Salam & Hi kepada semua readers,
Aku sebenarnya buntu. Aku adalah seorang isteri & ibu kepada dua anak, umur aku belum lagi genap 21. Muda bukan? Okaylah bukan nak flex, harap tak ada yang condemn sebab umur aku.
Sebab kenapa aku tulis disini ialah aku nak dapatkan kepastian. Mood aku terlalu cepat berubah, sekejap marah, sekajap happy, sekejap penat, sekejap bertenaga. Aku perasan yang aku jadi macam ni lepas lahirkan anak pertama.
Aku cuba ringkaskan cerita, tapi tak dapatlah ringkas sangat, nanti korang tak faham. Sebenarnya dari zaman sekolah lagi aku ada masalah dengan mental aku, tak boleh nak kata depression sebab belum jumpa pakar.
Puncanya sebab masa sekolah aku selalu dipalau. Orang tak suka berkawan dengan aku, entah dimana silapnya.
Aku yang beria mencari kawan, tetapi sering dikebelakangkan, mungkin sebab aku tak fun macam budak2 lain. Aku selalu fikir dua tiga kali sebelum cakap sesuatu, sebab tak nak hati orang terguris.
Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah, nasib aku tetap sama. Aku tak ada kenangan manis bersama kawan. Aku sunyi, aku anak tunggal, tiada adik beradik, tiada teman berborak.
Ayah pon tiada, yang ada cuma mama. Aku dengan mama memang rapat, dia lah kawan, dia lah ayah, dia lah ibu. Tapi korang pon tau, ada benda yang kita nak cerita dengan kawan & tak sedap diceritakan pada ibu.
Aku selalu tipu ibuku, dari sekolah rendah lagi. Aku cakap yang aku ada ramai kawan, semua orang suka aku.
Dan aku juga selalu buat alasan untuk ponteng sekolah. Aku tak suka pergi sekolah, hati aku macam nak pecah tapi aku tak dapat cerita pada siapa2.
Tapi semua berubah lepas aku masuk college. Aku jadi diri sendiri, cakap tak bertapis & tak fikir pasal perasaan orang lain. Aku dah malas, bagi aku, kalau kau nak kawan, kawanlah. Kalau tak nak, sudah. Aneh, ramai pulak kawan yang aku dapat.
Tapi takde sorang pon yang aku anggap kawan, semua aku anggap kenalan. Sebab tak nak hati aku sakit lagi. Aku jumpa suamiku masa di college. Kami kenal tak lama, tau2 dah bercinta. Jujur aku cakap, kami terlanjur, bukan sekali dua.
Aku mengandung. Kalau aku cerita ni mesti korang pelik. Walaupun mengandung anak luar nikah, peliknya, aku dengan suami aku gembira.
Perasaan tu sukar untuk digambarkan. Bercampur baur. Suami aku memang dari awal kenal dah berjanji nak jadikan aku isteri. Aku bagitau ibuku dulu tentang hal ni, waktu tu sebelum masuk dewan peperiksaan.
Ibuku sedih tapi tetap beri kata2 semangat dan doakan aku. Dia kata, nasi dah jadi bubur.
Sebulan selepas tu, suami aku pulak bagitau ibu bapanya. Diorang suruh gugurkan, sebab kami masih belajar, dan kalau kawin pon anak masih tak boleh dinasabkan suamiku. Ibunya berkeras suruh gugurkan, dia kata dia tak restu anaknya kawin denganku.
Suamiku memang bukan anak ibu. Dia tak rapat pon dengan ibunya. Aku mengandungkan anak pertama kami, mestilah kami nak simpan anak tu. Walaupun hasil dari zina, tapi anak tu tetap berharga. Aku pon bukannya jenis social, aku introvert.
Takde sorang pon kawan lelaki, nak bercakap dengan lelaki walaupun sedara sendiri pon susah. Suami aku ialah lelaki pertama yang aku jumpa & bercinta, satu-satunya lelaki yang aku serahkan maruah.
Suami aku ajak kawin tanpa pengetahun keluarganya. Disebabkan aku anak angkat, process mahkamah makan masa dan kami akhirnya nikah selepas anak pertamaku masuk 2 bulan.
Sampailah pertengahan Ramadhan tahun ni, akhirnya aku paksa suamiku untuk bagitau keluarganya.
Mil & Fil terkilan, mereka kata patutnya bagitau saja lepas dah nikah. Ni anak kedua dah masuk 2 bulan baru mereka tau. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
Mereka terima aku, malah belikan macam2 dan layan macam anak sendiri. Fil siap sponsor untuk majlis resepsi kami, bukan sikit, 27k tu semua dia yang tanggung. Diorang pon dapat terima anak-anak aku.
Sekarang ni, yang aku tak faham, emosi aku. Selepas bersalin anak pertama, aku meroyan. Masa tu emergency czer, aku tak dapat jumpa anak aku selama seminggu.
Bila dah keluar ward, aku kena tahan balik dekat ward kanak2 sebab anak aku masih on antibiotic.
Dengan pergerakan terbatas, aku kena buat semua sendiri. Aku rasa mungkin tu punca aku meroyan. Aku pukul anak aku dekat ward, nurse datang dan tenangkan aku. Aku nangis-nangis mintak nak balik.
Dengan anak pertama, aku cuma mampu bagi susu badan sampai hampir sebulan je. Aku tak larat nak duduk & tunggu dia habis menyusu, sebab aku czer & bentan.
Aku tak boleh dengar dia menangis, nanti aku rasa nak bunuh dia. Aku tak sayang dia. Sampailah 4 bulan lebih, baru perasaan tu beransur hilang.
Tapi selepas dari tu, aku perasan yang aku berubah menjadi seorang yang baran. Most of time, emosi ku tak dapat dibaca. Suami aku yang banyak tolong jagakan anak. Kerja rumah pon dia tak pernah suruhku buat, apatah lagi memasak.
Dia seorang suami yang sangat memahami, aku berani cakap yang 90% kerja rumah & anak memang dia yang uruskan.
Oh lupa nak cakap, aku dah berhenti belajar dari college lama dan masuk university baru. Jadi, aku masih lagi student. Sekarang tengah buat degree.
Lepas lahir anak kedua, aku tak meroyan. In fact, aku sayang sangat dekat dia. Bila tengok muka dia, hilang semua rasa marah.
Tapi aku masih rasa annoyed dengan anak pertama. Ada masa aku sayang sangat anak pertama, ada masa aku rasa nak pukul2 dan lepaskan marah aku.
Tapi aku kawal diri aku. Aku rasa bersalah sangat, bukan niat aku untuk jadi macam ni. Aku tak pernah mintak untuk jadi macam ni. Aku excited sangat tunggu anak pertamaku keluar, tak pernah aku sangka keadaan jadi begini selepas dia keluar.
Emosi aku makin hari makin terganggu. Aku sering rasa penat, padahal aku dapat tidur yang cukup. Kalau anak mintak susu pon, suami aku yang akan bangun. Aku jadi rimas sebab aku tak faham diri aku, suami aku lah yang sering terkena tempias.
Kadang2 aku rasa nak nangis dan toreh tangan macam yang aku pernah buat dulu. Kadang2 aku tiba-tiba gembira. Kadang2 aku rasa puas bila buat anak aku nangis. Kadang2 lepas marah, aku perasan yang aku tersenyum. Macam involuntary action.
Kau tau kau buat, tapi sebenarnya kau tak nak buat pon. Tapi yang paling selalu aku rasa ialah nak tidur lama, walaupun baru bangun, aku rasa nak tidur lagi. Tubuhku cepat lesu, otakku cepat give up.
Nak bercakap dengan orang pon aku jadi malas, aku cuma banyak borak dengan suamiku. Kalau boleh aku nak mengelak dari perlu bercakap dengan orang lain, termasuk ibuku sendiri.
Pada pendapat korang, mental aku bermasalah ke? Aku ada penyakit ke? Kalau ada, penyakit apa? Ada tak orang yang mengalami benda sama? Patut ke aku berjumpa dengan pakar? Kalau patut, dekat mana dan bagaimana cara untuk berjumpa dengan pakar?
Terima kasih sudi baca luahan aku yang panjang lebar. Aku nak berubah, aku sayang anak-anak dan suami aku, tapi aku tak tau cara dan aku tak tau apa masalah dengan diri aku ni.
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit