Aku Tak Cantik

Anda boleh juga baca confession ini, (https://iiumc.com/nenek-aku-pencuri/).

Hello guys. Harini aku nak cerita pasal diri aku yang tak cantik ni. Bukanlah hebat mana pun ceritanya, tapi aku nak ceritakan pengalaman aku kena diskriminasi hanya kerana rupa aku yang tak berapa cantik. Nama aku Mak Cik Lengkuas dan pada 2015, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke satu universiti terkemuka dalam Malaysia ni. Jadinya, di situ aku berkawan dengan ramai orang tapi hanya ada dua orang saja yang betul-betul rapat dengan aku. Boleh dikatakan kami ni genglah. Asyik berkepit je ke mana-mana.

Zaman tahun 1, kalau boleh semua projek nak sertai hahah. Apa je projek, semua berseret nak pergi interview. Okey!Kisah aku didiskriminasi ni terjadi bila kami ambil keputusan untuk join organisasi pengurusan majlis konvokesyen universiti. Masa tu kami perlu hadiri interview terlebih dahulu untuk fasa pemilihan AJK. Oh btw, kami pergi apply bahagian pengurusan jubah graduasi. Jam 9 malam, kami datanglah interview tu. Kawan aku yang lagi dua orang ini, memang tak dinafikan lawa. Lainlah macam aku yang tak secantik mereka. Tapi aku tak pernah rasa rendah diri atau rasa kurang pun. Aku namakan mereka dengan nama Siti Bawang dan Nur Halia.

Sebelum interview, kami macam nervouslah juga. Macam Siti Bawang, dia memang dah aktif berpersatuan. Berbeza dengan Nur Halia yang mengakui bahawa dia memang jarang join projek atau aktiviti. Kiranya kalau ikut tangga experience, Siti Bawang no 1, aku no 2 dan Nur Halia no 3 sebab dia tak banyak pengalaman.

Bila Siti Bawang dan Nur Halia masuk bilik iv, aku boleh nampak senior tu gelak sakan dengan depa. Aku boleh nampak dari luar since bilik tu berkaca. Bila tiba turn aku masuk interview, senior tu tanya berapa banyak projek atau aktiviti yang pernah aku handle. Memang agak banyak sebab masa form 6, aku agak aktif berpersatuan dan menguruskan hari-hari penting di sekolah. Aku jawab bersungguh beb. Mengomel panjang-panjang pasal pengalaman handle projek. Tapi senior tu tak mesra or gelak-gelak pun dengan aku. Tapi aku positif je la.

Masa tu Siti Bawang dan Nur Halia dah habis interview. Mereka tunggu aku dekat luar je. Kemudian kami balik hostel macam biasa. Kami dimaklumkan keputusan interview akan diberitahu melalui Whatsaap dalam masa seminggu. Lepas 3-4 hari gitu, Siti Bawang dah dapat Whatsaap mengatakan dia lulus iv dan ditarik jadi AJK tu. Aku? Aku tak dapat beb. Mula-mula aku rilek sebab biasalah pergi iv. Kadang lepas kadang tak. Aku chill jelah. Lagi pun bukannya mati aku tak dapat jadi AJK kat situ hahahah. Tapi yang tak best bila tiba-tiba aku dapat tahu yang Nur Halia lepas interview. Pergh terus aku macam down. Ya. Dia takde experience tapi dia ada muka. Aku ada experience tapi takde muka. Its so sad.

So aku buat andaian bahawa maybe depa pilih Nur Halia sebab dia lawa dari aku. Benda tu terus buat aku jadi down. Sejak itu aku sematkan dalam kepala hotak aku yang “aku tak cantik”. Kejadian aku ditolak interview tu buat aku jadi insecure 9999900% dengan diri sendiri sedangkan sebelum ini akulah orang yang confident dengan diri sendiri. Bayangkan aku punya paranoid tu sampai tahap bila aku keluar dan terserempak dengan budak lelaki, aku terfikir depa tengah bisik “kau tak lawa”. Sampai macam tu sekali aku terbawa-bawa perasaan. Sejak hari tu juga aku fikir semua lelaki hanya suka dan mahukan perempuan yang lawa. Aku fikir juga aku akan susah dapat kerja sebab aku tak cantik meskipun aku ada skill dan pengalaman kerja. Aku fikir aku takkan dapat layana sama rata sebab “aku tak cantik”.

Aku murung dekat sebulan dan memang aku hidup dengan insecurities. Akhirnya aku decide untuk pergi kaunseling. Ye guys. Aku pergi kaunseling sebab aku punya insecure memang dah tak boleh kawal lagi. Memang mental aku punah. Memang aku jadi terlalu terfikir-fikir pasal “diri aku tak cantik”. Bila aku pergi, aku dapat kanselor lelaki muda. Memang aku luah semua pada dia. Sebagai kaunselor, dia memang bagi banyak kata semangat dan cadangan untuk aku bangun balik dan tak terbawa-bawa penyakit insecurities dan overthinking aku. Dekat 4 sesi juga aku pergi jumpa dia. Dia cakap dengan aku supaya beranikan diri. Dia sarankan aku untuk cuba buat apa yang aku suka dan pergi cuba minta sertai mana-mana aktiviti lain. Mula-mula aku takut tapi aku pun tahu penat hidup dalam insecurities sebab ia membataskan minat dan apa yang aku nak buat.

Jadi aku decide dan beranikan diri untuk join satu kelab aktiviti di kolej. Aku tak sangka mereka menerima aku dengan baik. Memang aku grab back semangat aku. Aku tahu tak semua orang ambil pusing soal wajah dalam hidup beraktiviti. Aku happy sebab kawan-kawan kelab tu terima aku dan aku rasa sangat diraikan. Sejak itu, aku sedar aku cuma terlebih berfikir buruk pada diri sendiri. Aku terlalu pandang rendah pada diri sendiri. Aku jumpa terlalu terkesan dengan senior yang keparat tu!

Kejadian senior yang tak ambil aku tu memang buat aku makan hati dan sampai bila-bila aku tak akan lupa perbuatan tidak adil dia. Awalnya aku marah juga pada Nur Halia cuma depan dia, aku buat macam tak ada apa-apa meskipun aku stress dan rasa murung lepas gagal dipilih. Tapi aku faham mungkin tu rezeki dia dan rezeki aku ada di kelab-kelab lain. So guys, aku harap perangai korang tak macam senior yang jadi penemuduga tu. Jadilah manusia yang adil supaya semua orang dapat hak masing-masing. Dan sesiapa yang ada perangai macam aku, tolonglah berhenti pandang rendah diri sendiri guys. Penat tau nak galas fikiran dan prasangka negatif ni. Let cheer up dan shine yourself okey?

– Mak Cik Lengkuas

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *