Hi guys. Aku Mawar. Thanks to admin kalau siarkan confession aku ni. Confession aku ni lebih kepada nak meluahkan isi hati. Aku dah mengadu dalam setiap doa dan sujud aku pada Allah. Semoga aku dikurniakan ketenangan, kesabaran dan kebahagiaan didunia dan akhirat. Tapi aku rasa aku perlu luahkan pada seseorang cuma aku tak ada kawan rapat yang sudi dengar luahan aku. Jadi aku decide untuk luahkan kat sini. Semoga kata-kata dan komen pembaca semua dapat aku ambil yang positif sebagai kata-kata semangat dan doa.
Aku dapat panggilan dari bank minggu lepas menyatakan loan kereta aku dah diluluskan. Tapi tak fully approve. Aku terpaksa sediakan sedikit wang deposit yang sampai sekarang aku rasa buntu tak tahu nak cari kat mana. Mesti pembaca tertanya-tanya, “takde savings ke budak ni?”. Ya. Aku tiada apa-apa savings. Loan kereta yang aku apply ni pon yang zero deposit dengan harapan aku hanya perlu bayar sedikit fees sahaja untuk dapatkan kereta. Mungkin ada yang berfikir, “dah tahu tak mampu nak berkereta kenapa pergi buat loan kereta?”. Sebab bapak aku baru jual kereta dia atas tujuan yang aku cukup tak boleh terima. Jual kereta hanya untuk kekayaan yang sementara.
Aku cuma ada motor je yang aku guna untuk kerja. Kalau hujan memang lencun habis. Sejak dua menjak ni mak aku selalu sakit. Jadi agak sukar untuk aku bawa mak aku ke klinik kalau dia sakit. Setakat ni aku bawa naik motor jelah sebab dia masih mampu untuk bangun dan berjalan. Tapi andai satu masa mak aku dah tak larat nak jalan, aku memang terpaksa juga bawa guna kereta. Jadi sebab tulah aku try buat loan kereta tu. Bila jadi macam ni, aku jadi terlalu overthinking dan rasa tak tenang memikirkan kat mana aku nak cari duit.
Dengan stress di tempat kerja, bertambah dengan perangai bapak aku yang gila harta, aku jadi bertambah tertekan. Abang dan kakak aku pulak langsung tak ada effort untuk bantu. Sebab bagi mereka, mereka bersyukur dapat keluar dari rumah dan ada kehidupan sendiri. Sebab apa? Perangai bapak aku. Bapak aku ni seorang yang sangat ego dan meninggi diri dan panas baran. Ego tahap dewa dan tak pernah nak mengaku salah. Selama hampir 28 tahun aku hidup, seingat aku bapak aku memang sikit pon taknak dengar cakap orang walau dia salah. Tahap meninggi diri dia pulak sampai tahap boleh judge orang masuk neraka atau syurga. Bayangkanlah 28 tahun hidup dengan perangai bapak aku yang macam ni.
Cuma dengan mak aku je tak. Dia suka berdengki dengan mak aku. Aku tak faham kenapa. Sampai ada satu ketika tu mak aku fed up dengan bapak aku dan melawan cakap bapak aku. Tak pernah aku tengok diorang bergaduh macam tu. Bapak aku baling kerusi plastik yang mak aku buat solat ke arah dia. Aku tergamam dan kaku tak tolong halang pon bapak aku. Tapi syukur mak aku takde pape. Memang aku nangis sekuat-kuatnya sampai bapak aku berhenti tengking mak aku dan keluar. Start dari situ aku nekad suatu hari nanti bila aku dah kerja dah mampu nak hidup sendiri aku nak ajak mak aku pindah rumah. Tapi sekali lagi aku diduga. Bapak aku pergi buat loan personal tanpa pengetahuan kami. Mak aku tak bekerja jadi mak aku minta abang and kakak tolong bayarkan sikit sorang. Masing-masing bertekak taknak bayar dan akhirnya mak aku minta aku bayarkan.
Aku jenis yang bila mak aku minta sesuatu aku akan cuba tunaikan. Walaupun aku rasa tak adil sangat aku yang terpaksa bayar tapi aku iyakan jugak sebab hati aku tak sanggup nak bertekak sesama adik beradik pulak. Tapi mak aku cuba sedaya upaya bantu bayar sikit-sikit dengan berniaga kecil-kecilan jual kuih, upah menjahit. Inilah sebabnya aku tak dapat nak saving sebab duit aku habis pada komitmen diri, barang dapur, bayar hutang dan duit bulanan orang tua. Bapak aku memang 100% lepas tangan dan buat bodoh macam takde apa yang berlaku. Aku sakit hati sangat sampai aku akan elak bersua muka dengan dia. Duduk makan semeja lagi la tak pernah. Aku macam menyimpan dendam pada dia. Aku tau aku tak patut buat macam tu tapi hati aku terlalu sakit untuk telan semua ni sendiri.
Jadi bila aku dapat tahu aku kena prepare sedikit duit untuk lepaskan kereta. Aku jadi tak sanggup nak cerita kat mak aku sebab aku taknak susahkan hati dia. Aku terkilan adik beradik buat tak tahu je. Takde nak membantu pun. Sudahlah aku nak cari kerja part time kat tempat aku ni susah sebab aku duduk kat kawasan luar bandar je. Kalau kat bandar macam-macam kerja aku boleh buat. 2 3 kerja pon takpelah as long as aku dapat senangkan mak aku dan aku. Aku pernah nyatakan hasrat aku untuk bekerja di bandar dan mintak abang and kakak aku take turn jaga mak bapak aku pulak tapi masing-masing semua marah aku tak bagi kerja luar.
Aku kecewa sangat. Sejak dari tu bila aku balik kerja aku kurung diri aku dalam bilik. Aku jadi pendiam kat office dan kat rumah. Jadi dingin. Kadang-kadang aku jadi pemarah tak tentu pasal. Aku stress. Menangis tanpa sebab. Susah tidur. Aku banyak termenung. Entahlah. Kadang aku rasa give up nak hidup. Aku tak bahagia dengan hidup aku.
– Rose
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit