Aku Tak Boikot FB

Aku duduk di meja sudut seorang diri sambil mengelamun.. dan tiba2 Zeti (bukan nama betul), kawan di tempat kerja menepuk bahu. Tak sangka pulak boleh terjumpa di pusat servis kereta ni.

Aduh… aku sebenarnya plan nak habiskan masa sorang2 kat sini untuk me-time. Orang introvert paham kot perasaan ni macam mana.

“Sorang ke? Aku duk sini, boleh?” Zeti selamba je meletak beg & menghenyak punggung di kerusi sebelah, aku nak jawab pun tak sempat.

Aku pun berbasa-basi walaupun dalam hati macam terganggu sebab plan asal dah lari.

“Nah, kopi” Zeti dengan bermurah hati meletakkan 2 tin kopi susu Sarang Burung di atas meja. Macam dibeli di vending machine walaupun sebenarnye ada je disediakan kopi & biskut untuk pelanggan sementara menunggu.

Aku geleng2 kepala je, cakap aku dah habiskan 2 cup kopi dah pun (sambil tunjuk cup atas meja).

Zeti senyum sinis.. “Boikot ke? tapi kau pakai kereta US yang kuat jugak back-up Is****. Biggest funder lagi” Tu diaaaaa. Macam dah lama pendam eheh.

Oklah meh aku clearkan sedikit background supaya korang senang paham conversation ni.

Aku jenis suka share pasal any news on P di FB, insta, and X. Any videos yang aku rasa perakam asal berharap ada orang share, aku akan share. Aku ni jenis tak suka share anything yang tunjuk gambar accident ke, patient terlantar atas katil ke, atau yang sadis or ternampak aurat.

Tapi untuk kes ni aku rasa aku kena share the raw footages untuk sedarkan orang ramai (member2 aku kat us nuuu) yang mende ni sedang berlaku untuk buka mata & hati. Sebab kalau censored, orang takkan faham & impact dia tak menusuk di kalbu.

Boleh kau bayang tak macam mana rasa jadi mak2 yang kutip cebisan daging zuriat dia?? Atau budak2 kena bukak pakaian tinggal seluar dalam je ditutup mata & diikat tangan dengan abang/ bapa/ datuk diorang sebelum disumbat masuk dalam trak??

Aku nak tulis ni pun rasa menggigil tangan. Kadang2 otak/hati aku burn out dengan semua imej tu tapi aku rasa aku tak layak nak stop sebab diorang masih lagi diseksa walaupun dengan berita gencatan senjata ni.

Zeti jenis yang once in a while akan up dekat status dia “kalau nak boikot, boikotlah FB sekali” spesis ni, korang paham kan.

Aku selalu tengok die up status lebih kurang macam tu tapi tak berapa nak butthurt pun sebab aku taklah lantang sangat up bab2 boikot + mengata sapa yang tak boikot. Bagi aku mende tu, kalau kau empathy dengan nasib diorang, akan datang secara semulajadi pun..

& kadang2 memang takde pilihan sebab kedai lain tutup ke, sebab member dah tapaukan ke. Kalau tak makan, basi pulak. & then satulah Zeti ni ada famili dia kerja dekat brand yang jadi main target BDS, so mungkinlah ni pun ade contribution factor kenapa dia bitter dengan orang terpaling P kononnya macam aku.

So aku in way agak paham laa position dia. Anyway aku harap dengan naiknya jenama2 local ni, famili dia tu dapat kerja yang lagi baik. Aamiin.

Masa aku dapat soalan cepumas tu, actually aku kalau boleh nak berlakon pitam ke apa, sebab aku dah banyak kali dapat dari orang lain + seriously aku malas nak ulang mende sama.

“Kan aku dah cakap aku dah minum banyak kopi. Kau sentap dah kenapa.” Saja layan.

“Taklah, ramai orang kan sibuk pasal boikot lah ape lah, tapi tak boikot semua jugak. Hipokrit.” Haha part ni aku rasa belang tarung aku macam terkeluar sikit kat dahi.

“Habis tu kau nak macam mana?” Saja aku pancing, sambil dlm otak berfikir lagi macam mana aku nak pahamkan dia sudut pandang aku.

“Yelah, macam boleh pilih2. Tak acilah macam tu.” Mulut Zeti menjuih. Ikat dengan getah ni baru tau hehe.

“Oklah, aku nak tanya. Kau mesti tau kan ape yang tengah jadi dekat P?”

“Tahu. tapi issue kat sana, kita sedekah & doakan je lah. Kenapa nak drag sampai susahkan ekonomi negara kita.”

“Kau mesti tahu kan dah berapa lama diorang kena tindas. Pernah kau pikir sebab apa mende macam tu boleh continue jadi walaupun manusia sekarang konon dah lebih moden dengan macam2 agenda untuk I&D?” I&D tu inclusiveness & diversity, selalu guna term ni dekat banyak kompeni.

“Tahu.. tapi tu bukan masalah kita kat Malaysia ni. Kau tak takut diorang serang kita pulak?” Zeti indirectly tak jawab soalan.

Aku jawabkan je lah. “Sebab propaganda, betul? Sebab narrative yang dibawak selama ni Is**** tu cuma pertahankan diri dari diserang & kena rape oleh jihadist. Sebab selama ni Hms dicanang as teroris. sebab Natangyahukhinzzharrrrom tu mengaku jadi peacemaker.”

Orang meja tepi dah pandang2 so aku perasan tone suara aku dah lain, jadi aku cuba control.

“Kau rasa apa lebih P sekarang berbanding dulu? Dulu semua media kena control tapi thanks to abam mark sekarang kita ada big socmed platform. Unfiltered!”

Okeylah actually tak betul 100% jugak sebab abam mark punye team bertungkus lumus jugak untuk filter & aku sendiri pun dah beberapa kali masuk ‘penjara’ FB. Tapi bila volume orang terlalu ramai orang share and react to it, banyak jugak yang bolos hehe.

Zeti diam, aku rasa dia harap something more klise i.e. ‘kalau tak buat semua, buatlah apa yang mampu’ kot. “Kau rasa kalu P supporters keluar dari FB or insta, siapa yang paling untung? Bukan zion yang paling suka sebab dia ade full control on the narrative?”

“Tapi tak bermaruahlah macam tu. Kenapa tak buat socmed sendiri je? Harap jugak dekat socmed zion? China boleh je buat Weibo, apesal muslim bergantung jugak dekat FB? Buatlah platform sendiri!!”

Zeti2, nampaknye muka blur kau dalam meeting tu memang valid. Ternyata sel2 otakmu lambat berhubung. Aku ingat kau saja buat muka blur sebab taknak dapat action item. Haihhh mujur lain department.

“Kau cakap pasal maruah bila lawan dengan zion? Kau ingat diorang ni pernah play fair ke? Pasal socmed pulak, kau kena fikir pasal audience.

Mende macam FB, insta, X, ialah universal & banyak nation yang join. Rata2 diorang ni rasa IS**** tu baik & semua ni start Oct 7th sebab Hms yang provoke. Audience mcm ni yang penting untuk disedarkan untuk create momentum.

Kau tak rasa masa sekarang ni majority manusia dah mula beralih arah & topeng propaganda zion dah mula terangkat? Kau tak rasa nak jadi part of the movement ke? Kau tengok ada jenama2 besar sekarang dah tersungkur? Manusia dah hantar isyarat & mula bersatu atas dasar humanity”

Zeti diam. Aku nampak laa ade moment bijik mata dia tu keatas macam tak puas hati haha kisah ape aku, kau yang start.

“Tapi sekarang kau memang sokong P sebab diorang islam je kan. Bukan atas dasar humanity pun, right. Sebab kalau diorang ni non-muslim mesti kau tak bising pun.” Yeszaa aku dah agak point ni mesti keluar.

“Oklah aku tanya ni. Kalau kau baca posting anak somebody dekat some universiti kena buli, ape kau buat? Paling2 kau kutuk dalam hati kan.

Then kau baca latest news, rupanya budak yang kena buli tu dekat local university, same uni yang kau pergi. Then kau tahu yang buli tu dah lama jadi and tulang budak tu dah patah 3. Mesti impact dia lain kan. Kau takkan duduk diam, betul? Mesti kau marah & tak puas hati kan?

Ok last skali kau terbaca posting yang baru, budak kena buli tu dah masuk dalam ICU sebab peluang nak hidup 50/50, then rupanya budak tu adik bongsu kau. Apa kau buat masa tu? Takkan marah kat mulut je? Paling2 lepas report polis kau nak jumpa pelaku tu kan.”

Zeti buat muka flat. “Aku tak paham ape yang kau nak cakap.” Yesss aku memang tak terkejut Zetiiiii kalau kau tak faham.

“Maksud aku, reaksi kita akan berubah-rubah ikut info yang kita ada, dan juga hubungan kita dengan orang yang terlibat. Ade element subjektif kat situ.

Sebab tu aku rasa tugas utama kita untuk sebarkan biar dunia tengok kekejaman yang tak masuk akal ni. Mungkin macam tu baru orang lain mula bersuara & protest. Aku memang tak mampu Zetiiii untuk tak jadi hipokrit macam ko cakap awal2.

Kereta ni aku dah pakai 5 tahun, takkan aku nak buang? Telefon ni company bagi, takkan aku nak pecahkan? tapi bab sebarkan tu usaha yang aku boleh buat selain dari berdoa & sedekah macam kau cakap. Diorang ni saudara seagama, cubit peha kiri, peha kanan pun sakit.”

Telefon aku berbunyi, service agent inform kereta dah siap.

“Oklah Zeti, aku gerak dulu. Maaflah kalau ade terkasar bahasa. Kita ni lahir kat sini, tak diuji macam diorang. Cuma aku mintak sebelum kau tanye & menganjing2 orang lain kenapa tak boikot semua, kau tanye dulu diri sendiri apa yang kau dah buat buat untuk diorang.”

Zeti aku tinggalkan di sana. Entah macam mana rupa dia, aku tak tahu. Cuma lepas aku sampai rumah ni, aku cubalah capture balik conversation aku dengan dia dalam iphone ni, and up dekat FB milik abam mark untuk tatapan korang.

Aku penat kadang2 nak justify kenapa aku buat this & kenapa aku tak buat that kalau aku betul2 support P. Yang aku boleh jamin, those yang buat2 tanya & bising ni, diorang pun tak buat apa sangat.

Dengan pemikiran ‘what about-ism & kepala binary diorang tu, cakap banyak pun tak guna. Konon dia yang paling pandai sebab tahu abam mark ni talibarut is****. Ceh, ingat orang lain tak tau ke?bAku rasa ramai yang sekapal dengan aku. Tapi entahlah.

Terima kasihlaa baca coretan aku. To Zeti, malam ni kau makan kismis ye. Esok masuk meeting jangan blur2 lagi.

– Biskut Oat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Betul la tu.benci betul puak2 yang menganjing orang2 yang support BDS movement ni.ayat biasa diorang, “bukannya bagi kesan pun kalau kita boikot/ orang kita jugak yang terkesan kalau kita boikot/abestu,tak nak boikot social media jugak ke,bla bla bla”. Lantak engkau la situ labu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *