Aku Tak Kaya

Salam and hi readers .

Pertama sekali aku nak cerita sikit pasal diri aku. Aku perempuan dan merupakan anak sulung dalam adik beradik aku. Adik2 aku ramai dan masih bersekolah. Gaji ayah aku pulak tak besar untuk menampung kami sekeluarga memandangkan mak aku tidak bekerja dan kami hidup di ibu kota. Jadi memang setiap bulan gaji ayah aku tak cukup untuk kami.

Aku merupakan pelajar di sebuah ipta di johor dan yes, aku peminjam ptptn. Aku akui duit pinjaman ptptn memang tidak mencukupi utk menampung hidup aku sehingga ke hujung semester dan aku tahu keluarga aku bukan orang senang, jadi aku cuba survive dengan duit itu sehingga ke hujung semester. Bukan apa, aku segan untuk meminta duit dari ayah aku walaupun ayah aku ada cakap, ‘kalau takde duit, bagitau ayah nanti ayah transfer’ . Aku takut untuk minta sebab aku tau ayah aku mesti akan pinjam orang lain semata-mata untuk bagi aku. Ayah tipu aku, dia kata dia ada duit sedangkan dia takde duit pun dalam dompet dia semata-mata nak bagi aku. Sebab tu kalau ayah aku tanya ada duit atau tak, aku akan cakap “ada. jangan risau. kalau takde kakak bagitau”.

Jadi aku berjimat dengan duit pinjaman aku dan hanya membeli keperluan yang penting sahaja. Yang aku nak ceritakan sebenarnya pasal kawan aku yang tidak pernah memahami situasi aku. Dia juga merupakan peminjam ptptn. Bezanya walaupun dia peminjam ptptn, dia dapat duit poket daripada ayah dan kakak-kakaknya (memandangkan dia anak bongsu).Aku bukan nak bandingkan family dia dgn family aku, cuma aku sedih sebab dia tak faham aku. Aku bukan orang senang macam dia. Aku tak minta pun ayah aku bagi duit poket kat aku macam ayah dia. Disebabkan dia dpt duit poket setiap bulan, dia mewah dan sangat berbeza dengan aku. Dan dia selalu ajak aku pergi jalan2 dan makan2 sana sini. Aku menolak cara baik, sebab aku tau aku bukannya ada duit pun. TAPI DIA TAK FAHAM. Aku bagitau dia, aku tak ada duit, tapi dia pandang rendah kat aku. Dia selalu cakap “masa kita belajar kat johor ni lah kita nak explore johor. jlan2 n makan2 kat johor. Kalau tak bila lagi.” Ye, memang betul tapi itu kalau orang tu berduit. kalau orang macam aku ni? Dia tak faham kesusahan aku sebab dia tak pernah merasa susah.

Pernah suatu hari dia ajak aku makan dekat restoran mewah and alasan aku aku takde duit. Dia boleh pulak kata “alah, RM20 je pun. bila lagi kita nak makan macam ni”. Hello , RM20 bagi kau mmg celah gigi je untuk sekali makan tapi bagi aku, RM20 tu cukup untuk makan aku 2 hari. Aku bukan kedekut bab makanan , tapi UKUR BAJU BIARLAH DI BADAN SENDIRI.
Bagi aku, nak jlan2 ke, nak makan besar ke biarlah bila dah kerja nanti.Sebab apa? sebab aku tak mampu. Aku tak mampu macam dia. Tapi dia selalu paksa aku n pandang aku seolah-olah aku ni kedekut untuk diri sendiri. Aku bukan tak penah langsung ikut ajakan dia sesekali tu pernah, tp itupun sbb nak jga hati dia. Bila dia ajak aku pergi jalan2, aku fikir dua tiga kali sbb yelah walaupun aku tak beli apa2 tapi duit sewa keta,duit minyak mesti aku kena share bayar sekali so aku rasa tak berbaloi untuk aku saja2 keluarkan duit pada bnda yang tak penting.Baik aku guna duit tu untuk keprluan lain.

Nak balik cuti midsem pun duit lagi nak beli tiket. Tak macam dia yang ada kakak yang dah bekerja. Buat ayat sedih sikit, kakak sponsor tiket (dia sendiri yang cerita dekat aku) . Dia selalu cerita keluarga dia makan besar sana sini n aku tumpang gembira dengar cerita dia.Tapi dia taktau yang keluarga aku jarang sekali macam tu n aku faham sbb tanggungan ayah aku ramai.Dia ingat keluarga aku pun senang macam dia memandangkan aku ni duduk KL dan dia bukan duduk KL. Dia ingat semua org KL kaya?aku rasa keluarga dia tak pernah merasa makan nasi dengan telur sbb takde makanan lain sementara tunggu gaji masuk sbb tu dia tak faham rasa hidup susah. Dia ingat kalau aku takde duit senang je terus minta ayah aku. Tergamak ke aku nak minta sedangkan aku tau adik2 aku hanya makan telur dirumah?

Aku rasa dia ni sebenarnya tak perlu duit pinjaman pun takpa. Guna duit poket yg ayah dia bg setiap bulan pun dh cukup rasanya. Disebabkan dia selalu dapat duit dari family dia, dia tak rasa yang duit pinjaman ni sebenarnya tak cukup. Dia ni selalu jugak ajak aku makan fastfood n bila aku menolak ‘eleh,sekali sekala je pun.’ Sekali sekala apa kalau aku tengok dia hampir setiap mingu makan. Aku sedih. Aku sedih sebab dia pandang aku seolah-olah aku ni kedekut sangat.DIA TAK FAHAM. Kalau aku kaya, aku pun nak jlan sana sini, makan sedap sana sini. Tapi aku tak macam tu. Aku cerita n bagitau dia yang aku segan nak minta duit dekat family aku, n aku akan survive dengan duit pinjaman tu sampai habis sem(walaupun hjg sem aku kdg2 terpaksa mnta jugak) tapi DIA TAK FAHAM.

Bila aku tolak ajakan dia, mulalah badmood. Dia pernah ajak aku pergi shopping waktu year end sale n aku tolak n cakap aku tkde duit sbb aku fikir aku pergi sana nk kena share bayar sewa keta n minyak walaupun aku takkan shopping tp dia boleh pulak cakap ‘kau bawak RM50 pun cukup. sale kut!’. Dahlah masa tu hujung sem, mmg aku kering. Duit cukup2 untuk makan je. Kau ingat Rm50 tu berbaloi untuk aku buat semua tu? oh lupa, bagi kau nilai tu celah gigi je. Kalau ada duit, siapa yang taknak jalan2 sana sini? siapa yang taknak makan sedap2? siapa yang taknak shopping sana sini? Siapa?

Kau nak aku jaja semua orang yang baki akaun bank aku tu tinggal berapa sen je lagi untuk aku survive smpai hujung sem? Kau nak aku jaja kesusahan hidup family aku sementara nak tunggu gaji masuk? Kau nak aku cerita yang family aku makan telur je sementara tunggu gaji masuk? Takkan senang2 je aku nak mnta duit kat ayah aku n makan sedap2 sedangkan diorang pun berjimat nk tunggu gaji kat rumah? Kau nak aku cerita semua kesusahan hidup aku baru KAU NAK FAHAM? Aku pun malu nak cerita.

Nasihat aku, klu kau ajak seseorang g mana2@bhat apa2 yg memerlukan duit, kalau dia tolak kau terimalah. mungkin ada sebab kenapa dia tolak.
Kau jangan assume dia tolak sebab dia malas pastu kau paksa dia sbb kalau dia betul2 nak dia akan ikut . Bak kata pepatah hendak seribu daya taknak seribu dalih.

Aku sedih. Aku taktau nak cerita dekat siapa. Aku harap ada yang faham kisah aku. Aku tak sabar nak kerja, sebab aku nak tolong family aku n balas jasa mak ayah aku. Doakan aku terus berjaya, graduate dgn jayanya n dapat kerja yang bagus suatu hari nanti . Tq sudi baca luahan hati aku .

– Si peminjam ptptn

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit