Aku Tak Ada Tempat Mengadu

Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku boleh dikatakan dari keluarga yang senang. Aku ada 4 orang adik beradik.

Aku anak number 2 dari broken family. Abang dan adik perempuan aku dah kahwin. Yang tinggal aku dengan adik bongsu aku yang masih bujang.

InsyaaAllah bulan depan aku akan bertunang dengan lelaki yang bukan pilihan aku. Yang itu aku tak kisah sebab aku kenal keluarga lelaki tu. Dia dari keluarga yang baik.

Aku tak kisah sebab aku dah banyak kali dikecewakan dan di ghosting oleh ramai orang.

Kadang-kadang aku terfikir aku ni ada terkena sumpahan apa-apa ke? Setiap kali kenal dengan seseorang, 2 minggu atau sebulan lepas tu mesti aku di ghosting.

Aku sendiri tanya kenapa, tapi diaorang tak bagi tahu. Memang terus ghosting macam tu aje. Selalu aku fikir aku ni ada salah ke?

Diaorang nak luah perasaan aku sentiasa mendengar. Tapi bila aku nak luah kan perasaan aku. Tiba-tiba diaorang akan cakap yang diaorang ni tengah sibuk.

Oh dan aku ramai kenal dari online. Ada sebab kenapa aku kenal diaorang online je. Tahun ni umur aku 31 tahun.

Ya 31 masih bujang dan tiada simpanan duit untuk diri sendiri. Sebab apa tak ada duit simpanan? Sebab mak aku tak bagi aku kerja.

Bagi dia kalau aku kerja tak ada siapa yang akan jaga rumah. Aku cuba bagi tahu mak aku yang aku ni tak ada kawan. Aku sunyi.

Otak aku tak berkembang disebabkan sentiasa duduk rumah. Sejak dari lepas spm lagi aku tak boleh kerja. Kalau aku kerja pun hanya part time yang amik masa dalam 2 minggu macam tu je.

Mesti ramai orang cakap best tak kerja duduk rumah je. Untuk permulaan mungkin best. Tapi dah lama lama aku rasa sepi.

Sunyi, tak ada kawan nak borak. Tak ada savings. Ya aku dapat macam-macam dari mak aku.

Mak aku beli kan kereta. Duit belanja bulan-bulan cukup untuk bayar bill telephone dan beli barang skincare. Situ aku tak ada simpanan dah, aku cuba buat business tapi tak menjadi.

Bila aku buat business akan diganggu dengan family aku. Apa yang aku buat mesti salah di mata diaorang. Bila aku luah kan dekat mak aku dia kata aku tak bersyukur.

Dia kata ramai orang nak jadi macam aku. Aku bukan tak bersyukur tapi aku nak juga merasa duit sendiri yang aku boleh belanja mak aku dan adik beradik aku.

Aku sendiri malu nak keluar pun masih minta mak duit, kadang2 aku jimat-jimat guna duit aku hanya kerana aku nak beli apa yang aku nak tapi tu la duit aku sentiasa tak cukup.

Aku nak merasa yang aku boleh bercuti tanpa aku fikirkan soal duit. Siapa kan tak nak macam tu. Bila bercuti pun masih minta mak duit.

Siapa tak malu. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Tapi aku rasa aku ni bukan kebanggan mak aku.

Aku rasa aku ni useless. Disebabkan aku sentiasa di rumah aku kurang kenalan. Kawan- kawan sekolah bukan macam dulu lagi.

Hanya contact untuk selesaikan masalah diaorang. Ada yang tiba-tiba tak bertegur. Dan di sebabkan selalu di ghosting dan ditinggalkan aku dah penat kenal dengan orang.

Kawan mak aku berkenan dengan aku. Alhamdulillah dia lelaki yang baik. Tapi ada baran dia.

Biasa la lelaki. Aku cuba jadi yang terbaik untuk dia. Dia baru ditinggalkan ex dia disebabkan ex dia pilih orang lain.

Dia sepatutnya berkahwin dengan ex dia tahun ni. Tapi malangnya dia ditinggalkan ex hanya kerana lelaki lain. Dia kecewa.

Dia cakap dengan mak dia. Dia malas nak mencari dan di tipu lagi dia suruh mak dia cari kan pasangan untuk dia, mak dia suggest kan aku. Aku terima.

Masa awal permulaan kenal dia sentiasa cerita apa yang ex dia buat dekat dia. Aku dengar dan bersimpati dengan dia. Tapi sekarang aku rasa dia dah move on dengan ex dia.

Dia kata atas bantuan aku juga. Alhamdulillah. Tapi skrg bila aku rasa dia dah move on dari ex dia dia jadi lain.

Tak ada lagi sleep call. Tak ada lagi text setiap hari. Hanya text cakap dia dah balik kerja dan kalau call pun dia akan merungut tentang kerja dia.

Aku cuba bagi tau dia masalah aku. Tapi aku akan kena balik yang dia cakap masalah dia lagi besar. Aku cakap yang aku nak cari duit juga nak tolong dia untuk duit kahwin.

Dia kata masalah dia lagi besar. Oh lupa aku nak cakap. Bila aku cakap dengan mak aku, aku nak cari duit untuk kahwin juga dia tak bagi.

Aku cakap nanti lepas kahwin macam mana aku nak bagi dia duit, dia anggap yang bakal suami aku ni akan bayar kan semua. Aku kalau boleh tak nak susah kan dia. Sebab dah kahwin nanti lagi banyak benda yang dia kena bayar.

Tapi still mak aku tak fikir semua tu. Aku pun nak bahagia, aku tak dapat luahkan apa yang aku nak selama ni. Aku bercerita dekat mak aku, aku di anggap tak bersyukur.

Aku cerita dekat bakal suami aku dia kata masalah dia lagi besar. Aku tak ada tempat mengadu. Aku dulu sentiasa ceria dan senyum bila ada masalah.

Skrg aku dah tak boleh nak senyum, itu pun mak aku marah. Mcm mana aku nak senyum kalau aku tertekan dengan semua ni. Aku luahkan dekat sini sebab aku tak ada siapa nak bercerita.

Aku tak merungut tapi aku hanya perlu orang yang boleh mendengar masalah aku. Aku harap aku boleh tersenyum macam dulu. Aku tak suka aku yang sekarang.

Hanya sedih dan menangis setiap hari. Tiada siapa faham perasaan aku. Aku nak tersenyum balik macam dulu.

Aku harap apa yang aku korban kan selama ni berbuahkan hasil. Aku nak jadi seperti orang lain yang ada kerjaya dan simpanan. Ada kawan yang boleh berborak dan keluar bersama kalau aku craving nak makan apa-apa.

Maaf kalau aku ni seperti tak bersyukur dengan aku ada. Aku hanya mahu didengar.

– Aeri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Hi, story ni mmg sgt related dgn aku juga. Walaupun bukan 100% sama. Kita beza umur 11 tahun. Walaupun aku masih muda tpi sejujurnya mmg yg kau cerita tu mmg related dgn aku yg tkde tempat meluah. Ada je kawan sorang jelah. Dlm contact ada 3 org je. Kawan dri smk sorg, sama juga aku tkleh pun meluah kt dia. Dia akan bg sepatah dua kata je walaupun aku text berjela. Dia akn jwb sabar, semua org ada masalah. Start dri situ aku dh tkpernah lg luah apa ii kt dia. I really hope i can reach u out via instagram ke apa. I really need kawan yg betul ii boleh sembang & enjoy dgr story satu sama lain. Kalau kau boleh drop user ig I’ll reach u out soon. Btw lelaki tu red flag. Sorry ckp. Walaupun dia bukan jenis naik tangan atau memaki. Tpi kalau pasangan sendiri tkboleh nk luah apa ii. Jauhkanlah..

  2. Hi Sis,

    Relationship is a two way street, kalau pasangan sis tak boleh dengar and have empathy about your problem, jangan lah expect lepas kahwin dia akan berubah.

    • I know sis . but i dh banyak kali di kecewakan . i dh penat di permainkan n di tipu . It just i will treat him how he treated me .

      TQ for reading this . i appreciate it . thank you so much

  3. Helo, kita sebaya dan kisah hidup sy ada sama sikit dengan awak. Awak cari hobi atau pun class (pottery, baking), senang kata cari aktiviti di luar dan networking from there. Bila dah consisten dengan class2 tu. Awk boleh cari kerja dekat luar senyap2. Sy assume mak awak bagi awak keluar, since awak ada kereta. So cuba cari kerja tanpa pengetahuan mak awk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *