Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-tak-faham-dengan-diri-sendiri/).
Salam & hi, terima kasih sangat untuk comment2 positive korang. Tersenyum sorang2 bila baca, tapi kesal sikit bila ada yang comment benda yang dirasa lawak tapi tidak.
Saya harap yang comment tidak murni tu janganlah teruskan perangai macam tu pada orang lain. Tau tak korang sebenarnya pembunuh dalam diam.
Kepada yang cakap “kifarah gila kot”. Saya tak taulah macam mana cara awak membaca. Saya dah terang2 cakap saya kena dari zaman sekolah rendah lagi, bukan baru jadi macam tu selepas terlanjur.
Awak bakal berkahwin & bakal ada anak2, atau mungkin sudah kawin & ada anak. Jagalah percakapan, Allah tu kalau nak balas kadang2 bukan pada diri sendiri, tapi pada anak2. Saya tak mendoakan, tapi memang dah ramai yang kena macam tu.
Kepada yang kata “dosa zina tak marah, anak tak bersalah kau marah”, saya rasa takde satu pon luahan saya yang menyatakan saya marah anak saya sebab dia hasil zina.
Saya dah explain sehabis baik, cuma tinggal awak je yang nak baca dan fahamkan. Takpe kalau awak tak faham, tapi jangan fitnah.
Saya simpan kandungan dan lahirkan dia, maknanya saya sayang dia. Apa pulak motif saya nak marah dia hanya sebab dia luar nikah? Kalau betul saya marah dia atas sebab macam tu, baik saya gugurkan kandungan dulu.
Tapi kalau buat macam tu, orang macam awak ni akan cakap “buat anak pandai, tapi tak nak tanggung” dan sebagainya. Orang macam awak memang takkan puas, hanya tau menyalahkan orang lain.
Berkaitan perancang kehamilan, Alhamdulillah saya memang dah pasang implanon minggu lepas. Solat taubat pon memang dah lama saya lakukan. Tapi saya tetap berterima kasih atas cadangan korang, hihi.
Ada juga beberapa comment yang kata saya muda lagi, selalu yang baya2 saya masih tengah enjoy, mungkin ini pon salah satu sebab.
Tapi saya tak rasa ni punca. Sebab saya memang bukan jenis yang suka enjoy dengan kawan2 walaupun sebelum berkahwin. Apatah lagi bila dah ada anak.
Saya rasa lebih happy setiap kali keluar dan spend time dengan family saya sendiri. Tak pernah terlintas pon rasa cemburu bila tengok kawan2 yang lain tengah enjoy.
Kalau saya diberi peluang untuk keluar dengan kawan pon saya akan tolak, saya lebih tenang habiskan masa saya sama2 dengan suami dan anak2. Suami pon bukan jenis yang kaki melepak, dia pon selalu habiskan masa dengan kami je.
Saya memang selalu communicate dengan husband. Dia pon memamg memahami, good listener dan banyak menolong. Cuma kadang2 perasaan yang macam saya ceritakan pada part I tu diluar kawalan.
Saya akan cuba untuk jumpa pakar, tapi saya takut yang saya tak dapat nak bukak mulut untuk cerita, sebab saya introvert dan susah sangat nak kongsi masalah dengan orang. Selalu cuma kongsi dengan suami je dari A-Z.
Tapi saya akan cuba jugak kuatkan diri untuk jumpa pakar, sebab saya nak sihatkan mental saya untuk diri sendiri, anak2 dan suami.
Btw, saya tau ramai dekat luar sana dah pernah terlanjur, ada yang dah bertaubat dan sudah berkeluarga juga.
Jadi untuk orang2 yang nampak, dengar atau baca cerita berkenaan terlanjur atau anak luar nikah, tolonglah jadi positive dan comment yang baik2 je.
Kalau tak mampu nak kata yang baik, jangan cakap apa2. Menyakitkan hati orang lain pon berdosa jugak. Jangan terlalu sibuk menghukum orang sampai terlepas pandang diri sendiri tengah buat dosa.
Semua orang pernah buat dosa, antara besar atau kecik, antara aib masih dilindungi atau dah tersebar. Jangan benci pendosa tapi bencilah dosa yang dilakukan.
Tak perlu sampai nak menghina, jadikan bahan lawak yang tak lawak pon sebenarnya, berkata kasar dan menyakitkan hati.
Allah bukan sahaja tengah menguji si pendosa, tapi Allah juga tengah menguji orang disekeliling. Dosa kepada Allah, boleh bertaubat dan minta ampun pada Allah.
Tapi dosa kepada manusia? Macam mana nak dapatkan kemaafan kalau orang tu tak maafkan? Macam mana nak hapuskan dosa menyakitkan hati orang kalau sampai mati pon orang tu masih sakit hati dengan kata2 kita?
Lagi satu, Allah tu maha adil. Setiap caci maki hinaan dan herdikan yang keluar dari mulut kita, Allah boleh balikkan pada kita bila2 masa.
Mungkin bukan sekarang, tapi nanti. Mungkin bukan pada kita, tapi pada anak kita. Mungkin bukan pada anak kita, tapi pada cucu kita.
Atau mungkin jugak bukan di dunia, tapi di akhirat.
Apa2 pon, terima kasih sangat atas comment2 positive korang. Saya happy sangat bila baca comment2, suggestion yang membina dan doa2 dari korang. Saya doakan korang dan keluarga sentiasa dilindungi oleh Allah, amiinn.
Tolong doakan semoga saya dan keluarga kecil saya sentiasa terus berada di jalan yang betul, dilindungi Allah dan bahagia bersama sampai ajal menjemput.
Terima kasih sekali lagi semua
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit