan emaknya tanpa niat lain.
Tanpa menunggu lama Afiq terus membalas aku dan menceritakan segalanya tanpa aku minta. Aku kasihan dengannya.
Dia memberitahuku bahawa pada masa itu adalah titik terendahnya kerana tiada sesiapa sudah berada disisinya ketika itu dan dia juga sangat ingin menemui aku untuk menenangkan dia.
Aku sangat mengenali Afiq kerana 2 minggu sebelum kami menduduki SPM ayahnya telah meninggal dunia dan aku lihat sendiri keadaan Afiq ketika itu.
Kini Afiq telah bergelar anak yatim piatu itu yang menyedihkan aku dan disitulah bermulanya titik permulaan kami semula. Bermula dari hari itu kami sudah berhubung semula.
Afiq juga belum mempunyai rezeki anak pada masa itu. Aku tahu statusnya sebagai suami orang dan aku tahu itu salah. Namun apalah dayaku sebagai seorang wanita yang mendapatkan semula sinar perhatian daripadanya.
Kebanyakan masalah yang aku hadapi, aku akan memberitahu Afiq dan dia akan membantu aku.
Pada satu hari, aku meminta bantuannya untuk memeriksa kereta ku kerana aku belum sempat untuk menyervis kereta dan telah mendapat arahan pihak atasan untuk aku melawat anak syarikat lain yang menyebabkan aku terpaksa keluar daerah dengan menggunakan kereta.
Belum sempat untuk aku memberitahu tempat untuk bertemu, Afiq sudah berada didepan ofisku. Aku sangat terkejut kerana aku tidak pernah memberitahunya dimana aku bekerja dan aku juga tidak pernah menunjukkan postingan dimana aku bekerja. Afiq juga tahu dimana rumahku.
Rumahku means rumah yang aku diami sendiri dan bukan rumah aku dengan keluarga ku yang dahulu Afiq tahu. Semestinya aku terkejut kerana rumah ini aku beli selepas aku bekerja dan setelah putus dengannya.
Setelah aku berkeras untuk mengetahui, Afiq menceritakan bahawa sepupuku telah memberitahu dimana aku bekerja. Setelah mengetahui, Afiq sering datang ke ofisku dan parking jauh dari bangunan untuk melihat aku dari jauh.
Dia juga sering mengikuti aku untuk mengetahui dimana rumahku selepas balik bekerja. Menurutnya, dia sering melakukan itu ketika dia merindui ku kerana dia tidak mempunyai cara lain untuk berhubung dan menyatakan rindunya.
Kami jarang bertemu disebabkan jadual kerja aku. Namun kami sering berbalas text. Kami berhubung melalui messenger walaupun kami mempunyai number masing2 untuk berhubung melalui whatsApp.
WhatsApp aku jadikan tempat untuk aku “menyampaikan” keinginan kepada Afiq kerana dia akan melihat setiap story ku. Contohnya, bila aku post “craving” makanan itu ini dia terus hantarkan ke ofis atau kerumahku.
Semasa F disahkan mengandung kelakuan Afiq seperti biasa sahaja sehinggalah F menanti masa untuk bersalin. Selepas F bersalin, Afiq agak sedikit berubah.
Aku bertanya Afiq adakah dia gembira setelah menimang cahaya mata pertama, dia tersangat gembira sehingga tidak terkata apabila bertukar status menjadi seorang bapa.
Pada satu hari, Afiq telah memuat naik gambar mereka bertiga dengan caption “keluarga kecilku”. Perkara sedemikian tidak pernah dilakukan Afiq kerana dia tahu aku tidak suka dan sering menjaga hatiku.
Namun melihat gambar itu, hatiku menjadi tersentuh. Aku kasihan dengan anak kecil itu.
Pada masa itu aku telah nekad untuk tidak mahu meneruskan perhubungan yang salah. Aku juga tidak ingin menghancurkan hati F walaupun dia telah menghancurkan hatiku kerana dia tahu hubungan aku dgn Afiq sebelum mereka berkahwin.
Aku hanya memutuskan perhubungan tersebut melalui story whatsApp dan aku lihat Afiq telah melihatnya. Dalam story tersebut aku berharap there’s no second time or another next time.
Aku berharap itu adalah “break” yang sebenar-benarnya. Sehingga hari ini Afiq tidak pernah mempersoalkan hal tersebut dengan ku dan mungkin dia faham dengan keputusan ku.
Meskipun terkadang aku merindukannya apabila aku menghadapi sebarang masalah mahupun sakit, namun, doakan aku semoga sentiasa kuat untuk meneruskan kehidupan seperti biasanya juga bertemu dengan orang yang tepat suatu hari nanti.
Aku mohon kata-kata yang berfaedah daripada semua pembaca. Terima kasih sudi membaca luahan yang panjang.
– Alin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit